Oleh pada 09 Sep 2017 kategori

aiman tino jawab isu aksi berpelukan 1 210

Kredit foto: Instagram Aiman Tino & Mstar

Penyanyi Aiman Tino mengakui gambar yang menjadi tular yang memaparkan seorang remaja lelaki sedang memeluk gadis adalah dirinya.

Bagaimanapun penyanyi berusia 19 tahun itu menafikan aksi berpelukan dalam gambar tersebut dengan alasan ia adalah permainan kedudukan kamera.

aiman tino jawab isu aksi berpelukan 2

Kredit foto: Instagram Aiman Tino
Saya harap peminat atau mana-mana pihak tidak salah faham atau buat andaian sendiri apabila melihat gambar tersebut. Memang saya mengaku lelaki dalam gambar tersebut adalah saya dan Syarana. Tapi sejujurnya saya tak peluk dia. Mungkin sisi kamera yang menampakkan seaakan saya memeluknya.
Sumber: Mstar

Aiman menegaskan mereka hanyalah kawan lama yang tidak punya sebarang pertalian istimewa.

Dalam masa yang sama, penyanyi lagu Permata Cinta itu turut mempersoalkan motif foto itu disebarkan selepas sekian lama dirakam.

aiman tino jawab isu aksi berpelukan 3

Kredit foto: Instagram Aiman Tino
Saya dan Syarana sudah lama berkawan. Antara kami memang tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Tapi yang saya terkejut, macam mana ia boleh tersebar sedangkan gambar itu sudah lama.
Sumber: Mstar

Mengulas mengenai tindakan susulan yang bakal diambil, Aiman berkata, dia hanya akan lebih berwaspada pada masa akan datang.

Kebaikannya dalam bersahabat mungkin telah disalahtafsir oleh pihak tertentu.

Selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Mungkin sebab saya terlalu peramah dan mudah berkawan, takut orang salah faham sahaja.
Sumber: Mstar

tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)