Oleh pada 12 Dec 2018 kategori

adakah orang jepun berasal dari china

Asal-usul orang Jepun telah menjadi tanda tanya bagi tempoh yang agak lama. Terdapat teori bukti yang mengatakan bahawa populasi Jepun berasal dari China, manakala sesetengah pakar berpendapat ia berasal dari Korea.

Di penghujung Era Pleistocene, kepulauan Jepun dihubungkan ke benua Asia di bahagian utara dan selatan oleh daratan.

Penduduk prasejarah Jepun dibentuk dari pelbagai kelompok etnik yang bermigrasi dari berbagai tempat seperti utara, timur dan selatan China, Semenanjung Korea, Kepulauan Ryukyu, Siberia, Indochina dan bahkan wilayah Indonesia.

Oleh sebab itu, asal-usul orang Jepun yang tepat masih menjadi teka-teki yang membuatkan para penyelidik untuk menghasilkan teori-teori yang menakjubkan.

Kewujudan orang Jomon

lakaran wajah orang jomon

Selepas glasier cair secara beransur-ansur, pulau-pulau di Jepun menjadi terpencil dan budaya yang berbeza-beza perlahan-lahan digabungkan ke dalam apa yang saintis umumnya gelarkan sebagai orang Jomon.

Perlu diingatkan bahawa kewujudan budaya Jomon telah ditemui untuk tempoh yang agak lama yang mana ahli arkeologi telah membahagikan tempoh Jomon kepada sekurang-kurangnya empat bahagian iaitu permulaan, awal, tengah dan lewat.

Ciri-ciri utama budaya Jomon telah dikenal pasti melalui kajian perbandingan kapal-kapal yang ditemui, patung-patung tembikar, permata tulang dan batu, peralatan, rangka, tempat tinggal primitif, dan kesan penggunaan makanan yang pelbagai.

Zaman purba awal negara matahari terbit ini diletakkan di sempadan antara arkeologi dan sejarah. Tiada rekod bertulis Jepun moden yang menggambarkan era ini dan satu-satunya rekod bertulis moden hanya terdapat dalam historiografi Cina.

Penghijrahan orang Yayoi dari Korea dan China ke Jepun

orang yayoi

(Lakaran wajah orang Yayoi)

Dari sudut pandangan saintifik, tempoh ini dibahagikan kepada dua bahagian: Yayoi dan Kofun. Mengikut teori klasik, orang Yayoi berhijrah dari Korea dan China ke Jepun bermula dari 300 SM.

Walau bagaimanapun, kajian yang lebih baru menunjukkan bahawa penghijrahan pertama berlaku pada tahun 900 SM.

Sesetengah orang Jomon ditawan dan diasimilasikan oleh Yayoi, sementara yang lain hanya menyesuaikan diri dengan teknologi baru dan cara hidup.

Tambahan pula, orang Ainu iaitu populasi Jomon yang berasal dari Siberia, enggan menyesuaikan diri dan mengekalkan tradisi mereka di utara Jepun.

Para pakar tidak boleh bersetuju dalam topik asal-usul genetik dan budaya Jepun kerana mereka tidak mempunyai bukti jelas tentang sumbangan sebenar setiap penduduk.

Apa yang pasti ialah tempoh Yayoi terkenal dengan penampilan pertanian dan gangsa serta alat besi dan senjata, dengan kampung-kampung besar dan masyarakat yang akhirnya membuat bandar-bandar, pusat perdagangan dan persekutuan puak.

Mengambil kira semua elemen yang dijelaskan di atas, terdapat banyak teori mengenai asal-usul genetik Jepun.

Apa yang dapat kita katakan dengan pasti adalah bahawa Cina kuno memainkan peranan penting dari sudut pandangan genetik tetapi tanpa hubungan antara punca dan kesan, orang Jepun berasal dari banyak tempat lain, dalam pelbagai peringkat sejarah mereka.

Pengaruh kebudayaan empayar Cina dan kerajaan Korea jauh lebih penting, terutamanya semasa dinasti Tang (tahun 618 - 907).

Orang Jomon berasal dari pelbagai wilayah

orang jomon

Segala maklumat yang kita ada sehingga kini menunjukkan bahawa populasi Jomon berasal dari pelbagai wilayah, dengan kadar dan kuantiti yang berlainan, mempunyai DNA berbeza dan budaya tembikar yang berbeza.

