turkmenistan 701

Ketika ini terdapat sekitar 195 buah negara di atas muka Bumi dan antara yang paling kurang dikenali adalah Turkmenistan.

Negara yang terletak di Asia Tengah ini tidak begitu menyerlah dan ini mungkin disebabkan oleh prinsip negara ini sendiri.

peta turkmenistan

Turkmenistan adalah sebuah negara yang satu ketika dahulu diperintah oleh Kesatuan Soviet, terletak di antara Uzbekistan, Iran, Kazakhstan dan Afghanistan.

Ia mempunyai populasi seramai 6.03 juta orang dan sebahagian besarnya beragama Islam iaitu 93.7%.

iluminasi.com kongsikan 8 fakta menarik dan pelik tentang Turkmenistan yang ramai tak tahu.

1. Negara padang pasir

negara padang pasir turkmenistan

Turkmenistan sebenarnya merupakan sebuah negara yang mana 70% daripada wilayahnya adalah padang pasir. Jika anda pernah melawat negara ini, pastinya anda menyedari bahawa sebahagian besar daripadanya dilitupi dengan pasir.

Ia merupakan satu ciri geografi yang agak unik. Padang pasir ini diberi nama Gurun Karakum dan ia adalah salah satu gurun yang paling subur di dunia.

Lebih menarik, seluruh kawasan ini sebenarnya adalah sebuah lautan yang tersangat luas sekitar 30 juta tahun yang lalu.

2. Paling kurang dilawati

turkmenistan paling kurang dilawati

Dari segi pelancongan, Turkmenistan adalah antara salah sebuah negara yang paling kurang dilawati di seluruh dunia.

Pada tahun 2012, dilaporkan bahawa hanya 8,900 pelancong melawati negara ini dan pada tahun 2018, jumlah itu hanya bertambah sedikit kepada 13,000 pelancong.

Jika dibandingkan dengan Malaysia, jumlah ini tersangat rendah di mana negara kita menerima sekitar 25.8 juta pelancong pada tahun 2018. Jumlah ini adalah hampir 2,000 kali ganda berbanding Turkmenistan.

Antara salah satu sebab utama adalah kerana proses visa negara ini yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan serta sangat mahal, bukannya kekurangan tempat menarik.

3. Penggunaan internet terhad

facebook disekat di turkmenistan

Sama seperti sekutu Turkmenistan iaitu China, sebahagian besar daripada penggunaan internet dan aplikasi yang popular di seluruh dunia disekat daripada digunakan.

Sebagai contoh Instagram, Facebook dan Youtube tidak boleh dilayari di Turkmenistan. Jika anda melawati negara ini, anda masih boleh menggunakan aplikasi tersebut melalui VPN namun ia akan dikesan oleh pihak kerajaan Turkmenistan.

Ramai yang mengatakan bahawa Turkmenistan tidak mahu dunia luar mengetahu terlalu banyak tentang mereka dan begitu juga tidak mahu rakyat mereka tahu terlalu banyak tentang dunia luar.

4. Bandar paling padat bangunan marmar

mengapa turkmenistan sukar untuk masuk

Ashgabat yang merupakan ibu negara Turkmenistan tercatat dalam Rekod Dunia Guinness kerana memiliki kepadatan bangunan marmar tertinggi di seluruh dunia.

Bandar ini dikenali kerana penuh dengan jalan raya yang luas, air pancut, patung dan bangunan putih berkilau hasil daripada ledakan pembinaan bangunan ketika pemerintahan bekas presiden Sappar-murad Niyazov.

Ini berlaku sebaik selepas negara ini mendapat kemerdekaan dari Kesatuan Soviet pada tahun 1991.

5. Sangat mementingkan pendidikan

turkmenistan sangat mementingkan pelajaran

Pendidikan dan celik huruf adalah sesuatu yang tersangat penting dan sangat dititikberatkan di Turkmenistan.

Negara ini mempunyai undang-undang di mana setiap kanak-kanak diwajibkan untuk bersekolah.

