Melawan sesuatu wabak yang sudah diketahui asal-usulnya serta langkah-langkah persediaan yang perlu diambil, sangat jauh berbeza berbanding dengan menghadapi wabak yang baru muncul pertama kali.

Coronavirus adalah antara wabak jenis baru yang belum pernah ada sebelum ini. Berikutan daripada situasi tersebut, pakar-pakar perubatan yang diberikan tanggungjawab merawat pesakit dalam masa yang sama, sebenarnya sedang belajar dan memahami apa yang sedang mereka hadapi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apa yang kita tahu daripada kumpulan pesakit pertama yang diserang virus tersebut? Inilah laporan kajian yang dijalankan terhadap 99 orang pesakit terawal serangan coronavirus, yang direkodkan di Jinyintan Hospital, Wuhan.

Serangan pada paru-paru

coronavirus outbreak video infection hospital

Kesemua pesakit menunjukkan satu perkara serupa - semuanya mengalami pneumonia, serangan ke atas-paru yang menyebabkan kandungan paru-paru mempunyai kandungan air yang lebih tinggi berbanding biasa.

Ini disebabkan pembentukan gelembung-gelembung udara dalam saluran darah yang dipenuhi oleh air, yang sepatutnya diisi dengan oksigen - menyebabkan berlakunya radang atau perubahan saiz pada semua paru-paru pesakit.

82 pesakit mengalami demam panas, 81 batuk, 31 sesak nafas, 11 mengalami sakit otot, 9 mengalami masalah halusinasi, 8 mengalami sakit kepala dan 5 mengalami sakit tekak.

Fakta kematian antara 99 yang pertama

Dua kematian pertama dalam kumpulan 99 pesakit coronavirus, merupakan golongan perokok tegar. Tabiat buruk ini dipercayai menyebabkan paru-paru mereka menjadi lebih lemah akibat serangan pneumonia.

Kematian pertama berlaku melibatkan seorang warga lelaki berusia 61 tahun yang mengalami kegagalan paru-paru untuk mengepam oksigen ke dalam darah. Dia bertahan dengan ventilator tetapi paru-parunya gagal berfungsi menyebabkan kematiannya, 11 hari selepas dibawa masuk ke wad.

Kematian kedua pula melibatkan seorang warga lelaki berusia 69 tahun, yang mengalami masalah sindrom akut pernafasan. Dia disambungkan dengan mesin paru-paru elektronik namun gagal bertahan, selepas mengalami masalah kejutan septik selepas tekanan darahnya gagal distabilkan.

Daripada 99 pesakit pertama, 11 orang meninggal dunia, 57 masih lagi dihospital pada 30 Januari 2020 dan 31 orang sudah dibenarkan pulang.

Apa yang mengejutkan, daripada 99 orang pesakit pertama ini - 49 orang daripadanya bekerja atau terlibat dengan pasar basah Huanan yang menjadi lokasi dipercayai punca serangan coronavirus. 2 daripada mereka, hanyalah pekerja penghantar barang yang hadir seketika saja.

Lelaki usia pertengahan menjadi mangsa paling ramai

pesakit coronavirus

Majoriti 99 kumpulan pertama pesakit coronavirus, merupakan lelaki berusia 56 ke 67 tahun. Walaupun statistik terbaru menunjukkan kadar serangan coronavirus terhadap jantina tertentu tampak lebih seimbang, dalam kumpulan 99 pesakit pertama; lelaki mendominasi.

Golongan wanita dikatakan kurang berisiko dijangkiti disebabkan oleh perlindungan yang ditawarkan oleh hormon yang ada pada mereka, serta fungsi kromosom-x terhadap sistem pertahanan badan wanita.

Apa yang direkodkan setakat ini, tahap kesihatan badan seseorang juga memainkan peranan yang sangat besar dalam menangani penularan coronavirus. Daripada 99 pesakit pertama di Wuhan, 40 daripada mereka mempunyai masalah jantung, seperti penyakit jantung, pernah mengalami kegagalan jantung dan masalah strok.

12 daripada 99 pesakit pula mempunyai masalah kencing manis, menandakan virus berbahaya ini lebih mudah menyerang individu yang mempunyai tahap kesihatan lebih rendah; berbanding mereka yang mempunyai tubuh yang lebih kuat asasnya.


Artikel ini adalah terjemahan dan olahan semula artikel Coronavirus: What it does to the body yang diterbitkan pada 30 Januari 2020 oleh BBC News.




Hakcipta iluminasi.com (2017)