Gambar di atas dikenali sebagai ambergris. Ia mungkin kelihatan tak ubah seperti seketul batu, namun ia sebenarnya adalah tahi ikan paus yang sangat jarang ditemui.

Dan harganya tersangatlah mahal di mana ambergris ini boleh mencapai 30 kali ganda harga perak. Malah, jika anda memakai minyak wangi, anda mungkin telah menyemburkan diri anda dengan najis haiwan ini.

Untuk beberapa abad, pembuat minyak wangi telah menggunakan ambergris ini untuk meningkatkan kekuatan minyak wangi mereka.

Pada dasarnya, ambergris merupakan paruh sotong yang terikat oleh rembesan lemak. Lama kelamaan, ia membesar di dalam usus sesetengah ikan paus sperma dan akhirnya, ia keluar keluar menjadi gumpalan keras.

mengapa tahi ikan paus sperma sangat mahal

Secara teknikalnya ambergris bukanlah tahi tetapi disebabkan saintis beranggapan bahawa ia keluar dengan cara yang sama seperti najis, maka ia dianggap sebagai tahi.

Di dalam badan ikan paus, jisim tersebut bertukar dari bahan seperti kotoran yang melekit menjadi ketulan kelabu keras. Dan percaya atau tidak, benda ini sangatlah sesuai untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi kerana beberapa sebab.

Antaranya adalah kerana mengandungi bahan kimia yang unik berfungsi sebagai fiksatif, bermakna ia membuatkan bau-bauan dalam minyak wangi bertahan lebih lama.

Ia seperti sejambak 20 atau 30 sebatian kimia yang berbeza, masing-masing mempunyai profil bau tersendiri.

Satu akan berbau seperti cendawan, satu akan bau sedikit seperti tembakau, satu bau seperti kotoran, satu bau seperti rumput dan rumput kering.

Pereka minyak wangi menggunakan aroma yang kuat seperti yang dinyatakan sebagai asas untuk minyak wangi mereka.

Dan ramai di antara kita yang tahu bahawa asas ini asas kepada mana-mana minyak wangi. Terdapat sebuah syarikat khusus yang mempunyai beberapa model minyak wangi yang menggunakan ambergris sebagai asas. 

Minyak wangi dalam koleksi syarikat ini boleh dijual mencecah harga RM2,000 sebotol dan digambarkan sebagai surat cinta ghairah dalam bentuk wangi.

Para saintis tidak tahu mengapa, tetapi hanya kira-kira 1% daripada ikan paus sperma sahaja yang menghasilkan bahan ini.

Malah, penyelidik seperti Dr Shane Gero, yang menghabiskan masa bertahun-tahun mempelajari ikan paus sperma langsung tidak pernah melihatnya.

Beliau yang telah mengumpulkan tahi ikan paus sperma selama 16 tahun belum berpeluang menemui ambergris ini. Kadang-kala, pengunjung pantai pula yang menjumpai tahi mahal ini.

Sebagai contoh, pada tahun 2006, satu pasangan telah menemui ambergris seberat 14.5 kilogram di pantai di Australia. Pihak media kemudiannya melaporkan bahawa ia mungkin bernilai hampir RM1.2 juta.

Namun, ambergris lebih kerap ditemui oleh pemburunya. Mereka ini mengesan corak cuaca dan arus laut untuk meramalkan di mana ia akan sampai.

Sebaik sahaja pemburu menemui ambergris, mereka akan menjualnya kepada broker atau pembuat minyak wangi dengan harga mencecah RM65,500 sekilogram. 

Ambergris adalah seperti emas bagi para pemburunya dan ia merupakan komoditi sebenar maka mereka sangat mengambil serius apabila melibatkan tahi ini.

Namun, harga komoditi ini yang tersangat mahal bukanlah satu-satunya sebab mereka melakukannya. Di sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, membeli, menjual atau memungut ambergris adalah diharamkan.

Ini kerana ikan paus sperma adalah spesies yang terancam di peringkat antarabangsa.

Sebelum pemburuan ikan paus bermula dengan aktif, terdapat lebih daripada sejuta ekor ikan paus sperma di lautan dan kini, hanya terdapat kurang daripada 20% jumlah asal.

Dan walaupun memungut ambergris tidak membawa apa-apa keburukan terhadap ikan paus sperma, saintis berkata bahawa menjual atau membeli produk daripada spesis yang terancam bukanlah satu idea yang bagus.

Namun selagi kita tidak dapat meniru sesuatu yang mempunyai baik sehebat tahi ikan ini, maka manusia akan terus membeli dan menjual ambergris.

Rujukan:

1. Scientific America

2. Business Insider

3. National Geographic




Hakcipta iluminasi.com (2017)