Oleh pada 28 Oct 2017 kategori

emma maembong jawab status hubungan dengan datuk salim

Kredit foto: Instagram Emma Maembong

Belum lagi reda kehangatan kisah putus cinta antara pasangan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong, timbul pula khabar kononnya Emma sudah dilamar lelaki lain.

Lelaki tersebut dikatakan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Salim Rahman.

Bagaimanapun Emma dalam kenyataan terbarunya menafikan dakwaan yang tular.

"Rasanya, saya sudah berterus terang yang saya tidak terikat dengan sesiapa buat masa ini. Jadi, saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa saja. Saya tidak memandang status atau paras rupa, namun budi pekerti saja," katanya menurut laporan portal BH Online.

Dalam masa yang sama, Emma atau nama penuhnya Fatimah Rohani Embong akui dia kini terbuka hati untuk menerima insan baru dalam hidup.

"Sebagai manusia, saya berhak menjalin persahabatan dengan mana-mana pihak. Memandangkan saya sudah solo, jadi saya bersedia membuka hati untuk berkawan dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi," ujarnya.

Sementara itu, pelakon berusia 25 tahun itu tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan gosip hubungannya dengan lelaki berstatus VIP itu.

"Tidak perlu untuk mensensasikan perkara ini kerana ia memberi impak negatif kepada saya yang baru putus cinta," katanya lagi.

Menjawab pertanyaan berkenaan isu hubungannya dengan Kamal yang dikaitkan dengan aktres Zahirah Macwilson, Emma lebih selesa menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk menyelesaikan sendiri perkara itu.

Pelakon filem Kimchi Untuk Awak ini tidak mahu ulasannya membuatkan kontroversi itu berlarutan.

"Cukup kenyataan yang saya beri sebelum ini. Selebihnya, saya serahkan kepada pihak terbabit untuk menyelesaikan perkara ini.

"Lebih baik saya berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan kemelut ini lagi," katanya.

Sumber berita: BH Online

tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)