dato seri najib razak berbasikal

Basikal adalah salah satu medium pengangkutan yang sangat penting pada masa dahulu. Walaupun ia kini masih digunakan dengan tujuan itu, namun ia lebih digunakan untuk tujuan lain seperti beriadah dan bersukan.

Tidak seperti kereta dan kenderaan berenjin yang lain, basikal biasanya beroperasi menggunakan mekanisma yang agak ringkas membuatkan harganya menjadi lebih murah. Namun terdapat beberapa jenis basikal yang dijual dengan harga yang mampu membeli kereta mewah seperti Ferrari dan Bentley.

iluminasi.com ingin berkongsi dengan pembaca 7 model basikal yang paling mahal di dunia.

7. Chrome Hearts X Cervelo Mountain Bike - RM232,000

chrome hearts x cervelo mountain bike basikal paling mahal di dunia

Walaupun dengan harga yang sangat mahal iaitu RM232,000 seunit, namun basikal ini sangat berbaloi dengan nilainya kerana reka bentuk yang sangat menakjubkan dan kecekapan kerjanya.

 Ciri-ciri yang menarik pada basikal ini adalah salib perak, kerusi kulit dan juga kemasan seni yang sangat halus. Basikal ini merupakan kerjasama antara jenama aksesori motosikal mewah Amerika Syarikat iaitu Chrome Hearts dengan pembuat basikal lumba terkenal, Cervelo.

Ia menyerupai gabungan Harley Davidson dan basikal percubaan masa yang digunakan di trek.

6. Trek Madone 7 Diamond - RM290,000

trek madone 7 diamond basikal paling mahal di dunia 264

Basikal Trek Madone 7 ini dilelong di acara tahunan Lance Armstrong Foundation Gala di New York pada tahun 2005, dengan harga RM290,000. Harga yang melambung tinggi ini disebabkan hiasan pada basikal ini yang sangat mewah seperti lambang Diamond 7 yang diperbuat daripada berlian. 

Selain itu, terdapat plak Diamond 7 diperbuat daripada emas kuning 14 karat dan emas putih ditanamkan dengan 7 butir berlian Gemesis kuning 1 karat.

5. Aurumania Crystal Edition Gold Bike - RM443,000

aurumania crystal edition gold bike basikal paling mahal di dunia

Basilak edisi emas yang dikeluarkan oleh Auramania, sebuah syarikat Perancis ini mempunyai bingkai, roda dan spoke yang disalut dengan emas, dan dihiasi dengan kristal Swarovski.

Pemegang dan pelana basikal ini diperbuat daripada kulit berkualaiti tinggi dan logo kulit di hadapan basikal ini memaparkan nombor edisi terhad. Dengan harga setinggi RM443,000, basikal ini merupakan basikal ke-5 termahal di dunia.

Namun begitu, Auramania juga mengeluarkan raga basikal yang dihiasi dengan emas dan kristal dengan harga melebihi RM23,000.

4. Kaws Trek Madone - RM618,000

kaws trek madone basikal paling mahal di dunia

Basikal ini mempunyai ciri-ciri trademark rekaan gigi "chomper" Kaws pada bingkai dan rim rodanya. Dengan harga semahal RM618,000 ia menunjukkan mana-mana basikal yang mempunyai kaitan dengan Lance Armstrong mempunyai nilai yang sangat tinggi.

Ia juga mempunyai aerodinamik yang bagus, aksesori yang menakjubkan, dan banyak lagi. Penunggang-penunggang basikal ini telah memenangi banyak perlumbaan kerana reka bentuknya yang sangat selesa.

Ia dilelong oleh Sotherby untuk tujuan kanser dan dihasiklan sebagai basikal rutin harian Lance Armstrong.

3. Trek Yoshimoto Nara - RM772,500

trek yoshitomo nara livestrong

Juga dijual di lelongan oleh Sotheby dengan harga RM772,500, artis popular Jepun iaitu Yoshmito Nara mengecat dan menghiasi basikal ini dengan tema kartun kanak-kanak memakai sarung tangan tinju, UFO terbang dan logo Livestrong.

Apa yang istimewanya basikal ini adalah ia ditunggang oleh Lance Armstrong pada peringkat ke-18 dalam salah satu perlumbaan Tour de France. Ia mempunyai bingkai serat karbon dan membuatkannya ia sangat ringat.

2. Goldgenie 24K Gold Bike - RM1.5 juta

basikal emas 7 item pelik yang dihasilkan dan disalut emas 950

Basikal yang disaluti dengan emas 24 karat ini dikeluarkan oleh Goldgenie dan dijual dengan harga RM1.5 juta. Goldgenie telah beroperasi berabad-abad lamanya yang mengkhususkan dalam penyalutan peranti seperti telefon pintar iPhone dan Samsung.

Antara klien-klien syarikat ini termasuklah David Beckham, Jamie Foxx dan Elton John. Setiap bahagian daripada basikal ini yang diperbuat daripada logam termasuklah gear dan rantai disaluti dengan emas tulen.

basikal emas 7 item pelik yang dihasilkan dan disalut emas 8

Tempat duduknya diperbuat daripada kulit San Marco edisi terhad yang lembut, manakala tayarnya adalah tayar lumba SR4. Tak cukup dengan itu, anda juga boleh menghiasi bingkai basikal ini dengan berlian-berlian dengan bayaran RM1.82 juta.

1. Trek Butterfly Madone - RM1.93 juta

trek butterfly madone basikal paling mahal di dunia 2

Beberapa bulan selepas tamatnya perlumbaan Tour de France tahun 2009, basikal Trek Madone ini yang ditunggang oleh Lance Armstrong pada perlumbaan akhir di Paris ini telah dijual oleh Sotheby untuk acara bertujuan membantu mengumpulkan dana kanser.

Ia direka bentuk oleh artis Inggeris, Damien Hirst dengan menggunakan beratus-ratus sayap rama-rama menyaluti bingkai basikal yang diperbuat daripada serat karbon.

trek butterfly madone basikal paling mahal di dunia 274

Namun orang dari Ethical Treament of Animals menggelarkan basikal ini sebagai "keganasan yang dahsyat".

Walaupun begitu, basikal Trek Butterfly ini dijual dengan harga RM1.93 juta menjadikannya sebagai basikal paling mahal atas muka bumi.

najib razak berbasikal cycling

Jom Kayuh Basikal!

Rujukan: 

1. Forbes

2. Tech Times

3. Red Flush Casino

4. Finances Online

5. Jinggo fotopage


tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)