Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan ada banyak 'drama' yang berlaku sepanjang 20 hari rakaman program percutian CTDK-ation.

Bakal bersiaran di saluran Astro Ria bermula 29 Disember ini, Siti berkata, program itu turut merakamkan aksi Datuk K marah!

aksi datuk k marah dirakamkan 2

"Macam-macam 'drama' (ragam) sepanjang 20 hari kami bercuti, maklumlah rombongan kami ramai di tempat baru, pelbagai ragamlah yang keluar.

"Kalau nak tengok macam mana Datuk K marah dan macam mana saya pujuk dia, jangan lupa tengok program ini. Bukan senang kami nak bercuti ramai-ramai begini.

"Macam-macam dugaan yang kami lalui sepanjang bercuti yang sempat dirakamkan khas untuk peminat," kata Siti yang ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid pada majlis sidang media program realiti CTDK-ation yang berlangsung di Great Eastern Mall, semalam.

Program yang mendapat kerjasama daripada Ziarah Harmoni Travel and Tours dan Dubai Taurism itu menyaksikan rombongan mereka melawat tiga negara yang mempunyai sejarah Islam iaitu Portugal, Sepanyol dan Dubai.

Ibu Siti, Siti Salmah Bachik dan ibu mertuanya, Siti Zainab Hanafi antara yang menyertai rombongan tersebut.

Dalam pada itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, program itu sudah dirakamkan pada Oktober 2016 lalu, namun ke udara lewat kerana mereka mencari waktu yang sesuai.

Pun begitu, isu kandungan program berkenaan merupakan karya eksklusif yang masih relevan untuk ditonton.

"Sekarang masa yang paling sesuai untuk ditayangkan kerana akhir tahun adalah masa orang pergi bercuti.

"Lagi pula program ini tidak pernah dikeluarkan lagi di mana-mana platform dan hanya eksklusif untuk Astro Ria," katanya.

Saksikan CTDK-ation, setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Ria, bermula 29 Disember depan.

Kredit foto: Instagram @rozisangdewi

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)