Oleh pada 31 Aug 2021 kategori

Kredit: Instagram @ikanabella 

 

Baru-baru ini, tular seorang wanita menerusi Facebook miliknya mendedahkan eksperimen sosial bersama suaminya yang belum lengkap 2 dos vaksin.

 

Tanpa diketahui status vaksinasi, kedua-dua individu tidak bertanggungjawab itu berjaya menggunakan perkhidmatan restoran, gerai tepi jalan dan kedai gunting rambut.

 

"Jika tolak vaksin, berdiam diri sahaja," tulis penyanyi dan pelakon, Ika Nabella yang meluahkan kekecewaannya melalui perkongsian di Instagram.

 

Menceritakan pengalaman di sebuah kedai mamak berhampiran KLCC, sijil digital vaksinasi ibu kepada seorang cahaya mata itu juga tidak diperiksa.

  

 

"Ini suatu amanah dan menjaga keselamatan pembeli juga suatu amanah. Sebagai pemilik perniagaan, perkara ini yang kita perlu fikirkan dahulu.

 

"Kita tidak mahu membahayakan pelanggan, begitu juga dengan perniagaan. Semakin kurang orang yang menjangkiti dan terjangkit dengan simptom teruk, semakin cepatlah perniagaan kita boleh beroperasi seperti sediakala," tegasnya yang juga merupakan seorang usahawan.

 

Beliau juga berpesan supaya masyarakat membuang budaya pentingkan diri pada era pandemik COVID-19.

 

"Jika tidak mahu fikir tentang orang lain sekalipun, fikirlah tentang keluarga sendiri. Bayangkan pelanggan yang datang ke premis kita pembawa virus COVID-19 walaupun sudah lengkap divaksin.

 

"Kemudian, berjangkit dengan pelanggan yang belum divaksin dan dibawa pula pada ibu bapa dan anak-anak di rumah," jelasnya.

  

 

Menurutnya lagi, perlu diakui akan kepentingan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

 

"Vaksin adalah hak individu. Tetapi, kita boleh bantu dari segi hal-hal lain, contohnya seperti amanah ini," tambah bekas pelajar Akademi Fantasia 6 itu.

 

Komen Netizen

ikass2 240

 

"Sebenarnya, SOP untuk melindungi mereka yang tidak divaksin. Bukannya mereka yang divaksin takut dengan mereka yang tidak divaksin.

 

"Kerajaan cuma tidak mahu mereka yang tidak divaksin terjangkit dengan virus COVID-19 dan terkena simptom teruk yang menyebabkan tahap jangkitan 4-5," jelas seorang netizen.

ikass1

 

"Soal amanah itu betul. Tidak perlu persoalkan amanah pemilik perniagaan, jika anda tidak amanah pada diri sendiri," tulis seorang lagi netizen.

 

Sumber: Instagram Ika Nabella




Hakcipta iluminasi.com (2017)