Ketika ini seluruh negara dilanda serangan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Sehingga 18 Julai 2018, sebanyak 33,425 kes dilaporkan di seluruh Malaysia membawa kepada penutupan 419 premis terdiri daripada taska, tadika dan sekolah.

HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh virus. Gejala-gejalanya termasuklah ulser atau luka, di dalam atau di sekeliling mulut, dan juga ruam atau lepuh pada tangan, kaki atau punggung.

Walaupun itu sangat tidak menyenangkan, ia juga tidak serius. Dan ketika ini masih ramai yang tidak mengetahui apa-apa mengenai penyakit berjangkit ini. iluminasi.com kongsikan 5 perkara mengenai HFMD yang anda patut tahu.

1. Apa yang menyebabkan berlakunya HFMD?

virus coxsackievirus a16 penyebab penyakit tangan kaki dan mulut

Virus-virus yang biasanya menyebabkan berlakunya penyakit dikenali sebagai coxsackievirus a16 and enterovirus 71. Anda mungkin pernah terdengar doktor anak-anak anda merujuknya sebagai virus coxsackie.

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti penyakit ini termasuklah orang dewasa, namun kanak-kanak di bawah usia 10 tahun lebih terdedah kepadanya.

Anak-anak anda boleh dijangkiti HFMD melalui sentuhan dengan mereka yang mengalaminya, atau daripada sesuatu yang disentuh oleh pesekit HFMD.

Antaranya termasuklah mainan, alas meja, tombol pintu dan sebagainya. Ia lebih mudah tersebar ketika cuaca panas.

2. Apakah gejala-gejala HFMD?

tanda tanda penyakit kaki tangan dan mulut 441

Tanda-tanda awal mungkin termasuk demam dan sakit tekak. Lepuh yang sangat sakit seperti luka kering boleh muncul pada bahagian dalam mulut atau lidah.

Pesakit juga akan mendapat ruam di bahagian telapak tangan atau kaki sehari atau dua hari selepas gejala pertama kelihatan. Ruam ini mungkin berubah menjadi lecur.

Tompok-tompok rata atau luka mungkin berlaku pada bahagian lutut, sikut atau punggung. Pesakit mungkin menunjukkan semua gejala-gejalan ini, atau satu atau dua sahaja.

Luka pada bahagian mulut boleh menyebabkan rasa sakit ketika menelan makanan. Pastikan anak-anak anda minum air dan dapatkan kalori yang cukup.

3. Bagaimana HFMD didiagnos?

cara diagnos hfmd

Doktor akan bertanyakan mengenai gejala-gejala anak anda dan mungkin akan melihat jika terdapat luka atau ruam. Ini biasanya sudah cukup untuk menentukan sama ada ia adalah HFMD tanpa sebarang ujian lain.

Namun doktor mungkin akan mengambil cebisan pada tekak, najis atau sampel darah untuk lebih pasti.

4. Bagaimana ia dirawat?

rawatan untuk penyakit tangan kaki dan mulut

HFMD biasanya akan sembuh dalam masa 7 hingga 10 hari. Tiada rawatan untuk penyakit ini dan juga tiada vaksin. Anda boleh meredakan gejala-gejala pada anak anda dengan:

  1. Ubat penahan sakit daripada farmasi seperti ibuprofen (Advil) atau acetaminphen (Tylenol) atau semburan kebas mulut. Jangan gunakan aspirin untuk meredakan kesakitan kerana ia boleh menyebabkan penyakit yang serius pada kanak-kanak.
  2. Jajan sejuk seperti yogurt atau milkshake untuk melegakan tekak yang sakit.
  3. Losyen anti-gatal seperti calamine yang membantu mencegah dan melegakan ruam

5. Cara menghalang penularan

penyakit tangan kaki dan mulut juga boleh menjangkiti orang dewasa

Kanak-kanak paling mudah berjangkit dalam 7 hari pertama. Namun, virus tersebut boleh tinggal di dalam badan selama beberapa hari atau minggu selepas semua gejala hilang.

Virus tersebut boleh merebak melalui air liur atau najisnya. Cara terbaik untuk mengelakkannya daripada berjangkit adalah dengan mencuci tangan dengan teliti.

Ibu bapa juga perlu mencuci tangan dengan bersih, selepas menukar lampin atau mengelap hingus anak yang dijangkiti.

tanda tanda penyakit kaki tangan dan mulut 823

Anak-anak anda haruslah bebas daripada demam dan gejala-gejala HFMD sebelum dibenarkan ke sekolah atau pusat asuhan kanak-kanak. 

Jika anda tak pasti, rujuk kepada doktor sama ada anak-anak anda masih boleh menjangkiti kanak-kanak lain.

Perlu diketahui Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah tak sama dengan Penyakit Kaki dan Tangan, yang mana datang daripada virus lain dan hanya menjangkiti haiwan.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)