Oleh pada 14 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Noh Salleh

Penyanyi Noh Salleh meminta supaya media berhenti bertanyakan tentang isu cahaya mata kepadanya.

Ini berikutan hati lelakinya mudah tersentuh hingga mampu menitiskan air mata.

Sehubungan dengan itu, dia memohon agar para peminat mendoakan perkahwinannya dengan penyanyi Mizz Nina itu akan beroleh zuriat.

rasa nak menangis bila ditanya soal anak noh 2

Kredit foto: Instagram Noh Salleh

Saya tak tertekan tentang soal anak cuma bila orang tanya baru ada tekanan tu, lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dah ada anak. Tak mahulah ditanya soalan ini lagi, rasa macam nak menangis, pinta saya doakan semoga kami dimurahkan rezeki ya.
Sumber: Mstar

Noh membuat kenyataan tersebut di Majlis Sidang Media Jelajah Album Angin Kencang yang berlangsung di Pejabat Warner Music di Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Terdahulu, perkahwinan selama enam tahun Noh dan Mizz Nina pada 1 Julai 2011 dikunjungi pelbagai pertanyaaan tentang isu zuriat.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai penerbitan album terbarunya, Noh berkata, ia adalah kesinambungan kepada album EP dengan tajuk yang sama pada tahun 2014.

Menariknya, penyanyi itu berani mengaku ia adalah album yang dihasilkan untuk kepuasan sendiri, tetapi tetap mengalu-alukan peminat yang menggemari muziknya untuk turut sama memberikan sokongan.

rasa nak menangis bila ditanya soal anak noh 3

Kredit foto: Instagram Noh Salleh

Saya tak marah kalau ada orang tak suka album ini dan saya akui ia memang album syok sendiri. Kalau ikutkan perancangan album ini hanya mahu diedarkan di Indonesia kerana di sana orang masih mencari album fizikal.
Sumber: Mstar

Album itu merupakan versi pakej semula daripada EP terdahulu, memuatkan sembilan lagu dengan beberapa pembaharuan dibuat termasuk kulit muka album serta ekstra tiga buah lagu iaitu Renjana, Mr.Polia dan Sarawak.

Penerbitan album Angin Kencang akan disusuli dengan siri jelajah di beberapa negeri di mana penjualan album juga akan dibuka di lokasi-lokasi tersebut.

Malah sesi promosi turut diperluaskan hingga ke negara luar.

Insya-Allah, saya bersama mobile truck tajaan RedBull Malaysia akan menjelajah beberapa lokasi dan peminat boleh mendapatkan album tersebut. Selepas ini perancangan kami untuk menjelajah Indonesia dan Jepun pula.
Sumber: Mstar

Peminat muzik dijemput hadir ke Jelajah Album Angin Kencang di Pasar Karat, Johor Bharu (17 September), Taming Sari, Melaka (14 September), Padang Kota Lama, Pulau Pinang (16 September) dan Gerbang Malam Ipoh (17 September).




Hakcipta iluminasi.com (2017)