Terdapat tiga teori utama mengenai asal-usul orang Jepun iaitu, model Penggantian, model Transformasi, dan model struktur Dual.

Model Penggantian menyatakan bahawa Yayoi berhijrah dari China melalui Korea, menakluki dan mengasimilasikan orang Jomon. Kesimpulannya adalah bahawa orang Jomon tidak mempunyai kaitan dengan Jepun.

Yang kedua iaitu model Transformasi merumuskan sebaliknya, bahawa orang Yayoi yang berhijrah adalah lebih sedikit daripada orang Jomon, maka kedua-kedua populasi itu bergabung.

Model struktur Dual pula menunjukkan asal-usul Jepun sebagai campuran Yayoi dan Jomon, manakala orang Ainu dan orang dari Ryukyu mempunyai kaitan kerana dari keturunan Jomon yang sama. 

Perbezaan antara Jomon dan Yayoi

perbezaan wajah orang jomon dan orang yayoi 623

Mana-mana perbezaan antara Jomon dan Yayoi adalah agak bermasalah. Pertamanya, budaya Jomon dan Yayoi tidak mempunyai persamaan.

Kedua-dua budaya ini berasal dari banyak tempat yang berlainan dan berkembang pada kadar yang berbeza.

Apa yang lebih membingungkan adalah di beberapa wilayah di Jepun, Yayoi menjadi majoriti manakala di tempat lain, mereka adalah minoriti.

Oleh sebab itu, adalah mustahil untuk memastikan berapa banyak orang Yayoi yang merupakan asing dan berapa ramai adalah bekas orang Jomon yang mengamalkan gaya hidup baru.

Teori pahlawan dukun China, Xu Fu

xu fu pahlawan dukun dari china

Teori spekulatif tambahan dikaitkan dengan pahlawan dukun Cina yang hebat iaitu Xu Fu. Beliau berkhidmat untuk dinasti kuno Qi dan dihantar untuk meneroka tanah lain.

Dalam buku 'Records the Great Historian', dikatakan bahawa Xu Fu meneruskan pencarian untuk mencari penawar kehidupan abadi.

Selepas banyak ekspedisi, beliau membuat permintaan kepada maharaja untuk membawa masuk lebih banyak pemanah.

Beliau meneruskan pelayaran lain tetapi tidak pernah kembali. Sesetengah ahli sejarah Jepun percaya bahawa Xu Fu menemui Jomon Jepun dan menakluki Kyushu utara.

Kemudian, Xu Fu menjadi Tuhan pertanian, perubatan dan sutera dalam tradisi Shinto. Sebahagian daripada kisah legenda Xu Fu ini mungkin benar.

lakaran kapal xu fu

Sejarah Cina menyebut bahawa Xu Fu berlayar dengan kekuatan 5,000 pahlawan, lebih daripada cukup untuk bertapak di pantai utara Kyushu.

Mungkin beliau mati dalam pertempuran atau beliau hanya menetap di Jepun dan memutuskan untuk tidak kembali ke China.

Permintaan untuk lebih banyak pemanah mungkin bermakna bahawa beliau memerlukan bantuan untuk mendapatkan dan mengukuhkan kedudukannya di Kyushu.

Tarikh perjalanannya adalah antara 219 SM dan 210 SM, sepadan dengan kebangkitan ketua-ketua Yayoi awal. Akan tetapi, senjata besi dan gangsa yang hampir dengan garis masa ini tidak dijumpai di kawasan itu.

Orang Yayoi berasal dari Korea dan China

orang yayoi 2

(Model orang Yayoi)

Semua saintis bersetuju bahawa orang Yayoi berasal dari Korea dan China. Di sebalik fakta ini, banyak masalah telah muncul.

Pertama, tidak ada cara tertentu untuk mengesan bilangan pendatang atau tempoh yang tepat apabila gelombang penghijrahan berlaku. Kedua, terdapat dua teori utama mengenai asal-usul Yayoi.

Peramanya, mereka berpendapat bahawa kebanyakan orang Yayoi berasal dari Korea, manakala yang lain pula mengatakan bahawa penghijrahan jauh lebih awal dari China telah berlaku.

Kedua-dua penyokong teori ini memberikan hujah seperti hubungan logik sebab, bukti arkeologi dan hasil DNA.

