Kredit foto: Facebook BH Online
Aktor dan sutradara Datuk Farid Kamil mendedahkan hubungannya dengan isteri, Datin Diana Danielle berada dalam keadaan baik.
Farid akui bersyukur kerana mendapat sokongan isteri dan anak-anak, Muhammad, 5, dan Aurora, 3, ketika berdepan kemelut yang dihadapinya.
"Hubungan saya dan isteri baik-baik sahaja dan tiada sebarang masalah antara kami.
"Saya bersyukur ada isteri dan dua orang anak yang sentiasa ada bersama saya," katanya memetik laporan Mstar Online.
Beliau membuat kenyataan tersebut selepas diikat jamin atas pertuduhan penyalahgunaan dadah jenis THC di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, semalam.
Bintang filem Tombiruo Penunggu Rimba itu ditemani adiknya, Fadzil Zahari.
Dalam pada itu, Farid berkata, dia sudah menemui dua anaknya dan merakamkan penghargaan kepada netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.
"Saya sudah bertemu dengan anak-anak dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak henti menyokong saya,” ujarnya.
Sementara itu, aktor berusia 37 tahun ini enggan mengulas lanjut berkenaan laporan polis yang dimuat naik di laman Instagram pada Rabu.
"Maaf, buat masa ini saya tidak boleh memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut kerana masih dalam siasatan," katanya.
Terdahulu, Farid mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) ke dalam badan, pada 11 Januari lalu.
Beliau dibebaskan dengan jaminan RM3,000.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada tarikh sama dengan sebutan empat tuduhan jenayah lain yang dihadapinya iaitu 5 Mac depan.
Sumber berita: Mstar