Oleh pada 28 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Sinar Harian

Nampaknya netizen belum habis memperkatakan tentang perhubungan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi walaupun sudah lebih seminggu ikatan pertunangan mereka terlerai.

Terkini, spekulasi baru pula timbul selepas seorang lelaki bernama Asyraff Mazlan secara terbuka berkongsi beberapa gambar dan videonya bersama Elfira, semasa menunaikan ibadah umrah awal bulan lalu dan ketika meraikan sambutan hari jadinya baru-baru ini.

Sungguhpun bukan hanya mereka berdua dalam momen gambar terbabit kerana turut ditemani Nurul Ezzlisa Loy, namun rata-rata netizen percaya lelaki berkenaan mempunyai hubungan istimewa dengan aktres berusia 24 tahun itu.

inikah kekasih baru elfira loy 2

Kredit foto: Sinar Harian

Terdahulu, baik Elfira mahupun Sufian meminta netizen supaya menghentikan spekulasi punca ikatan pertunangan mereka terputus sambil menyatakan bahawa masalah sebenar hanya diketahui oleh pihak keluarga sahaja.

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober lalu dan asalnya ingin berkahwin sekitar Mac ini.

Hubungan itu secara rasmi terputus apabila keluarga Elfira memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga Sufian di Johor, 18 Februari lalu.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)