Penggunaan air suci atau 'holy water' oleh paderi Kristian dalam upacara memberkati sesuatu bukanlah perkara baru. Akan tetapi, seorang paderi dari Rusia dan rakan-rakannya telah menggunakan air suci pada tahap lebih ekstrem lagi.

Seperti yang dilaporkan oleh Newsweek, Paderi Alexander Goryachev dan Bishop Metropolitan Savva telah mengunakan hari cuti 'Sobriety Day' atau 'Hari Waras' di Rusia untuk "membersihkan" bandar Tver menggunakan 70 liter air suci.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Untuk mencapai hasil yang paling berkesan, mereka memilih untuk melepaskan air suci itu menggunakan pesawat dengan terbang antara 200 hingga 300 meter di atas bandar Tver.

Savva dan Goryachev ditemani oleh dua orang pendeta lagi dalam misi melepaskan air suci ini menjelaskan bahawa tujuan mereka melakukannya adalah untuk melindungi bandar Tver daripada kecelakaan dan masalah sosial yang melanda. Mereka ingin membersihkan bandar itu daripada aktiviti mabuk dan perzinaan yang berleluasa.

masalah ketagihan alkohol di rusia

Goryachev berkata, setiap penyakit disebabkan oleh virus dan virus-virus tu sebenarnya adalah syaitan. Itulah sebabnya mengapa setiap penyakit perlu dirawat secara rohani terlebih dahulu. Misi melepaskan air suci itu telah dirakam dan diterbitkan oleh berita tempatan, Tver News.

Ini bukanlah percubaan pertama paderi-paderi itu menyucikan ketagihan penduduk dengan melepaskan air suci dari pesawat. Sejak tahun 2006, Goryachev telah menggunakan Hari Waras atau Sobriety Day untuk melakukan aktiviti sama setiap tahun.

paderi alexander goryachev

Paderi Alexander Goryachev membawa gambar Inexhausible Chalice

Dia akan terbang dengan menggunakan "Inexhaustible Chalice", iaitu ikon dalam Kristian Ortodoks yang dipercayai dapat membantu mereka yang mengalami masalah penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol.

Selepas berlepas dari lapangan terbang berhampiran bandar Tver, paderi-paderi ini akan memakai tali keselamatan, membuka pintu pesawat dan melakukan upacara berdoa sebelum melepaskan air ke udara.

paderi alexander goryachev melakukan misi pembersihan

Paderi Alexander Goryachev melakukan misi pembersihan

Tidak begitu jelas mengapa mereka memilih untuk menuangkan 70 liter air suci dengan tepat. Ia mungkin mempunyai kaitan dengan kepentingan istimewa nombor tujuh dalam agama Kristian.

Salah satu cara yang mereka gunakan untuk pembersihan ini ialah air suci itu perlulah dituang menggunakan 'chalice' atau piala khas, bukannya cara biasa seperti yang digunakan untuk upacara memberkati dengan air suci di gereja.

pesawat ringan misi menuang holy water

Pesawat ringan yang digunakan dalam misi pembersihan bandar Tver

Dari sudut praktikalnya, paderi itu berkata bahawa piala khas itu akan menghalang air suci itu daripada terpercik masuk semula ke dalam pesawat semasa mereka menuangnya. Namun, keberkesanannya tidak dapat dipastikan kerana air masih dilihat terpercik masuk dalam pesawat melalui rakaman yang dilakukan.

Misi mereka pada tahun ini disertai oleh sepasang suami isteri yang telah berhenti minum minuman keras setelah terkesan dengan apa yang dilakukan mereka sebelum ini. Menurut Goryachev, pasangan itu telah sembuh dari ketagihan alkohol dengan penuh keajaiban.

Paderi-paderi ini begitu yakin tentang keberkesanan kaedah yang mereka lakukan ini dan tidak bersetuju dengan orang-orang yang menganggapnya sesuatu yang lucu.

para petugas bersedia sebelum misi melepaskan holy water

Para petugas menyediakan Holy Water untuk misi pembersihan bandar Tver

Paderi Goryachev agak serius apabila bertanyakan adakah ia sesuatu yang lucu apabila mereka cuba untuk membantu orang ramai daripada 'penyakit' yang melanda seperti ketagihan alkohol, dadah dan perzinaan ini. Dia akan terus melakukan misi ini walaupun ada yang ketawa.

Walaupun kaedah menyembuhkan ketagihan menggunakan air suci ini mendapat reaksi yang negatif di kalangan mereka yang skeptik, apa yang lebih membimbangkan sebenarnya adalah masalah kesihatan awam yang semakin meningkat disebabkan alkohol.

Rusia adalah sebuah negara yang sangat sinonim dengan pengeluaran vodka dan budaya minum minuman keras. Kebelakangan ini, negara itu sedang bergelut dengan masalah alkohol yang semakin parah.

Terdapat juga kes-kes di mana orang mula membuat minuman keras sendiri menggunakan pelbagai campuran produk berbahaya seperti produk mandian dan minyak wangi.

Pada Disember 2016, seramai 74 orang telah meninggal dunia di bandar Irkutsk selepas meminum minuman keras bercampur dengan bahan yang disalah label sebagai etanol yang boleh diminum. Bahan yang membawa maut itu ialah metanol, bahan toksik yang biasanya digunakan untuk produk antibeku.

Rusia cuba membendung penggunaan alkohol yang melampau dengan mengharamkan penjualan minuman keras di stesen minyak atau kedai-kedai kecil di Moscow. Ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan masalah itu.

Rujukan:

1. Melepaskan holy water dari pesawat untuk membersihkan bandar

2. Paderi Rusia membuang air suci bagi membantu ketagihan alkohol dan dadah

3. Ritual pembersihan bandar dari arak, perzinaan dan dadah di Rusia




Hakcipta iluminasi.com (2017)