Teori asal-usul orang Yayoi : Korea vs China

Tradisionalis menyokong tafsiran warisan Korea dengan hujah bahawa bentuk pertama budaya Yayoi muncul di utara Kyushu, tempat paling dekat dengan Korea.

Malah di era berikutnya iaitu Kofun, terdapat banyak puak pahlawan dari keturunan Korea. Alat besi dan objek seperti cermin atau pakaian sangat mirip dengan orang-orang dari Korea.

asal usul orang jepun

Menggunakan ujian DNA, ahli arkeologi menyimpulkan bahawa masyarakat Yayoi yang besar juga wujud di bahagian selatan semenanjung Korea.

Sejarawan Jepun mendakwa ini bermakna Yayoi menawan bahagian Korea dan menuntut penghormatan dari suku Korea.

Mereka yang menyokong teori keturunan Cina pula percaya bahawa Yayoi muncul lebih awal, beratus-ratus tahun sebelum migrasi dari Korea.

Dari sudut pandangan ini, pertanian dibawa dari China dengan penghijrahan besar di antara tahun 1000 SM dan 900 SM. Kumpulan ini kebanyakannya dibentuk oleh elit bangsawan dan pahlawan serta beberapa petani.

Mereka adalah orang-orang yang mengasaskan kerajaan pertama di Jepun.

Jika teori keturunan Cina ini adalah tepat, migrasi Korea datang kemudian dan kebanyakan kumpulan itu terdiri daripada orang biasa seperti petani, peniaga dan tukang.

Mereka membawa teknologi baru dan teknik pembuatan, tetapi pertanian dan kerajaan sudah ada di Jepun. Kerana pendatang Korea mempunyai banyak kemahiran dan pengetahuan yang berguna, mereka diterima dengan baik.

Nilai mereka begitu tinggi sehingga mereka memperoleh fungsi politik penting.

Kerangka orang Yayoi mengesahkan kaitan dengan empayar China

asal usul jepun

Satoshi Yamaguchi membandingkan kerangka Yayoi dengan orang-orang dari empayar Cina iaitu dinasti Han dan menyimpulkan bahawa mayat dan warisan genetik mereka mempunyai kaitan.

Tambahan pula, dia menemui kerangka remaja lelaki Cina yang mana gigi mereka ditarik keluar, satu tradisi hanya milik orang Jomon.

Semua jenazah Cina ini ditemui di wilayah Jiangsu, sebuah lokasi yang sangat dekat dengan Laut China Timur.

Mungkin kebetulan atau tidak, simbol-simbol yang membenarkan penguasaan politik dalam tempoh Yayoi adalah pedang, cermin dan meterai kerajaan yang mana objek yang sama digunakan oleh dinasti Qin China.

Persamaan boleh dijelaskan dalam dua cara. Dinasti Qin dari China jauh lebih berkembang daripada kerajaan Yayoi, jadi kerajaan Yayoi meniru dinasti Qin untuk mendapatkan pengiktirafan.

tengkorak orang yayoi

Ia juga dicadangkan bahawa wakil diraja mereka adalah sama kerana elit Yayoi sebenarnya berasal dari Sungai Yangtze, mengesahkan teori keturunan China. Sejarah Cina mencatatkan kewujudan kerajaan Yayoi beberapa kali.

Orang biasa digambarkan dengan penghinaan dan dari keunggulan peradaban tamadun Cina.

Sebaliknya, elit politik kerajaan Yayoi diperlakukan dengan istilah yang sangat baik, menamakan mereka sekutu rapat walaupun mereka memberi penghormatan.

Dalam buku 'Rekod Tiga Kerajaan', para pemimpin Yayoi mempersembahkan diri mereka kepada utusan Cina sebagai keturunan raja Taibo, pengasas legenda kerajaan Wu, yang terletak di pantai timur China.

Kesimpulan

orang jepun

Jadi, adakah benar Jepun merupakan keturunan Cina? Jawapannya adalah sebahagian besarnya adalah benar.

Namun, tiada jawapan tepat untuk ini kerana sudah tentu sesebuah bangsa itu boleh bercampur dengan bangsa lain dan ini mungkin tidak mempunyai rekod.

Tiada siapa yang mampu membuktikan kebenaran ini sepenuhnya kerana ia tersangat rumit dan berkait.

Rujukan:

1. QZ

2. Heritage of Japan

3. Ancient



Hakcipta iluminasi.com (2017)