video muzik rasmi di matamu sufian suhaimi raih tontonan dalam 2 jam 1

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

Lagu paling dinanti, Di Matamu dendangan penyanyi muda Sufian Suhaimi dilancarkan secara rasmi menerusi platform digital termasuk YouTube, hari ini.

Menerusi tinjauan di laman Youtube, muzik video rasmi lagu 'berhantu' berkenaan yang dimuatkan di saluran Aries Music Channel sejak kira-kira jam 9 pagi ini, telahpun meraih lebih 130,000 tontonan dan lebih 2,000 komen daripada para pelayar.

video muzik rasmi di matamu sufian suhaimi raih tontonan dalam 2 jam 2

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

Karya yang bagai diberi nyawa oleh kisah peribadi penyanyi itu dijangka akan terus melonjak dan menduduki tempat teratas carta trending Youtube Malaysia dalam tempoh terdekat ini.

Ia merupakan ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen manakala senikata tulisan oleh beliau sendiri.

Versi awal lagu itu dikongsi di YouTube pada Disember lalu memaparkan Sufian menyanyi secara akustik dalam keadaan berkopiah.

Diikuti video muzik lirik yang seterusnya menduduki carta teratas laman video itu.

video muzik rasmi di matamu sufian suhaimi raih tontonan dalam 2 jam 3

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

Tidak sekadar itu, Di Matamu turut dinyanyi dan dikongsi artis seperti Ernie Zakri, Haqiem Rusli, Daiyan Trishan, Naim Daniel, Nazim Othman, Andi Bernadee dan Janna Nick dalam versi saduran (cover).

Sebelum ini, netizen mengaitkan kontroversi putus tunang antara Sufian dan bekas kekasihnya, aktres Elfira Loy sebagai apa yang tersirat dalam maksud karya berkenaan.

Bahkan, penyanyi berkaca mata, bermisai dan berjambang ini memilih tarikh pelancaran Di Matamu iaitu hari ini, 23 Mac kerana merupakan tarikh awal perancangan perkahwinannya.

Terdahulu, beliau terbit dengan tiga single pertama iaitu Terakhir yang bolos di Anugerah Juara Lagu (AJL) 31, Harus Aku dan Terasa Ada.

Lirik Lagu Di Matamu - Sufian Suhaimi

Apakah kau cuba untuk menentukan

Keikhlasan hatiku padamu

Betapa ku mencuba

Mendapatkan secebis kasihmu

Apakah kau tak mampu tuk menentukan

Di antara kaca dan permata

Betapa telahanmu

Memaksaku mengundurkan diri

Dan tak seharusnya aku

Bertemu dirimu, didunia ini

Dan kau membuang diriku

Sesuka hatimu, dan memilih dia

Dan ku tersandar begini

Meratapi hati, yang t'lah dilukai

Aku sedar betapa hinanya

Ku dimatamu

Dan tak seharusnya aku

Bertemu dirimu, didunia ini

Dan kau membuang diriku

Sesuka hatimu, dan memilih dia

Dan ku tersandar begini

Meratapi hati, yang telah dilukai

Aku sedar betapa hinanya

Ku dimatamu


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)