Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kebanyakan lelaki menghasilkan antara 39 juta hingga 929 juta sperma dalam setiap ejakulasi.

Tetapi berapa banyak yang anda tahu tentang sperma? Ramai yang masih keliru dan beranggapan bahawa sperma dan air mani itu adalah benda yang sama.

Sperma adalah sel pembiakan mikroskopik lelaki manakala pula air mani merujuk kepada cecair seminal yang mengandungi berjuta-juta sperma.

Malah, terdapat pelbagai mitos aneh dan tak masuk akal berkaitan dengan hal ini. iluminasi.com kongsikan 9 mitos tentang sperma yang ramai masih percaya.

1. Sperma berenang seperti atlet Olimpik

sperma 502

Kisah yang biasa kita dengar adalah sperma yang berjiwa seperti wira berenang bersaing dengan antara satu sama lain untuk menjadi perenang bertuah yang berjaya menembusi telur. 

Namun, hakikatnya bukanlah seperti ini. Pertamanya, sebahagian besar daripada proses ini melihatkan sperma tidak berenang secara lurus. 

Kemampuan pergerakan sperma, yang dikenali sebagai motiliti, dikelaskan kepada salah satu dari tiga kumpulan:

  1. Motiliti progresif - bergerak secara aktif dalam garis lurus atau bulatan besar
  2. Motiliti tidak progresif - apa-apa corak lain kecuali ke hadapan
  3. Imotiliti - tidak bergerak

Dalam satu esei, Robert D. Martin menyifatkan laluan itu sebagai "lebih kepada kursus halangan tentera yang mencabar" dan bukannya perlumbaan biasa.

Dan walaupun begitu, sperma memerlukan dorongan dari sistem produktif wanita untuk memastikan ia sampai ke garisan penamat.

Kebanyakan pergerakan ini dilakukan oleh otot rahim di mana ia mendorong sperma ke tiub fallopian, ke arah lokasi di mana telur berada.

2. Sperma yang lebih pekat adalah sperma yang lebih subur

Jika air mani itu pekat, ia tidak semestinya bermaksud sperma di dalamnya juga pekat. Ia biasanya bermaksud sama ada terdapat sperma yang pekat atau sejumlah sperma yang berbentuk tidak sekata.

Dan ia masih memerlukan bantuan daripada sistem pembiakan wanita untuk kekal selamat.

Apabila sperma memasuki faraj, ia akan bersentuhan dengan lendiran serviks. Lendiran serviks ini melakukan dua perkara iaitu melindungi dan menolak.

Ia melindungi sperma dari keasidan faraj serta menolak sperma yang mana bentuknya dan motilinya akan menghalang ia daripada sampai ke telur.

3. Sperma hanya hidup untuk tempoh yang singkat selepas dikeluarkan 

Ramai di antara kita tahu bahawa sperma hanya mampu hidup untuk tempoh yang pendek selepas dikeluarkan. Namun, ia tidak semestinya. 

Jangka hayat seperma bergantung kepada di mana ia dilepaskan selepas ejakulasi.

Sperma yang memasuki faraj selepas ejakulasi boleh hidup sehingga 5 hari, disebabkan oleh kesan perlindungan mukus serviks dan kelenjar serviks.

Tetapi jika sperma mempunyai peluang untuk mengering, ia pada dasarnya akan mati.

Ejakulasi sperma yang mendarat di atas objek sejuk dan kering mungkin mati selepas beberapa minit, serta mampu bertahan sehingga 30 minit namun sangat jarang berlaku.

Ia mungkin mati lebih cepat di tempat yang panas disebabkan haba yang berlebihan.

4. Sperma hanya perlu bergerak lurus untuk sampai ke ovum 

9 mitos tentang sperma yang ramai masih percaya 4

Perjalanan untuk sampai ke ovum agak jauh. Ketika bersetubuh, apabila sperma dilepaskan dari zakar, ia tidak bergerak terus ke uterus. 

Dalam kursus ini, sesetengah sperma melekat pada sel epitelium oviduk dalam tiub fallopian atau disimpan di dalam bilik kecil yang dipanggil kelenjar sehingga ovulasi berlaku.

5. Sperma kekal subur dan sihat sepanjang hayat lelaki

Salah satu mitos yang paling lama sehingga kini adalah bahawa walaupun terdapat bilangan telur yang terhad (benar), sperma tersedia seumur hidup. 

Penghasilan sperma atau spermatogenesis sememangnya berlaku selama-lamanya tetapi kualiti dan motiliti sperma akan semakin merudum apabila kita semakin tua.

Lelaki yang lebih tua juga lebih cenderung untuk memberikan mutasi genetik kepada anak-anak mereka, kira-kira 4 kali lebih cepat berbanding seorang wanita. 