Kerajaan Turkemenistan berasakan bahawa ini adalah cara terbaik untuk mengekang segala jenis ekstremisme di dalam negara dan ini adalah munasabah kerana negara ini memiliki komuniti yang sangat rapat.

Oleh itu, Turmenistan mahu memastikan rakyat mereka faham tentang negara mereka dan tahu apa sebenarnya yang dimahukan oleh kerajaan.

6. Negara dengan undang-undang pelik

turkmenistan haramkan penggunaan kereta berwarna hitam

Turkmenistan mempunyai presiden pertama pada tahun 1991 seperti yang dijelaskan di atas, iaitu Sappar-murad Niyazov dan beliau memerintah negara ini sehingga tahun 2006.

Ketika memegang kuasa sebagai pemerintah, Niyazov terkenal dengan mewujudkan pelbagai undang-undang yang agak tidak masuk akal.

Disebabkan ini, Turkmenistan dikenali sebagai negara dengan undang-undang pelik seperti pengharaman opera, penggunaan gigi emas dan pakaian berasaskan spandex tidak dibenarkan.

Beliau mendasarkan banyak undang-undangnya untuk menjaga budaya Turkmenistan dan sebahagian daripada alasan di sebalik undang-undang pelik ini adalah untuk mendapatkan kawalan penuh.

Malah, Niyazov menukar hari dalam seminggu berpadanan dengan nama ahli keluarganya.

Kebanyakan daripada undang-undang ini kemudiannya diubah oleh presiden baharu, namun begitu muncul pula undang-undang pelik lain seperti kereta berwarna hitam diharamkan, dan putih dibenarkan kerana dikatakan membawa tuah. 

7. Kaya minyak dan gas

rizab minyak dan gas turkmenistan keenam terbesar di dunia

Turkmenistan memiliki rizab minyak dan gas ke-6 terbesar di dunia. Pada Januari 2016, negara ini mempunyai anggaran simpanan gas asli sekitar 7.5 trilion meter padu.

Menurut jurnal minyak dan gas, negara ini merupakan pemegang rizab gas asli keenam terbesar di seluruh dunia dan merupakan antara 15 pengeluar terbesar gas asli kering pada tahun 2015.

Namun dalam tahun-tahun kebelakangan ini, jualan minyak Turkmenistan merudum dengan begitu drastik dan ekonomi mereka semakin bergelut berikutan penurungan pembelian oleh China dan Rusia.

8. Pelancongan yang sangat mahal

turkmenistan sangat mahal pelancongan

Jika anda ingin melawati negara ini, ada berita yang kurang menyenangkan dari Turkmenistan. Turkmenistan adalah negara paling mahal di Asia Tengah dan salah satu negara yang paling susah untuk dilawati di dunia.

Salah satu sebab mengapa ini berlaku adalah seperti yang dinyatakan di atas iaitu proses mendapatkan visa yang sangat lama.

Untuk mendapatkan visa di Turkmenistan, anda perlu menempah pakej pelancongan dan pakej ini biasanya berharga sekitar RM8,000. 

Jadi, pelawat tidak dibenarkan melawat negara ini bersendirian dan perlu diiringi oleh pemandu pelancong pada setiap masa, sama seperti Korea Utara.

9. Kawah api Darvaza

kawah api darvaza

Kawah gas Darvaza yang juga dikenali sebagai "Pintu Neraka" atau "Gerbang Neraka", adalah medan gas asli yang runtuh ke dalam sebuah gua berhampiran Darvaza, Turkmenistan.

Ahli geologi Soviet mungkin sengaja membakarnya untuk mencegah penyebaran gas metana dan ia dikatakan terus terbakar sejak tahun 1971.

Namun kebenaran perkara ini dipertikaikan.

Kawah gas ini mempunyai keluasan 5,350 meter persegi atau 1⅓ ekar, dengan diameter 69 meter dan kedalamannya 30 meter.

Kawasan sekitarnya juga terkenal bagi perkhemahan padang pasir dan kerajaan Turkmenistan berharap kawah itu menjadi tarikan pelancong yang popular.

Rujukan:

1. Britannica

2. FTD

3. Gadventures



Hakcipta iluminasi.com (2017)