Oleh pada 21 Mar 2017 kategori

Kejutan terbaru dari Apple - iPhone (Product) Red!

Bakal dilancarkan Jumaat ini, Apple iPhone (Product)Red, versi warna merah, terbaru untuk iPhone dan iPhone 7 Plus, memperbaharui barisan warna iPhone yang sedia ada iaitu hitam jet, hitam, perak, emas dan rose gold.

Warna terbaru ini menandakan kerjasama 10 tahun di antara Apple dan (Red) yang telah terjalin sekian lama, yang menyokong program HIV/AIDS yang memberikan kaunseling, ujian dan ubatan untuk mencegah jangkitan HIV daripada ibu kepada anak yang berada di dalam kandungan.

Apple telah mengumpulkan lebih daripada USD130 juta, melalui penjualan produk (Red). iPhone edisi spesial ini akan dibuka untuk tempahan bermula 8.01 pagi waktu Pacific, Jumaat ini, 24 Mac.

iphone merah

Ia boleh didapati dalam kapasiti 128 dan 256 gigabyte, bermula dari harga USD749 untuk iPhone 7 (4.7 inci) dan USD869 untuk iPhone 7 Plus (5.5 inci). Walaupun bahagian belakang iPhone ini berwarna merah, namun logo Apple dibelakang kekal berwarna perak.

Setiap pembelian (Red) iPhone ini akan didermakan terus kepada tabung dana global untuk membanteras AIDS. Apple juga menawarkan case, bateri pintar, headphones, jam Apple dan banyak lagi dalam warna yang sama.

undefined




Hakcipta iluminasi.com (2017)