Oleh pada 31 Jul 2018 kategori

passport malaysia antara yang paling power di dunia

Rakyat Malaysia patut bersyukur dan gembira kerana passport yang anda miliki membolehkan anda melawat lebih daripada 150 negara tanpa visa.

Ya, lebih daripada 150!. Kelebihan ini membuatkan passport Malaysia berada di tangga ke-5 terbaik di dunia. Ini sangat memudahkan perjalanan anda ke kebanyakan negara di dunia.

Bagi negara yang memerlukan visa, anda perlu memohon terlebih dahulu sebelum sampai ke negara terbabit dan terdapat sebuah negara yang membuatkan anda fikir banyak kali untuk melawat walaupun mendapat kelulusan visa. 

bhutan 484

Negara tersebut adalah Bhutan. Bhutan adalah sebuah negara dengan kerajaan kecil dan terpencil di Himalaya di antara India dan China.

Ia mempunyai penduduk hampir 800,000 orang (lebih kurang penduduk Negeri Sembilan) dan berkeluasan 38,394 kilometer persegi (besar sedikit dari negeri Pahang).

Bhutan bukan sahaja negara yang memerlukan visa untuk dilawati oleh rakyat Malaysia, tetapi juga mengenakan "cukai harian" yang tersangat mahal hanya untuk melawat.

keindahan bhutan yang tidak diterokai

Yuran dikenakan kepada semua pelancong untuk memasuki negara ini, iaitu sehingga RM1,000 setiap seorang, untuk sehari.

Bayaran ini termasuklah dengan pemandu pelancong, yuran masuk ke muzium-muzium, pengangkutan, hidangan makanan dan penginapan di hotel 3 bintang.

Walaupun cukai ini termasuk dengan segala yang anda perlukan di negara ini, namun ia masih mahal lebih-lebih hanya untuk sehari. 

wang kertas bhutan

alam semulajadi di bhutan

kawasan sekitar bhutan

Mengapa kerajaan Bhutan mengenakan caj setinggi ini? Adakah mereka tidak sukakan pelancong? Atau mereka tidak perlukan pendapatan daripada industri pelancongan?

Di Bhutan, segala keputusan dibuat dengan begitu berhati-hati untuk manfaat dan faedah rakyat dan alam semulajadinya, bukan kerana wang.

Jadi untuk memahami mengapa bayaran yang sangat tinggi dikenakan untuk memasuki negara ini, jom kita lihat bagaimana semua ini berkisar tentang kemampanan Bhutan.

Pada tahun 1999, penggunaan beg plastik di Bhutan telah diharamkan untuk melindungi alam semula jadi.

5 tahun kemudian, penjualan dan penggunaan tembakau juga telah diharamkan dan sehingga hari ini, Bhutan adalah satu-satunya negara di mana tembakau adalah produk haram.

merokok diharamkan di bhutan

undang undang perlindungan haiwan di bhutan sangat ketat

Selain itu, jika anda membunuh haiwan-haiwan yang dikategorikan sebagai haiwan terancam atau haiwan bukan milik anda seperti lembu, anda boleh didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Tak cukup dengan itu, kksport terbesar Bhutan adalah tenaga yang boleh diperbaharui. Apa yang mendorong Bhutan untuk mengambil langkah-langkah seperti ini untuk menjaga persekitaran mereka?

Bhutan menyedari bahawa pemodenan pesat membawa banyak keburukan jadi kerajaan negara ini memutuskan untuk melaksanakan undang-undang pembangunan mampan, pemeliharaan budaya dan tradisi, dan perlindungan persekitaran.

rakyat bhutan

keindahan budaya dan tradisi di bhutan

Hasilnya, hampir tidak ada kerosakan pada landskap dan hutan yang Bhutan indah yang merangkumi 75% daripada negara ini. Malah, terdapat kewajipan perlembagaan terhadap rakyatnya untuk melindungi alam sekitar. 

Namun, pelindungan alam sekitar oleh negara ini tercabar disebabkan oleh industri pelancongan di mana para pelancong ingin melawati negara yang indah ini.

Kerajaan melihat aspek negatif yang dicetuskan oleh pelancongan seperti kerosakan alam sekitar dan mengurangkan identiti budaya, jadi mereka menguatkuasakan dasar yang ketat di mana semua pelancong atau pelawat harus membayar caj setinggn RM1,000 sehari.

pelancong menikmati keindahan bhutan

industri pelancongan membuatkan bhutan mengalami pencemaran

Dengan ini, Bhutan dapat memastikan keaslian budaya mereka terjaga dan memberikan perasaan yang istimewa yang mana tak dapat anda rasai di tempat lain. 

Anda dapat lihat bagaimana Bhutan bergerak ke arah bertentangan dengan dunia yang berkembang dengan pantas.

Namun jika difikirkan dengan baik, mereka sebenarnya berada di kedudukan paling hadapan kerana mengekalkan apa yang sepatutnya dikekalkan yang mana akan memberikan kebaikan jangka masa panjang.

papan tanda di hutan bhutan 2

papan tanda di hutan bhutan

papan tanda di hutan bhutan 3


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)