Oleh pada 12 Jul 2017 kategori

Memang sangat membanggakan pencapaian anak Malaysia ini yang telah menjadi tulang belakang penghasilan sistem "Super Handling All-Wheel Drive" atau SH-AWD. Sistem yang mendapat anugerah ini adalah hasil ciptaan Nor Hairuddin, 43, anak kelahiran Pahang dan juga beberapa lagi jurutera Honda yang lain. 

Beliau merupakan seorang pakar dalam All-Wheel Drive drivetrain (kumpulan komponen yang menyampaikan kuasa kepada roda pemanduan) dan telah mempatenkan beberapa rekabentuk AWD dibawah namanya dan juga Honda. Beliau yang merupakan jurutera pertama yang bukan warganegara Jepun menjadi ketua jurutera di Honda motor menyelia kerja-kerja penghasilan bagi banyak drivetrain AWD Honda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

sh awd

Anak kebanggaan Malaysia yang sangat fasih dalam berbahasa Jepun dan Inggeris ini telah menetap lebih daripada 20 tahun di Jepun sejak mula belajar sehingga kini, dan 16 tahun daripadanya beliau bekerja untuk Honda. 

Namun hasil kerja oleh Nor Hairuddin kurang dapat dirasai dan dinikmati oleh rakyat Malaysia kerana ia hanya dilengkapkan pada model Honda model Acura yang mana hanya dipasarkan di Amerika Syarikat, Kanada dan China. Acura kepada Honda adalah seperti Audi kepada Volkswagen dan Infiniti kepada Toyoto.

honda acura

Hairuddin bertanggungjawab dalam variasi mid-range sistem SH-AWD ini, satu sistem kepelbagaian kluc yang dikawal secara elektronik yang dipasang pada Acura TLX dan MDX. Beliau menjelaskan bahawa sistem AWD yang terdapat pada Acura ini sangat berbeza dengan apa yang terdapat pada Honda CR-V yang juga menggunakan sistem AWD, yang mana satu-satunya model yang menggunakan sistem ini yang terdapat dalam pasaran Malaysia.

nor hairuddin honda 2

"Sistem yang digunakan oleh model CR-V hanya mempunyai satu kluc dan hanya boleh memindahkan tork (torque) di antara gandar depan dan belakang sahaja. Sistem SH-AWD ini pula menggunakan pelbagai kluc dan mampu memindahkan tork bukan sahaja antara gandar depan dan belakang, malah di antara gandar kiri dan kanan. Ia bukan sahaja mampu meningkatkan prestasi, tetapi juga mampu memberikan impak lebih baik kepada pemanduan pada permukaan bersalji"

sistem sh awd

Sama seperti Soichiro Honda, Hairuddin bermula dengan motorsikal. Minat terhadap kejuruteraan yang mengalir dalam darah Hairuddin ditanam sejak kecil oleh bapanya yang mempunyai bengkel motosikal di Jerantut, Pahang. Beliau bermula dari bangku sekolah rendah lagi dengan membantu bapanya bekerja di bengkel. Hasil kerja keras dan usaha gigihnya, beliau ditawarkan biasiswa oleh JPA dan menyambungkan pelajaran ke negara matahari terbit iaitu di Kyoto University. Sebelum diterima masuk sebagai jurutera di Honda, beliau pernah bekerja di beberapa buah syarikat lain.

Di Jepun, pekerja berbangsa asing bukanlah satu kebiasaan bagi mereka dan bagi Hairuddin pula, ia tidak menjadi masalah baginya. Beliau menerangkan bahawa beliau bekerja daripada posisi bawahan dan menghabiskan beberapa tahun di Honda, jadi beliau sangat sebati dengan budaya kerja Honda dan juga menghadapi kesukaran dalam mendapatkan kepercayaan daripada pegawai atasan.

honda

Kini beliau dalam usaha menghasilkan generasi sistem SH-AWD seterusnya yang lebih ringan dan cekap bahan api daripada yang sebelumnya. Tidak mahu melepaskan karier dan masa depannya yang sangat cerah bersama Honda, ketua jurutera Honda ini telah menetap di Jepun dan tidak berniat untuk pulang ke tanah air. Walaubagaimanapun, Hairuddin tidak melupakan negara tercintanya dan memberikan nasihat kepada anak muda Malaysia yang bercita-cita tinggi :

"Anda perlu mengekalkan tumpuan kepada apa yang anda mahukan di dalam kehidupan, dan bekerja keras untuk dapatkannya. Saya percaya bahawa rakyat Malaysia mampu menjadi pakar di tanah asing, memimpin dalam bidang yang dipelopori oleh negara lain. Syarikat global seperti Honda sangat menghargai mereka yang berbakat tanpa mengira latarbelakang, warganegara, bangsa atau agama. Anda hanya perlu buktikan bahawa anda mempunyai bakat yang betul"

honda oddysey

Dan anda pasti tertanya-tanya sebagai ketua jurutera di Honda, apakah kereta yang dipandu oleh Hairuddin? Kereta peribadi yang dimiliki olehnya adalah Honda Odyssey.

Sumber : Carlist




Hakcipta iluminasi.com (2017)