Kelangsungan hidupan di Bumi sangat bergantung kepada tenaga Matahari dan merupakan bintang yang paling dekat dengan Bumi.
Ia berbentuk sfera yang sempurna secara semulajadi dan manusia tidak pernah menemui apa-apa yang berberbentuk sfera sempurna seperti Matahari.
Ia membakar hidrogen sejak mula-mula wujud dan akan terus membakar selama 130 juta tahun lagi. Bintang besar ini berada di tengah-tengah sistem suria di mana semua planet lain mengelilingnya.
BESARKAN TEKS A- A+
Matahari mengandungi 99.8% daripada semua jisim dalam sistem solar. Sepanjang sejarah, matahari telah disembah dan ditakuti kerana kelakuannya yang pelik.
Walaupun kita melihat Matahari setiap hari, banyak perkara tentang matahari masih menjadi misteri. iluminasi.com kongsikan 6 fakta paling menarik dan menakjubkan tentang Matahari yang ramai tak tahu.
6. Matahari bergerak pada kelajuan 220 kilometer sesaat
Sama seperti Bumi kita, Matahari juga bergerak. Matahari mengorbit pada kelajuan yang luar biasa iaitu 220 kilometer sesaat.
Matahari mengorbit galaksi pada kelajuan kira-kira 828,000 kilometer sejam. Ini diketahui menggunakan sistem teleskop radio yang dapat mengukur jarak angkasa 500 kali lebih tepat berbanding Teleskop Angkasa Hubble.
Juga diketahui bahawa Matahari mengorbit Bima Sakti pada kelajuan yang sangat tinggi. Satu lagi perkara menarik ialah matahari telah hanya menyempurnakan 20 kali orbit sejak sistem solar kita dibentuk.
Bagi setiap orbit, Matahari telah mengembara sejauh hampir 150,000 tahun cahaya. Matahari mengorbit di sekitar pusat galaksi dan memerlukan sekitar 225 juta tahun untuk setiap orbit.
5. Tanpa Mahatari, Bumi akan bergerak lurus
Matahari adalah sangat penting untuk kehidupan di Bumi. Matahari bertanggungjawab untuk banyak perkara yang berlaku di Bumi dan antara salah satunya adalah pergerakan Bumi.
Medan magnet Matahari membuatkan Bumi dan planet-planet lain berada di sekitar orbit matahari. Sekiranya Matahari menghilang secara tiba-tiba, semua planet termasuk Bumi akan meneruskan gerakan ke hadapan, terbang dengan garis lurus ke luar angkasa.
Tiada siapa yang boleh memberitahu apa yang benar-benar akan berlaku jika Matahari hilang. Teori di atas adalah mengikut undang-undang Newton.
Oleh sebab objek angkasa lepas lain mempunyai graviti, Bumi mungkin bergerak ke arah yang berbeza tetapi akan terus mengorbit pusat galaksi. Juga mungkin Bumi dan planet lain menyertai bintang lain dan mengorbit bintang itu.
4. Matahari akan "telan" Bumi satu hari nanti
Terdapat beberapa cara akan berlaku hari kiamat yang jelas kepada Bumi. Salah satu cara adalah Matahari "menelan" Bumi. Umur Matahari adalah 4.6 bilion tahun dan ia tidak berubah sejak itu.
Matahari boleh hidup hingga 5 bilion tahun lagi. Oleh itu, kita dapat menyimpulkan bahawa Matahari kita adalah bintang muda. Walaupun Matahari sudah menamatkan usia penuh, Matahari akan berkembang perlahan-lahan dan menjadi gergasi merah.
Semasa proses ini, Matahari akan cukup besar untuk menelan planet Marikh, Zuhrah dan Bumi. Sekiranya Bumi tidak ditelan, sekurang-kurangnya dunia kita tidak lagi dapat didiami.
Selepas matahari berkembang, ia akan bersinar 3,000 kali ganda lebih cerah. Di penghujung hayat Matahari, gergasi merah ini akan lenyap.
3. Haba dari teras Matahari perlukan 1 juta tahun untuk sampai ke permukaan
Haba atau cahaya dari Matahari hanya mengambil masa 8 minit dan 20 saat untuk mencapai Bumi. Tetapi, haba dari pusat teras Matahari memerlukan kira-kira 1 juta tahun untuk mencapai permukaannya.
Jarak antara teras dan permukaan matahari ialah 700,000 kilometer. Haba atau zarah foton yang dihasilkan di teras hanya akan mengambil masa 2.3 saat melepaskan diri jika ia mengembara pada kelajuan cahaya.
Sebab mengapa ia sangat perlahan adalah kerana oleh interaksi habar ini dengan dengan bahan fizikal padat dalam Matahari.
2. Matahari sebenarnya berwarna putih
Kita tersalah anggap bahawa Matahari berwarna kuning, merah atau oren. Matahari sebenarnya campuran semua warna dan kelihatan putih pada mata kita dari angkasa.
Warna matahari yang dilihat dari Bumi disebabkan oleh fenomena yang dikenali sebagai penyelerakkan Rayleigh.
Mata kita dapat mengesan warna hanya dalam spektrum yang boleh dilihat, tetapi sinaran matahari merangkumi seluruh spektrum elektromagnetik.
Dari luar angkasa, ketiadaan atmosfera bumi untuk menyebarkan cahaya daripada spektrum cahaya yang boleh dilihat. Malah, di permukaan Bumi, matahari kelihatan berwarna putih.
Untuk membuktikan, anda hanya perlukan kertas putih pada hari yang sangat cerah. Kertas putih akan kelihatan putih dan tidak berwarna kuning atau warna lain dari matahari. Ini menunjukkan bahawa matahari berwarna putih.
1. Setiap saat Matahari hasilkan tenaga sama seperti 10 bilion bom nuklear
Matahari adalah reaktor nuklear yang besar dan berkuasa. Sehebat mana pun kepintaran manusia, kita tidak akan dapat menghasilkan reaktor nuklear sehebat Matahari.
Setiap saat, Matahari menggunakan 600 juta tan hidrogen dan setiap saat ia juga mengeluarkan tenaga kira-kira 90 bilion megaton dari gabungan nuklear (4 × 10 ^ 33 ergs).
Bom nuklear yang jatuh di Hiroshima dan Nagasaki hanya mengeluarkan sehingga 0.035 megatons tenaga. Bom nuklear megaton yang paling kuat yang ada pada hari ini boleh menghasilkan tenaga sekitar 4 x 10 ^ 22 ergs.
Jika dihitung, matahari boleh menghasilkan tenaga letupan lebih daripada 90 bilion bom nuklear berkuasa satu megaton daripada gabungan nuklear, setiap saat.
Sejak 4.6 bilion tahun lalu, Matahari telah menghasilkan tenaga sebanyak ituy dan akan menghasilkan jumlah tenaga yang sama untuk 5 bilion tahun akan datang.