Siapa yang tak pernah dengar atau kenal 9GAG. Hampir satu dunia kenal dengan platform atas talian untuk berkongsi imej GIF kelakar, memes dan video.

Tapi, tak ramai yang tahu siapa yang bertanggungjawab menghasilkan platform ini. Beliau adalah Ray Chan, seorang ahli perniagaan berasal dari Hong Kong.

Walaupun kini ia menjadi fenomena, namun platform ini bukanlah dihasilkan dengan tujuan yang kita tahu sekarang ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

ray chan pengasas 9gag

Ketika memikirkan idea, Ray Chan sebenarnya sedang mencari cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi iaatu bagaimana untuk mencari gambar-gambar yang kelakar.

Dan bagaimana gambar-gambar tersebut boleh dikongsikan dengan rakan yang lain.

Pada tahun 2008, Ray dan 4 orang lagi rakan kongsi yang mana kesemua daripada mereka dalam lingkungan 20-an, mengumpulkan wang sebanyak RM5,300 untuk memulakan 9GAG sebagai projek sampingan bagi kerja harian mereka.

ray chan dan 4 lagi pengasas 9gag

Apa yang mereka tak tahu adalah dalam masa kurang 1 dekad, mereka akan menguruskan sebuah syarikat hiburan gergasi antarabangsa. 

Kini, 9GAG adalah antara platform paling popular di internet, menarik 150 juta pengguna setiap bulan. Laman Facebook 9GAG mempunyai 40 juta "likes" manakala laman Instagramnya memiliki 47.7 juta pengikut.

Mencari apa yang benar-benar disukai orang ramai

ray chan mula mengasaskan 9gag sebagai projek sampingan

Ketika Ray mengasaskan 9GAG, beliau sedang bekerja sebagai pengurus projek di sebuah komuniti atas talian bagi pencinta buku dan beliau menggunakan masa lapangnya untuk bereksperimentasi dengan idea-idea lain.

Baginya, internet merupakan platform terbaik untuk mencuba benda baru. Pada mulanya, Ray dan pengasas bersama yang lain hanya berkongsi 9GAG di kalangan rakan-rakan namun trafik mula masuk dari luar lingkungan mereka.

Pada masa yang sama, rangkaian media sosial seperti Facebook dan Twitter sedang melonjak naik dan pengguna mula berkongsi kandungan yang mereka temui di 9GAG di platform-platform tersebut.

Ryan dan 4 yang lain sentiasa berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

memes dari 9gag

Mereka mengaku mengambil masa yang agak lama untuk memikirkan dan mengetahui apa yang pengguna benar-benar suka serta apa yang perlu dilakukan untuk meningkatkan produk mereka.

Di 9GAG, pengguna boleh memuatnaik gambar dan video mereka sendiri di laman tersebut dan mencari apa yang sedang trending. Kandungan paling jelas yang dipaparkan ditentukan oleh gabungan penilaian dari pengguna dan logaritma.

Muatnaik media sosial dikawal oleh 7 orang penyunting 9GAG.

Mendapat pembiayaan dari pelabur Silicon Valley

ray chan berjaya mendapatkan pelaburan dari pelabur silicon valley

Menurut Ray, tiada masa yang tepat bila sebenarnya platform ini benar-benar meletup dan mendapat perhatian. Namun pada tahun 2012, sudah semakin jelas bahawa ia bukan lagi satu projek sampingan.

Ray dan 4 yang lain meninggalkan kerja tetap mereka untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada 9GAG dan memikirkan cara untuk menjana pendapatan melaluinya.

Pada tahun yang sama, 9GAG melancarkan aplikasi menerusi iOS dan Android, serta akaun media sosial rasmi mereka. Ia juga mula memaparkan iklan pada laman yang menjadi sumber pendapatan utama 9GAG.

Mereka juga terbang ke Silicon Valley dan mendapat pembiayaan pelaburan sebanyak RM11.7 juta daripada 22 pelabur.

pejabat 9gag

Pada tahun 2013, 9GAG mengambil pekerja mereka yang pertama dan hari ini, syarikat ini mempunyai kira-kira 30 orang pekerja berpangkalan di Hong Kong dan New York.

Kumpulan pengguna platform ini yang terbesar adalah mereka di antara usia 18 hingga 24 tahun dan kebanyakan trafiknya datang dari Amerika Syarikat.

BuzzFeed, satu lagi laman yang menerbitkan kandungan yang dihasilkan oleh pengguna, mendapat kira-kira 154 juta kunjungan unik setiap bulan.

9GAG juga dibandingkan dengan Reddit, terutamanya untuk sistem penarafan "upvote" atau "downvote".

memes kucing naik tangga 9gag

Walaupun terdapat kandungan "baru dan popular" pada 9GAG, Ryan Chan berkata satu item yang menonjol baginya adalah ilusi optik yang memaparkan seekor kucing.

Pengguna akan melihat kucing tersebut sama ada menaiki atau menuruni tangga, dan muatnaik ini mendapat hampir 1,800 komen.

Rujukan:

1. Meld Magazine

2. CNN

3. Tech Crunch




Hakcipta iluminasi.com (2017)