Oleh pada 14 Jun 2017 kategori

letak bayaran tinggi akhirnya aiman tino ambil tindakan tegas 1

Kredit foto: malaysianewsss.blogspot.my 

Sebelum ini timbul isu di kalangan pihak media yang tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan penyanyi Aiman Tino.

Semuanya gara-gara bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan penyanyi tersebut dalam persembahan yang didakwa 'mencekik darah'.

Sudahlah mahal, pulak tu apabila diajak menawar dan berbincang untuk penurunan harga, pihak pengurusan Aiman mula berdalih dan melakukan pelbagai helah dengan niat untuk menolak.

Merasakan dirinya bertanggungjawab untuk menjernihkan kekeruhan yang melanda, akhirnya Aiman tampil dengan sebuah kenyataan terbaru.

Menerusi kenyataan tersebut, Aiman memohon maaf kerana telah membuatkan pihak media terasa hati dengannya. Dia mewakili pihak pengurusan beliau dengan rendah dirinya mengakui kesilapan yang dilakukan. Malah Aiman telahpun mengambil tindakan tegas dengan menukar pengurus baru dengan harapan perkara tersebut tidak berulang lagi. 

letak bayaran tinggi akhirnya aiman tino ambil tindakan tegas 2

Kredit foto: Instagram Aiman Tino

Bukan salah saya, tapi saya juga terasa hati. Saya penat-penat jaga hubungan baik dengan media tapi ada pula yang merosakkannya. Kalau mereka tidak mahu minta maaf biarlah saya dengan rendah diri minta maaf kepada semua yang terasa. Saya sudah beritahu jangan terlalu pentingkan pasal duit, saya sendiri tidak kisah terutama melibatkan media. Saya harap mereka melakukan urusan itu dengan baik bukan cara yang tidak bertolak-ansur. Perkara itu merosakkan reputasi saya. Tapi tidak mengapa saya sekarang sudah diuruskan oleh pengurus lain.

Sumber: Mstar 


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)