Kredit foto: budiey.com
Anak sulung pelakon Shahz Jaszle, Alana Jasmeen Jaszle (2 tahun) menerima enam jahitan pada bahagian dahinya yang terkoyak selepas terjatuh tangga di rumah pelakon itu baru-baru ini.
Shahz Jaszle memberitahu dia berada di luar rumah sementara isterinya, Hanis Husna berada di tingkat atas semasa kejadian malang itu terjadi.
Berderau darah saya melihat luka anak yang agak dalam. Kami terus membawanya ke hospital. Selepas membuat imbasan di kepala, mujurlah doktor kata lukanya tidak serius.
Menerusi akaun Instagram miliiknya, Shahz menuatnaik rakaman anaknya yang sedang menangis kesakitan akibat insiden itu.
Menurut Shahz lagi, dia bagaimanapun berasa ralat tidak memasang penghadang pada tangga rumah kerana sibuk dengan jadual penggambaran.
Ia satu pengajaran yang besar. Sepatutnya saya perlu memasang penghadang tangga sejak awal, tetapi kerana sibuk, saya tak sempat berbuat demikian. Apatah lagi kami baru saja berpindah ke rumah jenis teres.
Kredit foto: Instagram @shahzjaszle
Saya dan isteri perlu peka dengan kejadian yang mungkin boleh berlaku dan kami pula terlepas pandang.
Sumber: BH Online & myartis.com