Kajian pada tahun 2017 terhadap 1.4 juta orang di Sweden mendapati hubungan yang konsisten antara umur seorang lelaki dan kemungkinan anak-anaknya dilahirkan dengan mutasi genetik yang tidak dimiliki oleh ibu bapa.

6. Seluar dalam mengurangkan jumlah sperma 

Kononnya, seluar dalam yang ketat akan mengurangkan jumlah sperma, sementara seluar dalam yang lebih longgar seperti boxer mengekalkan suhu yang tepat untuk menghasilkan sperma. 

Akan tetapi, seluar dalam hampir tidak memberikan kesan kepada sperma.

Satu kajian pada tahun 2016 mendapati bahawa terdapat sedikit perbezaan dalam jumlah sperma berdasarkan pilihan seluar dalam.

Tetapi kajian 2018 membuat penemuan saintifik lebih mendalam apabila mendapati bahawa lelaki yang memakai boxer mempunyai 17 peratus lebih banyak sperma berbanding seluar dalam.

Tetapi penulis kajian tahun 2018 itu memberi amaran bahawa keputusan mereka tidak menyumbang kepada faktor lain yang mempengaruhi pengeluaran sperma, seperti jenis seluar atau bahan yang digunakan untuk menghasilkan seluar dalam.

Dan untuk mengimbangi haba ini, tubuh badan kita akan melepaskan sedikit hormon folik. Jadi, pemilihan seluar dalam tidak begitu memberikan kesan kepada jumlah sperma.

7. Setiap sperma sihat dan berdaya maju

9 mitos tentang sperma yang ramai masih percaya 2

Kebanyakan sperma tidak sampai ke telur disebabkan oleh beberapa faktor. Untuk dianggap sebagai subur, jumlah sperma yang perlu bergerak tidak perlu mencapai 100%.

Jika 40% daripadanya mampu bergerak dengan baik, anda dianggap sebagai subur. Dan daripada 40% ini, tak semua daripadanya sampai ke telur.

Bentuk sperma itu sendiri memainkan peranan penting.

Jika sperma mempunyai beberapa kepala, ekor yang pelik atau tidak sempurna, sperma tersebut dianggap sebagai tidak cukup cergas untuk melalui perjalanan untuk ke saluran pembiakan wanita.

Malah, sperma yang sihat juga tidak semestinya akan sampai ke telur.

8. Ejakulasi pra-matang tidak akan menghamilkan wanita 

Dari segi biologi, ejakulasi pra-matang sepatutnya tidak mengandungi sperma. Namun, baki sperma dalam uretra (saluran di mana air kencing dan air mani dikeluarkan) boleh bercampur.

Ia memang tidak sebanyak air mani baru namun kajian pada tahun 2011 menunjukkan bahawa hampir 75% daripada sampel ejakulasi pra-matang yang dikumpulkan daripada 27 subjek mengandungi sperma yang sihat dan mampu bergerak dalam jumlah yang banyak.

Kajian pada tahun 2016 terhadap 42 lelaki mendapati bahawa sekurang-kurangnya 17% daripada sampel ejakulasi pra-matang dipenuhi dengan sperma yang sihat dan mampu bergerak.

Jadi, jika anda menggunakan cara dengan menarik keluar zakar anda ketika berlakunya ejakulasi pra-matang, masih terdapat peluang untuk sperma tersebut menyebabkan kehamilan.

9. Lebih banyak sperma adalah lebih baik jika ingin hamil 

9 mitos tentang sperma yang ramai masih percaya 9

Hakikatnya, hal ini adalah sebaliknya. Memiliki jumlah air mani yang banyak dalam satu ejakulasi adalah bagus tetapi ia juga munkin boleh memberikan kesan tidak baik.

Semakin tinggi kepekatan sperma, semakin banyak sperma dapat mensenyawakan telur.

Biasanya, hanya satu sel sperma tunggal dibenarkan mensenyawakan satu sel telur, menyebabkan perkembangan embrio.

Selepas sperma pertama menembusi lapisan protein di sekitar telur, lapisan ini menghalang sperma lain daripada menembusinya.

Tetapi jika terlalu banyak sperma yang sampai ke telur ini, sebagai contoh 2 atau lebih, sperma boleh menembusi lapisan ini dan berakhir dengan mensenyawakan telur, dikenali sebagai polyspermy.

Telur yang menerima bahan genetik tambahan oleh telur akan meningkatkan risiko mutasi DNA, masalah otak seperti sindrom Down, atau kecacatan jantung, tulang belakang, dan tengkorak.

Rujukan:

1. Business Insider

2. Healthline

3. Bolde




Hakcipta iluminasi.com (2017)