Dalam dunia ini, terdapat macam-macam ragam yang dapat dilihat. Ada sesetengah orang yang ingin berbaik-baik dengan anda kerana mereka mahukan sesuatu (boleh juga digelar munafik). Dalam alam pekerjaan, ada juga pekerja yang berbaik-baik semata-mata mahu menyiapkan sesuatu kerja.

Dalam berkawan dan mengenali seseorang, anda haruslah peka dan tidak terlalu mempercayai seseorang dalam jangka masa yang singkat. Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang ada pada seseorang yang perlu anda perhatikan untuk membezakan sama ada mereka benar-benar ikhlas atau tidak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Seseorang yang baik biasanya akan memberikan pendapat mereka secara terbuka tanpa mengutuk mana-mana pihak. Sementara itu, orang yang berpura-pura akan bercakap baik di hadapan anda dan sebaliknya mereka akan bergosip tentang anda di belakang anda.

hormat orang lain

Orang yang ikhlas berbaik dengan anda sebetulnya akan menghormati sesiapa jua, tidak kira yang berpangkat atau tidak. Sebaliknya, mereka yang berpura-pura, mereka hanya menghormati orang yang mempunyai pengaruh dan pangkat. Percayalah, suatu hari nanti apabila anda susah, orang sebeginilah yang akan mula-mula meninggalkan anda.

kutuk belakang

Orang yang ikhlas dengan anda selalunya akan memuji orang lain yang lebih baik daripada mereka. Mereka bercakap baik tentang orang lain di hadapan anda dan tidak mengumpat. Sementara itu, orang yang berpura-pura pula akan mengumpat dan mengutuk orang lain supaya menampakkan dirinya lebih hebat. Sekiranya anda jumpa orang seperti ini, sila berhati-hati.

tidak ikhlas

Orang yang ikhlas dengan anda akan membantu anda tidak kira ketika anda susah atau senang. Sebaliknya bagi mereka yang berpura-pura, mereka hanya akan menghulurkan bantuan apabila mereka mempunyai agenda tertentu. Sebagai contoh, mereka mungkin akan membantu anda dalam sesuatu perkara dan mengharapkan balasan. Cuba perhatikan rakan-rakan anda, bila anda senang siapa yang sentiasa ada di samping anda? Bila anda susah pula, adakah mereka masih setia bersama?

berlagak

Orang yang hebat selalunya tidak akan membangga diri. Mereka lebih suka merendah diri dan ingin orang menghormati mereka bukan kerana kekayaan yang mereka miliki. Sebaliknya, orang yang pura-pura sering membangga diri. Angkat bakul sendiri. Cuba perhatikan geng-geng MLM, tidak habis-habis bangga menayangkan kekayaan mereka. Bila anda sudah kehabisan wang akibat ditipu, golongan seperti ini yang akan melarikan diri daripada hidup anda.




Hakcipta iluminasi.com (2017)