Oleh pada 29 Apr 2017 kategori

Kredit foto: Facebook Maharaja Lawak Mega

Sesetengah pihak telah menggelarkan trofi Gempak Man of The Match (GMOTM) di Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) sebagai trofi berpuaka. Ini gara-gara ramai penerimanya akhirnya menerima nasib malang apabila tersingkir daripada pertandingan tersebut.

Lebih buruk lagi terdapat dua kumpulan yang meraih trofi itu, lalu serta-merta disingkirkan pada minggu yang sama.

Mereka adalah Ropie (Nice) yang menjadi mangsa penyingkiran pada minggu kelapan dan Jiggy (Masin) yang tersingkir di minggu kesepuluh.

Namun dakwaan tersebut masih menjadi pertikaian kerana pemegang trofi GMOTM seperti Shahrol, Dzawin dan Syaiful masih berada dalam liga pertandingan dan telahpun mara ke peringkat akhir. 

Sejauh manakah kehandalan pelawak-pelawak yang diiktiraf sebagai GMOTM ini beraksi di pentas akhir nanti? Sama-sama kita nantikan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)