Kredit foto: Instagram Tomok

Anak kepada penyanyi Tomok, Arrianshah Akid sudah pandai menggubah dan menyanyikan lagunya sendiri!

Malah lagu yang dicipta anak kecil itu telahpun digunakan sebagai lagu tema bagi rancangan realiti Rockstar Junior: Arrian & Andra.

"Tak sangka pula, bila saya beritahu Arrian yang saya mahu gubah sebuah lagu untuk program ini, tiba-tiba dia keluar dengan satu melodi.

"Dengan melodi yang Arrian cipta itu saya terus cari melodi tambahan di piano dan terhasil sebuah lagu gabungan kami berdua.

"Apabila lagu penuh serta lirik dah siap saya bawanya ke studio rakaman.

"Tak sangka proses rakaman lagu bersama Arrian dilakukan dengan mudah dan tidak mengambil masa yang lama," kata Tomok yang dipetik daripada laporan portal Astro Gempak.

Rockstar Junior memaparkan rutin kehidupan Tomok dan isteri, Rahayu Abas dalam membesarkan dua anak mereka, Arrianshah Akid dan Andrashah Iman.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Rindu Terhenti itu berkata, dia tidak mendorong anaknya untuk bergiat dalam industri seni apabila dewasa kelak.

Ini kerana beliau enggan pengalaman pahitnya yang lalu sebagai anak seni berulang kepada anak terunanya itu.

anak pandai gubah lagu tomok tak galak jadi penyanyi 2

Kredit foto: Instagram Tomok

"Saya tak nafikan Arrian memang sukakan muzik, malah dia suka menyanyi.

"Namun saya tidak galakkan Arrian untuk menjadi penyanyi kerana saya tak mahu dia melalui kesukaran sebagai anak seni seperti apa yang saya sudah lalui.

"Saya lebih banyak tekankan akademi dan pelajaran agama kepadanya.

"Namun saya tidak berani untuk berkata apa lagi kerana dia masih kecil dan tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan," luahnya. 

Rockstar Junior yang ke udara menerusi slot eBu, disiarkan setiap hari Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)