projek mega klcc

Selari dengan misi Malaysia ke arah negara maju, banyak pembangunan yang sedang dalam pembinaan di seluruh negara ketika ini.

Ia bukan sahaja dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia, tetapi juga meningkatkan taraf kehidupan serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

iluminasi.com kongsikan 9 projek di Malaysia yang bakal siap dalam masa 10 tahun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Merdeka PNB 118

projek mega merdeka pnb 118

Antara satu lagi projek mega yang melibatkan bangunan pencakar langit di Malaysia tak lain tak bukan adalah Merdeka PNB 118. Terletak di Bukit Petaling dan berketinggian 644 meter terdiri daripada 118 tingkat, ia bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, dan ketiga tertinggi di dunia.

Dahulunya dikenali sebagai KL118 atau Warisan Merdeka, projek mega ini dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad. Mula dibina pada 2016, aa dijangkakan siap pada 2024 dan menelan kos sebanyak RM7 billion.

projek mega merdeka pnb 118 2

Bangunan ini terdiri daripada 100 tingkat ruangan untuk disewa yang mana 80 daripadanya adalah ruangan pejabat. 60 tingkat daripada 80 tersebut pula merupakan pejabat bagi Permodalan Nasional Berhad.

Selain itu, sebanyak 12 tingkat bakal dibina bilik-bilik hotel, 5 tingkat kediaman hotel dan pusat perniagaan runcit. Fasiliti-fasiliti lain termasuklah ruangan parkir yang mampu memuatkan 5,000 buah kereta.

Walaupun bakal menjadi mercu tanda baru bagi Malaysia, namun projek ini tak lari daripada kritikan orang ramai yang berpendapat bahawa ia merupakan satu pembaziran dan wang tersebut boleh digunakan ke arah yang lebih baik seperti pendidikan dan kesihatan. Namun menurut Perdana Menteri, ia bukanlah satu pembaziran tetapi bakal memberikan banyak faedah dengan menjana peluang ekonomi.

2. Penang Sentral

projek mega penang sentral

Setelah sekian lama, penduduk Pulau Pinang bakal menikmati satu prasarana yang bakal mengubah hidup mereka.

Penang Sentral adalah sebuah pembangunan berorientasikan transit intermodal berkeluasan 6,000,000 kaki persegi dan bakal menjadi pusat pelbagai pengangkutan yang akhirnya menyepadukan sistem teksi, kereta api, feri dan juga bas bagi fasa pertama.

Projek mega yang terletak di Butterworth ini dilancarkan pada tahun 2007 dan dirangka berasaskan model KL Sentral. Dijangka siap pada tahun 2017 namun mengalami kelewatan dan masih dalam proses pembinaan.

Fasa akan datang projek ini melibatkan pembinaan pusat komersial, peruncitan dan juga kediaman.

3. TRX - Tun Razak Exchange

projek mega tun razak exchange

Tun Razak Exchange bakal menjadi pusat kewangan bertaraf dunia dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM40 billion. TRX terdiri daripada 26 buah bangunan menawarkan pengalaman runcit yang sangat menyeronokkan. 

Terletak di pintu masuk selatan ke bandar Kuala Lumpur, TRX yang berkeluasan 22,000,000 kaki persegi di atas tapak komersial yang sangat strategik juga dilengkapi dengan hotel dan kediaman di tengah-tengah bandar.

projek mega tun razak exchange 2

Bangunan pencakar langit Exchange 106 yang berketinggian 492 meter dengan 106 tingkat pula dijangka siap pada Jun 2018 dan bakal menjadi bangunan pertama yang menewaskan Menara Berkembar Petronas sebagai bangunan tertinggi di Malaysia

4. Melaka Gateway

projek mega melaka gateway

Melaka Gateway merupakan sebuah pembangunan luar pantai yang terletak di atas tanah tambun menjadikan pulau tiruan, di Klebang, Melaka.

Projek yang dilancarkan pada Februari 2014 ini diinspirasikan oleh warisan Melaka yang kaya, dan terdiri daripada 12 presint termasuklah elemen kediaman, komersial, kebudayaan, hiburan dan juga gaya hidup.

12 presint tersebut adalah : 

  1. Gateway Entertainment Precinct
  2. Malacca Marina & Cruise Centre
  3. Malacca Historical Walk
  4. Gateway Maritime Arena & Beacon
  5. Branded Fashion District
  6. International Theme Park
  7. Malacca Cultural Walk
  8. Waterfront Marina Villas & Resorts
  9. Gateway Wellness & Lifestyle Precinct
  10. Malacca Skyline Apartments
  11. Lohas Park & Residences
  12. Eco Isle Resorts

Fasa pertama projek 609 ekar ini dijangkakan bakal menarik 900,000 pengunjung pada tahun pertama operasi, termasuklah penumpang kapal pesiaran antarabangsa. Kos pembinaan terminal marina sahaja adalah sebanyak RM600 juta dan mampu mengendalikan 3 kapal pesiaran serentak.

Melaka Gateway dijangkakan dibuka kepada pengunjung bermula tahun 2018 dan siap sepenuhnya menjelang 2025.

5. Kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur ke Singapura

projek mega kereta api laju dari kuala lumpur ke singapura

Idea mengenai projek ini telah lama dicadangkan iaitu pada hujung tahun 1990-an, namun disebabkan kos yang tinggi, ia telah ditangguhkan. Namun pada September 2010, Perdana Menteri Dato Seri Najib telah mengumumkan tentang projek Kereta api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura yang menghubungkan ibu negara Malaysia dan Johor Bahru dengan negara jiran.

Ia dipersetujui oleh kedua-dua negara ini pada Februari 2013, dan mula dibina pada tahun 2018. Dijangkan akan siap pada tahun 2025 dan mula beroperasi pada Disember 2026, laluan kereta api ini mempunyai 8 stesen yang mana setiap satunya mempunyai rekabentuk yang melambangkan budaya Malaysia yang sangat unik.

Antara hentian-hentian tersebut adalah :

  1. Stesen Bandar Malaysia
  2. Stesen Bangi-Putraajaya
  3. Stesen Seremban
  4. Stesen Melaka
  5. Stesen Muar
  6. Stesen Batu Pahat
  7. Stesen Iskandar Puteri

Kelajuan operasi kereta api tersebut adalah 320 kilometer sejam, dan bagi setiap 30 minit. Anggaran KDNK adalah sebanyak RM21 billion dan jumlah peluang pekerjaan yang ada menjelang 2069 adalah sebanyak 442,000.

Perjalanan menggunakan kereta dari Kuala Lumpur ke Singapura yang memakan masa hampir 4 jam bakal menjadi 90 minit menaiki kereta api ini tanpa henti. Penumpang yang menaiki keretapi ini akan melalui proses imigresen Singapura terlebih dahulu di Stesen Bandar Malaysia.

6. Forest City Iskandar

projek mega forest city

Projek mega bernilai RM400 billion ini terletak di mukim Gelang Patah, Johor berkeluasan 3,425 yang terdiri daripada 4 buah pulau iaitu : 

  1. Pulau 1 - 979 ekar : Zon Industri Berteknologi Tinggi
  2. Pulau 2 - 1,896 ekar Island : Pusat Perniagaan dan Zon Pelancongan
  3. Pulau 3 - 405 ekar : Pusat Ekonomi dan Kewangan
  4. Pulau 4 -145 ekar : Zond Konferens dan Forum

Ia bakal memuatkan 250,000 buah rumah mewah yang mampu menampung sehingga 700,000 penduduk dan dilengkapi rakngkaian transit.

Pembangunan lain adalah hotel mewah, pusat beli belah, sekolah serta pusat rekreasi mesra alam. Bakal siap pada tahun 2040, projek mega ini dijangkakan menjadi projek luar negara terbesar oleh pemaju China.

7. Century Fox World

projek mega century fox world

Bakal dibuka lewat tahun 2018, 20th Century Fox World yang menggantikan Genting Outdoor Theme Park merupakan sebuah taman temah berinspirasikan filem yang kini sedang dalam pembinaan.

Terletak di Genting Highland, ia bakal menjadi satu-satunya taman tema 20th Century Fox yang berfungsi di dunia, dan yang pertama di Asia. Beroperasi di bawah Genting Group, projek ini diumumkan pada Julai 2013. 

Keluasan keseluruhan projek ini adalah 25 ekar dan menampilkan 25 permainan yang inspirasikan oleh filem-filem seperti Rio, Ice Age, Life of Pi, Night at the Museum, Planet of the Apes, Alien vs. Predator dan Titanic.

8. Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)

projek mega laluan rel pantai timur

East Coast Rail Link atau ECRL adalah projek infrastruktur kereta api standard yang bakal menghubungkan Selat Melaka iaitu Pelabuhan Kland dengan Pengkalan Kubor di bahagian timur laut.

Dengan ini, ia akan menghubungkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur antara satu sama lain iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan dan sehingga Semenanjung Barat Malaysia dan Wilayah Tengah.

Laluan rel ini menawarkan perkhidmatan membawa kedua-dua penumpang dan barang pergi dan balik. Ia bakal digunakan oleh 5.4 juta pengguna menjelang 2030. Jumlah jarak keseluruhan adalah 688.3 kilometer yang terbahagi kepada fasa 1 dan fasa 2 pembinaan.

Tarikh operasi dijangka pada Julai 2024.

9. Lebuhraya Pan Borneo

projek mega lebuhraya pan borneo

Lebuhraya Pan Borneo atau juga dikenali sebagai Lebuhraya Trans Kalimantan yang bakal menyambungkan Pulau Borneo dengan Sabah dan Sarawak, serta Brunei dan Kalimantan, Indonesia ini merupakan projek infrastruktur terbesar dibawah kerajaan persekutuan.

Ia sedang berada dalam pembinaan dengan jumlah jarak mencecah 5,000 kilometer, iaitu 2,083 kilometer di Malaysia, 168 kilometer di Brunei dan 3,073 di Kalimantan dan dijangka digunakan oleh 6 juta rakyat Malaysia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)