isteri tomok pecah rahsia perangai anak 1

Kredit foto: Instagram Tomok

Isteri kepada penyanyi Tomok, Ayu Abas mendedahkan persamaan yang dimiliki dua anaknya, Arrian dan Andra walaupun berbeza sikap.

Kata Ayu, anak keduanya iaitu Andrashah Iman, 2 lebih gemar memerhatikan daripada memberi tumpuan kepada sesuatu, yang jelas berbeza dengan abangnya, Arrianshah Akid, 5.

“Sebagai contoh, Andra tidak suka kita ajar dia terutama dalam bidang akademik. Andra lebih suka memerhati dan dia lebih berdikari.

“Arrian pula, akan ikut sahaja yang saya ajar dan memberi reaksi positif tapi Andra pula nampak seperti tidak fokus dan cepat bosan jika saya suruh dia melihat buku.

“Tapi...saya terkejut apabila bila kita buat ‘ulangkaji’ Andra semuanya tahu semua benda yang kita tunjuk pada dia sebelum ini,” katanya menurut laporan portal Astro Gempak.

Namun, kedua anak lelakinya ini juga berkongsi minat yang sama iaitu dalam bidang muzik.

isteri tomok pecah rahsia perangai anak 2

Kredit foto: Instagram Tomok

Ayu berkata, minat itu dipengaruhi oleh hobi Tomok yang gemar bermain alat muzik di rumah.

"Arrian memang dari kecil suka menyanyi dan muzik, lebih-lebih lagi didorang bapanya yang suka bermain alat muzik di rumah.

"Saya perasan Andra juga turut meminati muzik, itu satu persamaan yang saya sedar," ceritanya.

Dua kanak-kanak comel ini muncul dalam program Rockstar Junior: Arrian & Andra yang bersiaran setiap Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Antara lain, rancangan ini memaparkan tips keibu bapaan daripada Tomok dan Ayu berdasarkan pengalaman mereka membesarkan anak.

Sumber berita: Astro Gempak 

tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)