Peranan matahari kepada bumi sangat lah penting, terutamanya dalam memastikan kesinambungan kehidupan spesis-spesis di planet ini daripada pupus. Pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku sekiranya matahari tiba-tiba lenyap begitu sahaja? Mungkin akibat ditelan blackhole. Apakah manusia masih mampu meneruskan kehidupan seperti biasa? 

1. Hilang Tarikan Graviti Daripada Matahari

BESARKAN TEKS     A-  A+

bumi hilang tarikan graviti daripada matahari

Setiap planet di dalam sistem solar bergerak pada orbitnya mengelilingi matahari disebabkan terdapat daya tarikan graviti oleh matahari kepada planet-planetnya, termasuklah bumi. Tanpa matahari, kesemua planet akan bergerak dalam garisan lurus di ruangan angkasa, dan berkemungkinan besar akan berlaku perlanggaran antara planet-planet serta objek-objek lain di angkasa lepas. Kehilangan daya tarikan daripada matahari akan berlaku dalam masa 8 minit selepas kehilangannya. 

2. Bumi Akan Berada Dalam Kegelapan

bumi dalam kegelapan tanpa matahari

Tindakan kimia (nuclear fusion) yang berlaku pada permukaan matahari menghasilkan pembakaran dan seterusnya cahaya. Cahaya yang terhasil memberi banyak manfaat kepada kehidupan di bumi. Sinaran cahaya matahari yang menyinari bumi menjadikan sebahagian kawasan planet ini siang. Bumi akan berada dalam kegelapan dalam masa 9 minit setelah kehilangan matahari. 

3. Bulan Tidak Lagi Kelihatan

bumi tanpa bulan 467

Seperti yang dipelajari dalam subjek sains di sekolah rendah, bulan kelihatan bercahaya bukan kerana ia mengeluarkan cahaya, tetapi kerana pantulan cahaya daripada matahari. Tanpa matahari, bulan tidak akan kelihatan dan keadaan ini hanya mengambil masa 9 minit untuk berlaku setelah kehilangan matahari.

4. Suhu Bumi Akan Menurun Secara Mendadak

bumi menjadi sejuk suhu turun mendadak

Secara purata, suhu bumi buat masa ini adalah sekitar 27°C. Dalam masa beberapa hari saja, suhu bumi akan menurun secara mendadak sehingga menyebabkan kematian banyak kehidupan di bumi. Dalam masa 2 bulan sahaja, suhu bumi akan menurun sehingga -123°C. Dalam masa 4 bulan, suhu bumi adalah pada sekitar -200°C.

Tempat paling sejuk di bumi ketika ini adalah di Antartika, dengan suhu sekitar -133.6. Pada pendapat anda, adakah manusia masih mampu untuk meneruskan kehidupan dalam suhu begini?

5. Hampir Semua Kehidupan Di Bumi Akan Pupus, Termasuk Manusia

tanpa matahari semua kehidupan bumi akan pupus

Untuk menjawab persoalan di atas, manusia sudah pasti tidak mampu mengharungi suhu yang sangat sejuk. Begitu juga dengan lain-lain kehidupan samada di darat mahupun di laut. Kebanyakan bakteria degil yang mampu bertahan suhu rendah juga tidak mampu untuk terus hidup. Hanya mikroorganisma yang hidup di dalam kerak bumi sahaja mampu hidup tanpa matahari. 

6. Tiada Proses Fotosintesis

pokok tumbuhan mati tanpa fotosintesis

Umum tahu bahawa proses fotosintesis berlaku dengan kehadiran sinaran cahaya. Matahari adalah sumber sinaran cahaya semulajadi yang paling besar. Kehilangan matahari memberi kesan buruk bukan sahaja manusia dan haiwan, malah pokok serta tumbuhan turut akan terjejas. Proses ini menghasilkan oksigen. Oksigen yang dihasilkan hanya mampu bertahan dalam beberapa minggu sahaja selepas pemergian matahari. 

Ketika kebanyakan tumbuhan mati, pokok-pokok besar masih mampu bertahan sehingga berpuluh tahun tanpa proses fotosintesis. 

7. Keseluruhan Permukaan Laut Akan Membeku

permukaan laut membeku tanpa matahari

Dalam masa 2 bulan tanpa matahari, keseluruhan permukaan laut akan membeku akibat suhu bumi yang sangat rendah. Walaubagaimanapun, laut dalam tidak akan membeku sebegitu pantas, Laut dalam akan kekal dalam bentuk cecair selama beberapa ribu tahun sebelum membeku.

Kebanyakan ikan dan hidupan laut yang lain tidak dapat hidup dalam suhu seperti ini. Hanya hidupan laut dalam (lantai laut) mempunyai peluang untuk terus hidup.

8. Atmosfera Bumi Akan Runtuh

runtuhnya atmosfera tanpa matahari

Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan gas di permukaan bumi yang membantu melindungi kehidupan di planet ini daripada sinaran UV, angin suria dan sinaran kosmik yang berbahaya. Runtuh di sini membawa maksud atmosfera tidak lagi melindungi bumi daripada kesan sinaran-sinara seperti yang disebut. Walaubagaimanapun, keruntuhan atmosfera hanya akan berlaku dalam tempoh 1000 tahun selepas kehilangan matahari, pada ketika semua kehidupan sudah mati. 

Kesimpulan

apa akan terjadi kepada bumi sekiranya matahari hilang secara tiba tiba

Tanpa matahari, hilanglah segala kehidupan daripada permukaan bumi. Mungkin atas dasar inilah Elon Musk mahu membina kehidupan di Marikh? Sekiranya manusia dapat berpindah ke Marikh dengan jayanya sekalipun, tanpa matahari pasti tiada kehidupan di mana-mana planet. Kemungkinan berlakunya kiamat turut tidak mustahil kerana kehilangan matahari menyebabkan ketidakstabilan sistem alam semesta. Tuhan telah menciptakan alam ini pada kedudukan sempurna dan kita harus bersyukur dengan nikmat ini. 

Sumber:

  1. businessinsider.com
  2. earthsky.org



Hakcipta iluminasi.com (2017)