Memang tidak dinafikan sangat menarik pembentangan bajet 2019 yang berlangsung pada 2 November 2018 oleh YB Lim Guan Eng Menteri Kewangan Malaysia ke-17. Namun pembentangan ini mendapat kritikan dari mantan Menteri Kewangan Malaysia sebelum ini iaitu Dato Seri Najib Razak di laman sosial beliau.

Dato Seri Najib Razak mengatakan bahawa bajet kerajaan sebelum ini (2018) lebih baik dan bagus berbanding bajet 2019 kerajaan Pakatan Harapan. Ditambah dengan banyak pengurangan bajet bagi rakyat lagi kata beliau. Di sini kami senaraikan ringkasan "potongan" dan "pelepasan" yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia bagi tahun 2019.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Potongan Cukai Bagi Pengilang Kecil

Untuk mengurangkan beban pengilang kecil berdaftar yang membeli input pembuatan dari pengimport dan bukannya daripada pengilang yang berdaftar, Kerajaan akan memperkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai jualan mulai 1 Januari 2019. Sistem kredit akan juga mengelak percukaian berganda dan menurunkan kos perniagaan.

2. Potongan Cukai Pendapatan Ke Atas Sumbangan

Layanan potongan cukai pendapatan akan diberikan ke atas sumbangan mana–mana pihak kepada suatu social entreprise dengan had potongan sehingga 10% daripada pendapatan agregat syarikat dan 7% daripada agregat individu yang memberikan sumbangan.

3. Potongan Cukai Kepada Majikan Yang Menggaji Golongan Berumur 60 Ke Atas

Menjelang 2020, adalah dianggarkan seramai 1 juta rakyat Malaysia yang berumur antara 61 dan 65 tahun yang masih produktif dan aktif. Bagi menggalakkan peluang pekerjaan bagi golongan berumur 60 ke atas, Kerajaan mencadangkan supaya caruman mandatori KWSP bagi majikan dikurangkan daripada 6% kepada 4% mulai 1 Januari 2019.

Golongan pekerja ini pula tidak perlu mencarum dan oleh yang demikian, pendapatan boleh guna mereka akan meningkat. Selain itu, dicadangkan juga potongan cukai tambahan diberi kepada majikan ke atas perbelanjaan penggajian golongan ini dengan had jumlah saraan sebanyak RM4,000 sebulan. Langkah ini bagi menggalakkan syarikat mengambil semula golongan ini, terutamanya B40 untuk bekerja

4. Potongan Kos Duti Stem Bagi Rumah Pertama

Untuk pembeli rumah pertama bernilai sehingga RM500,000, Kerajaan akan memberi pengecualian duti setem sehingga RM300,000 yang pertama ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi tempoh dua tahun sehingga Disember 2020.

Bagi pembeli rumah pertama dengan pendapatan isi rumah sehingga RM5,000, Kerajaan akan memperuntukkan RM25 juta kepada Cagamas Berhad untuk menyediakan jaminan pajak gadai. Peminjam akan mendapat pembiayaan lebih.

lim guan eng menteri kewangan

5. Potongan Gaji Bagi Peminjam PTPTN

Pembayaran balik PTPTN akan dilakukan dengan cara potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam, bergantung kepada paras pendapatan peminjam. Jadual pembayaran balik ini hanya terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan; 

6. Potongan Pinjaman PTPTN

Potongan pinjaman akan diberikan kepada graduan daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama; dan menghapus kira baki hutang kepada peminjam yang berusia 60 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan.

lim guan eng bentang bajet 2019 2 november

7. Pelepasan Cukai Berasingan Insuran, KWSP dan Skim Pencen

Untuk menggalakkan pemilikan perlindungan insurans, perlepasan cukai bagi caruman KWSP dan premium insurans hayat atau takaful akan diasingkan. Perlepasan cukai pendapatan sehingga RM4,000 ke atas caruman kepada KWSP atau dana pencen yang diluluskan; dan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3,000 ke atas takaful atau bayaran premium insurans hayat. Bagi penjawat awam di bawah skim pencen, pelepasan cukai adalah sehingga RM7,000.

8. Pelepasan Cukai Bagi Syarikat Yang Membantu PTPTN Pekerja

Bagi memastikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi National (PTPTN) kekal mampan, Kerajaan akan memperkenalkan pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019.

9. Pelepasan Cukai Bagi SSPN Dinaikkan

Layanan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000.




Hakcipta iluminasi.com (2017)