Oleh pada 03 Jul 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Ahmad Ezzrin Loy

Pelakon Ahmad Ezzrin Loy menjadi mangsa kecaman terbaru apabila netizen mendakwa dia seorang yang riak dan gemar menunjuk-nunjuk.

Melihat akaun Instagram milik adik kepada pelakon terkenal, Elfira Loy itu, laman berkenaan sarat fotonya memperagakan pelbagai barangan berjenama.

Namun sekeping foto di Instagram Story (IG Story) menyaksikan beliau bergaya mewah dalam pakaian berjenama seperti Louis Vuitton, Gucci, H&M, Puma Big Sean dan banyak lagi.

adik elfira loy ezzrin loy digelar riak 2

Kredit foto: Instagram Ahmad Ezzrin Loy

Sehubungan dengan itu, pengguna media sosial membuat andaian sekaligus melabelkan Ezzrin sebagai artis yang gemar menunjuk-nunjuk.

"Seriuslah Ezzrin Loy nyatakan jenama pakaian dia daripada atas ke bawah? Muat naik di IG Story. Perform kau.

"Itu betul-betul Ezzrin Loy ke yang taip-taip jenama tu? Menunjuk namateyyy (nak mati). Benci orang yang suka menunjuk ni.

"Apa motif dia label satu-satu jenama yang dia pakai?" komen beberapa pengikut.

Namun aktor muda berusia 21 tahun itu enggan ambil endah dengan tidak membalas sebarang kecaman yang dilontarkan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)