Sebelum ini, pihak Iluminasi pernah menulis sebuah artikel mengenai senarai wabak penyakit-berjangkit yang berjaya dihapuskan 100% diperingkat global. Perkara ini dapat dilakukan hasil pelbagai inisiatif oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) termasukah dengan pengenalan program vaksin, kuarantin dan pelbagai program kesedaran.

Salah satu penyakit dalam senarai tersebut dalam senarai tersebut adalah smallpox. Smallpox atau cacar merupakan wabak penyakit pertama yang berjaya dibasmi sepenuhnya dan ketika tahap kemuncaknya, 40% daripada penghidapnya akan mati. Generasi sekarang seharusnya bersyukur penyakit ini tidak wujud lagi dalam masyarakat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebelum penyakit berbahaya ini berjaya dibasmi sepenuhnya, terdapat kisah epik bagaimana penyakit ini sebenarnya hampir merebak kembali secara meluas sebelum tindakan pantas WHO dan pihak berkuasa berjaya menangani perkara ini daripada berlaku.

Untuk rekod, pesakit terakhir yang mempunyai smallpox adalah seorang lelaki daripada Somalia yang bernama Ali Maow Maalin, seorang tukang masak di sebuah hospital dan juga seorang aktivis kesihatan yang terlibat secara langsung dala menangani penyakit ini.

Entah mengapa, walaupun beliau terlibat secara langsung dengan pesakit yang mempunyai penyakit ini, beliau langsung tidak mengambil vaksin yang diwajibkan. Dalam satu temubual, beliau mengatakan mengelak pengambilan vaksin smallpox kerana takutkan jarum.

Pengisytiharaan kepupusan penyakit smallpox

vaksin smallpox

Pada tarikh 9 Disember 1979, organisasi Global Commission for the Certification of Smallpox Eradication telah membuat satu pengisytiharaan bahawa penyakit smallpox atau cacar ini telah berjaya dihapuskan sepenuhnya diperingkat global.

Ini merupakan satu kejayaan berjaya kerana menurut rekod, buat pertama kalinya wabak penyakit berjangkit yang berbahaya seperti itu berjaya dihapuskan sepenuhnya dari muka bumi hasil daripada pelbagai perancangan dan tindakan oleh pelbagai pihak dalam bidang kesihatan sedunia. Malah, cara dan prosedur yang digunakan untuk membasmi smallpox turut diguna pakai untuk menghapuskan penyakit polio dan beberapa penyakit berjangkit kemudiannya.

Penyakit ini hanya berjangkit daripada manusia ke manusia, oleh itu ianya sudah berjangkit selama beberapa lapisan generasi lamanya. Pada tahun 1960-an, iaitu sebelum program pembasmian penyakit ini dimulakan dianggarkan setengah juta orang manusia meninggal dunia akibat daripada penyakit ini.

Selepeas program vaksin dan kuarantin dimulakan untuk membasmi penyakit ini, kadar jangkitan dan jumlah pesakit turut secara mendadak sehingga hanya seorang pesakit yang mempunyai pesakit ini Ali Maow Maalin.

Tindakan menyembunyikan penyakit ini

ali maow maalin

Ali Maow Maalin mendapat penyakit ini pada 12 Oktober 1977 ketika bertugas sebagai pemandu arah untuk menghantar 2 orang kanak-kanak yang mempunyai penyakit ini ke pusat kuarantin yang berdekatan. Pada 22 Oktober, beliau jatuh sakit dan mula demam panas. Pada 26 Oktober, terdapat tanda bintik-bintik pada  kulitnya. 

Apabila dijalankan pemeriksaan perubatan, pegawai perubatan tersilap dengan menyangka beliau hanya mempunyai penyakit chickenpox yang kurang berbahaya. Oleh itu, beliau hanya diberikan ubat dan kembali ke rumahnya seperti biasa.

Namun, lama-kelamaan simptom yang dihidapinya semakin teruk dan ternyata beliau sebenarnya mempunyai penyakit smallpox, bukanlah chickenpox. Walau bagaimanapun, beliau tidak mahu dihantar ke pusat kuarantin dan bertindak kurang bijak dengan menyembunyikan perkara tersebut daripada masyarakat sekeliling dan pegawai kesihatan setempat.

Walau bagaimanapun, seorang rakannya yang juga merupakan seorang jururawat telah bertindak melaporkan penyakitnya itu kepada pegawai kesihatan tempatan kerana khuatir ia akan merebak kembali ke penduduk kampung.

Rakannya itu telah diberikan penghargaan berupa duit sagu hati berjumlah 200 Somali shillings (sekitar $35). Tindakan tersebut menyebabkan Ali Maow Maalin telah dihantar ke pusat kuarantin bagi mengelakkan ianya berjangkit kepada manusia lain.

Tindakan pantas WHO mengelak penyebaran kembali wabak ini

program smallpox 625

Berita mengenai Ali Maow Maalin telah mencetuskan panik kepada pihak WHO kerana sepanjang beliau menyembunyikan penyakit tersebut, mungkin ianya telah tersebar pula kepada orang ramai yang bertemu, bersentuhan atau berada berdekatan dengannya. Maka, tindakan mencari kesemua manusia yang pernah bertemu dengannya mula giat dilakukan.

Daripada tarikh Ali Maow Maalin mendapat penyakit ini sehinggalah beliau dihantar ke pusat kuarantin, WHO dapati bahawa seramai 91 orang telah bertemu atau berada berdekatan dengan beliau. Daripada jumlah ini, 12 daripadanya tidak pernah mendapat vaksin sementara 6 daripadanya pernah ke hospital bagi melawat pesakit yang mempunyai penyakit ini.

Selain itu, program besar-besaran vaksin turut dilaksanakan termasuklah pemberian suntikan vaksin kepada sesiapa sahaja yang masuk atau keluar daripada bandar tersebut. Malah, upacara mencari dari rumah ke rumah turut diadakan setiap bulan bagi memastikan tiada lagi individu yang mempunyai penyakit ini.

Oleh itu, pada 16 Oktober 1979, iaitu kira-kira 2 tahun selepas program pemantauan ini, pihak WHO mengisytiharkan penyakit smallpox berjaya dihapuskan sepenuhnya di peringkt global. Nama Ali Maow Maalin juga terpahat dalam rekod WHO sebagai individu terakhir yang menghidapi penyakit yang boleh membunuh ini.

Walaupun beliau berjaya pulih daripada penyakit smallpox, beliau akhirnya meninggal dunia akibat daripada peyakit malaria pada tahun 2013 selepas beberapa tahun bergiat aktif bersama WHO membantu menghapuskan penyakit polio.

program smallpox zero

Apakah pengajaran daripada kisah ini?

1. Sekiranya anda menghidapi penyakit terutamanya yang mudah berjangkit, adalah penting untuk mengisytiharkannya dan mendapatkan rawatan secepat mungkin untuk mengelakkannya merebak.

2. Dapatkan vaksin seperti yang disarankan oleh doktor. Di Malaysia misalnya, pihak Kementerian Kesihatan telah menyediakan garis panduan vaksin bagi bayi. Ibu bapa haruslah menjalankan tanggungjawab menghantar anak mereka menerima suntikan vaksin ini bagi memastikan mereka terlindung daripada pelbagai penyakit berbahaya yang ada pada masa kini.

Kredit:

  1. The Atlantic
  2. WHO
  3. WikiPedia
  4. NPR



Hakcipta iluminasi.com (2017)