Baru-baru ini, pesawat Antonov An-225 Mriya telah mendarat di Malaysia buat kali kedua. Pesawat ini yang diberi nama "Cossack" oleh NATO adalah pesawat kargo udara paling besar. Direka dan dihasilkan oleh Kesatuan Soviet pada tahun 1980an, Antonov An-225 Mriya dikuasakan oleh enam enjin turbofan.

Tujuan penghasilan AN-225 adalah untuk mengangkut pesawat angkasa lepas Buran dan pelancar roket Energia untuk program angkasa Soviet, yang dibina untuk menggantikan pesawat Myasishchev VM-T yang semakin tua.

BESARKAN TEKS     A-  A+

antonov an 225 mriya pesawat paling besar dalam sejarah 01

antonov an 225 mriya pesawat paling besar dalam sejarah 1 589

Ia melakukan penerbangan sulungnya pada 21 Disember 1988 yang mana mengambil masa 74 minit dari Kiev. Namun, pesawat ini tidak lama berkhidmat untuk Kesatuan Soviet kerana kapal angkasa Buran gagal dihantar ke angkasa lepas. 

Selepas melaksanakan tujuan asalnya dan juga beberapa pertunjukan udara, ditambah pula dengan kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1990an, pesawat ini telah tersadai tanpa apa-apa pelan masa hadapan. Sepanjang perkhidmatannya, AN-225 melakukan 14 penerbangan dengan jumlah masa sebanyak 28 jam dan 27 minit.

antonov an 225 mriya pesawat paling besar dalam sejarah 2

antonov an 225 mriya pesawat paling besar dalam sejarah 02

Ini antara 10 fakta menarik mengenai pesawat Antonov AN-225.

1. Selepas program angkasa lepas Buran dibatalkan, AN-225 tersadai selama 8 tahun. Ia kemudiannya dibaikpulih dan beroperasi di bawah Antonov Airlines.

2. Pada tahun 2001, pesawat ini diubahsuai dengan lantai bertetulang, untuk meningkatkan berat kasar maksimum dari 600 tan kepada 640 tan.

3. Untuk lebih daripada 25 tahun, AN-225 telah memegang gelaran pesawat kargo komersial paling besar di dunia.

antonov an 225 mriya pesawat paling besar dalam sejarah 03

antonov an 225 mriya pesawat paling besar dalam sejarah 3

4. Dengan panjang 88.4 meter, lebar sayap yang dimiliki oleh Antonov AN-255 adalah yang paling besar daripada mana-mana pesawat yang dalam perkhidmatan, iaitu kurang 2 sahaja dari lebar sebuah padang bola sepak antarabangsa.

5. Ia juga merupakan pesawat operasi terpanjang di dunia iaitu 84 meter, dengan tinggi 18.1 meter. Saiz pesawat ini membuatkan pesawat-pesawat gergasi lain seperti Boeing 747 dan Airbus A380 kelihatan kerdil.

antonov an 225 mriya pesawat paling besar dalam sejarah 5

6. Dengan 6 enjin turbofan, AN-225 menghasilkan lebih daripada 136,077 kilogram jumlah tujahan. Kapasiti minyak pesawat ini pula melebihi 299,370 liter, 14 kali ganda daripada kapasiti minyak Boeing 747-800.

7. AN-225 mampu untuk mengangkut sehingga 250 tan, yang mana bersamaan dengan berat purata bagi 52 ekor gajah dewasa.

antonov an 225 mriya pesawat paling besar dalam sejarah 8

antonov an 225 mriya pesawat paling besar dalam sejarah 0

8. Hanya terdapat 1 unit AN-225 yang beroperasi di dunia. Unit kedua pernah dihasilkan separuh siap namun dibatalkan.

9. Sistem gear pendaratan AN-225 mempunyai 32 roda.

10. Pada tahun 2009, pesawat terbesar di dunia ini mengangkut barang kargo paling berat dalam sejarah yang pernah dihantar melalui udara, dengan membawa penjana untuk loji jana kuasa di Armenia, seberat 189,148 kilogram.

Rujukan:

1. Bold Method

2. Chapman Freeborn

3. Quora




Hakcipta iluminasi.com (2017)