Oleh pada 15 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Aiman Tino

Penyanyi Aiman Tino akui sudah lelah apabila sering menjadi mangsa kritikan netizen yang tidak putus-putus mempertikaikan segala tindak-tanduknya.

Memetik portal Mstar Online, Aiman berkata, kehidupan netizen tidak tenang sehingga suka mencari kesilapan orang di sekeliling.

"Bagi saya dah rasa muak dan bosan dengan netizen. Mereka nak cakap apa, cakap lah. Saya dah tak kisah.

"Ada saja nak cari kesalahan orang. Agaknya kehidupan mereka tidak pernah tenang kot," katanya.

Aiman membuat kenyataan tersebut apabila diminta mengulas tentang netizen yang mengkritik dokumentari kehidupannya yang dimuatkan dalam rancangan Majalah 3 pada Isnin.

dokumentari aiman tino dikecam ini jawabnya 2

Kredit foto: Mstar

Kebanyakan pihak menganggap kisah kehidupan penyanyi muda ini belum layak diangkat dalam sebuah program dokumentari yang membawa konsep sejarah.

Aiman berkata, program tersebut juga pernah membawa kisah selebriti serta tidak terhad kepada sejarah sahaja. 

Dalam siaran dokumentari itu, Aiman mendedahkan perjalanan serta kehidupannya bersama keluarga.

"Tak semestinya Majalah 3 mengisahkan tentang sejarah sahaja. Ada juga kehidupan selebriti lain yang pernah disiarkan.

"Kali ini giliran saya pula berkongsi perjalanan kehidupan saya bersama ibubapa dan fokus dalam bidang nyanyian," ujarnya.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)