Selalunya kalau cuaca panas terik, anda guna sunscreen kan? Tapi lebih ramai yang guna sunscreen pada kereta, bukan pada badan. Takut kereta panas. Takut cermin retak. Sayang betul dengan kereta tu.

Persoalannya, kenapa anda menyayangi kereta lebih daripada nyawa sendiri? Adakah sebab anda merasakan kulit anda sudah halus mulus seperti bayi, maka ia tidak memerlukan sebarang penjagaan rapi?

BESARKAN TEKS     A-  A+

sayang kereta taknak bagi panas

Sebenarnya, anda MESTI pakai sunscreen sebelum keluar rumah. Nak tahu kenapa? Baiklah, mari kita kupas satu persatu.

Apa itu sunscreen?

Sunscreen, sunblock atau pelindung matahari merupakan suatu losyen, krim, semburan atau gel yang memantulkan sinaran dan radiasi suria yang boleh membahayakan.

pelbagai jenis sunscreen dijual

Bagaimana sunscreen berfungsi?

Kebiasaannya, losyen pelindung matahari ini mengandungi bahan kimia tidak organik seperti zink oksida atau titanium oksida yang akan memantulkan radiasi ultra ungu (UV). Selain itu, bahan organik dalam sunscreen seperti oxybenzone boleh menyerap sinaran UV ini kemudian melesapkan sinaran itu sebagai haba. Maka, sinaran berbahaya itu tidak akan sempat sampai ke kulit anda.

Untuk memahami dengan lebih mudah, anda boleh anggap sunscreen ini sebagai cat warna putih di dinding rumah. Ia membantu untuk memantulkan cahaya dan mengelakkan penyerapan haba. Senang kan.

sapu sunscreen sunblock untuk mengelakkan sunburn

Radiasi berbahaya tu apa pula?

Anda pernah nampak tak iklan losyen atau pencuci muka sebut 'perlindungan daripada sinaran UV'? Banyak kan? Sinaran ultraungu ini sebenarnya boleh merosakkan DNA pada sel kulit sehingga menyebabkan mutasi genetik. Dalam bahasa mudah, ia boleh menyebabkan kanser kulit dan pelbagai lagi penyakit kulit.

Ada dua jenis sinaran UV yang sampai ke bumi iaitu UV-A dan UV-B.

bahaya sinaran uv

Sinaran UV-A menembusi lapisan ozon dengan mudah dan boleh juga menembusi permukaan kulit manusia. Kuasa tembusan UV-A lebih kuat berbanding UV-B. Radiasi ini boleh menyebabkan kedutan pramatang dan beberapa jenis kanser kulit.

Sinaran UV-B pula bertanggungjawab menyebabkan sunburn atau selaran matahari. Selain itu ia juga boleh menyebabkan kanser kulit. Kuasa tembusan UV-B tidaklah sekuat UV-A. Disebabkan itu, sebahagian sinaran UV-B telahpun diserap lebih awal oleh lapisan ozon di atmosfera.

Sekiranya anda bekerja di bawah panas mentari atau sering berada di luar, anda perlu memastikan anda menyapu krim perlindungan matahari pada bahagian kulit yang terdedah, terutama sekali bahagian muka dan tangan.

kulit terbakar sebab asyik duduk di bawah matahari

Ala, leceh la beli sunscreen. Tak faham SPF-SPF semua tu.

SPF itu merupakan singkatan bagi Sun Protection Factor yang mempunyai nilai antara 15 hingga 50. Nilai SPF ini ditentukan dengan kebolehan krim pelindung itu melindungi kulit anda daripada radiasi berbahaya UV. Secara umumnya, lebih tinggi nilai SPF, maka lebih kuat kuasa perlindungannya.

Walaupun ada label SPF yang melebihi 50, namun menurut Dr. Steven Wang yang merupakan seorang pakar dermatologi, badan-badan kawal selia di Australia dan Eropah telah meletakkan standard SPF 50 sebagai yang paling tinggi dan ideal.

malas pegang payung pakai topi macam ni pun ok 47

Tak ada alternatif lain ke?

Ada. Menurut CDC Amerika Syarikat, anda kena pakai topi, baju lengan panjang, cermin mata hitam atau bawa payung untuk mengelakkan terdedah kepada sinaran ultra ungu ini. Tapi kalau anda pergi ke pantai atau berjemur di tepi kolam renang, pakailah sunscreen ok?

Nak dapatkan bacaan lebih lanjut beserta rujukan, boleh layari laman web ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)