muhammad salman benjamin netanyahu

Kami tahu dalam zaman penuh informasi, kadangkala ada banyak berita yang mudah saja untuk terlepas daripada pandangan kita.

Jadi di sini kami kumpulkan lima berita meliputi lima topik berbeza iaitu dunia, ekonomi, sains, nasional dan juga Islam untuk memastikan anda pembaca Iluminasi dapat mengikuti berita-berita ini dengan mudah.

Berikut adalah berita-berita menarik yang dapat kami kongsikan untuk anda minggu ini.

1. Malaysia bakal menjadi negara tua pada tahun 2020

malaysia bakal bergelar warga tua lebih awal

Dengan mengambil kira garis panduan 7% warga tua melebihi usia 65 tahun sebagai takrifan masyarakat tua, negara kita diramalkan akan digelarkan masyarakat negara tua menjelang 2020.

Ketika ini, Malaysia mempunyai 6.3% daripada jumlah keseluruhan populasinya berusia lebih 65 tahun. Apakah masalah yang bakal timbul? Banyak sebenarnya. (rujukan)

2. Kereta 1500cc dan motosikal bawah 125cc saja menerima subsidi petrol

lim guan eng bajet belanjawan

Pembentangan belanjawan yang dilakukan oleh Menteri Kewangan pada 2 November 2018 dengan jelas menyatakan hanya kenderaan tertentu sahaja bakal menerima subsidi.

Bagaimana pelaksanaannya kelak, kita belum pasti. Apa yang anda perlu tahu, jumlah subsidi yang ditanggung pula ditetapkan iaitu hanya sebanyak 30 sen untuk satu liter dengan peruntukan 100 liter bagi kereta dan 40 liter bagi motorsikal. (rujukan)

3. Lion Air mungkin terjunam ke lautan pada kelajuan 1000km/j

lion air terjunam terhempas indonesia

Ketika ini anda mungkin sudah mengetahui nasib yang telah menimpa pesawat Lion Air dari Indonesia yang mengorbankan kesemua mereka yang berada dalam kapal terbang tersebut sewaktu kejadian.

Beberapa informasi baru berkenaan insiden itu mula dilaporkan antaranya usia pesawat itu sebenarnya yang baru saja mula beroperasi, sejak bulan Ogos. Siasatan juga mendapati pesawat itu menjunam pada kelajuan 1,000km/j semasa mengalami masalah. (rujukan)

4. Israel pertahankan Arab Saudi demi hadapi ancaman Iran

netanyahu dan salman

Dalam satu kenyataan yang menggemparkan, kerajaan haram Israel melalui perdana menteri haram mereka iaitu Benjamin Netanyahu menyebut, mereka akan meletakkan kerjasama dengan Arab Saudi sebagai perkara yang perlu dipertahankan, dalam menghadapi ancaman Iran.

Selain itu, Israel juga secara terbuka memujuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump supaya tidak menjadikan isu pembunuhan wartawan Jamal Kashoggi sebagai pengeruh hubungan dengan Arab Saudi. (rujukan)

5. Blizzard Entertainment umumkan 'Diablo' versi mobil

diablo immortal dilancarkan

Pengumuman berkenaan permainan video versi mobil oleh syarikat pengeluar permainan video gergasi Blizzard dalam acara Blizzcon yang baru selesai. Permainan itu yang sudah hampir siap dibangunkan akan membolehkan pemain bermain siri popular itu dalam telefon pintar mereka.

Akan dikeluarkan dalam dua versi untuk iOS dan Android, pengumuman ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat permainan video seluruh dunia. (rujukan)

6. Kyrgyzstan lancarkan program angkasa pertama mereka

kyrgyzstan cipta satelit pertama

Sekumpulan saintis wanita di Kyrgyzstan sedang dalam proses melancarkan satelit pertama mereka menggunakan dana 'crowdfunding.' Sekiranya mereka berjaya, mereka bakal menjadi kumpulan pertama rakyat Kyrgyzstan yang melancarkan sebarang bentuk program angkasa di sana.

Setakat ini, sasaran untuk mengumpul dana pertama sudah pun selesai mereka sedang dalam proses mereka bentuk satelit. Tidak diketahui lagi apa fungsi utama satelit itu. Besar kemungkinan satelit itu akan digunakan bagi menyalurkan cahaya matahari ke bumi, untuk digunakan sebagai tenaga bagi membakar sampah sarap. (rujukan)

7. Kerana bergaduh, berbelas terkorban

bas bergaduh viral china

Ekoran daripada insiden pergaduhan yang berlaku melibatkan seorang penumpang dengan pemandu bas yang dinaikinya, bas yang sedang melalui jambatan terbabas lalu menjunam masuk ke Sungai Yangtze.

Kejadian itu bermula disebabkan penumpang wanita itu yang marah kerana pemandu bas itu terlepas perhentiannya. Insiden itu menjadi fizikal dan pemandu yang dipukul dengan telefon bimbit hilang kawalan lalu merempuh penghadang, menyebabkan bas terangkat dan jauh ke dalam sungai sedalam 30 meter. (rujukan)


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)