Oleh pada 23 Apr 2017 kategori

Secara tidak sedar, sebahagian besar daripada kita yang membaca artikel ini sebenarnya adalah ‘penagih dadah’. Biar betul..

Ya, betul. Penggunaan ‘dadah’ di bawah ini adalah dibenarkan oleh undang-undang Malaysia dan digunakan secara meluas oleh segenap masyarakat kita tak kira bangsa atau agama. Boleh dikatakan semua negara di dunia ini tidak mengharamkan penggunaan kedua-dua jenis dadah ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jadi, apakah dia DUA jenis 'dadah' yang kita boleh guna tanpa perlu risau ditangkap oleh polis ini?

1. Kafein

Kafein adalah bahan aktif yang terdapat di dalam minuman seperti kopi, dan juga minuman lain seperti teh dan coklat. Ianya merupakan ‘dadah’ yang paling banyak digunakan kerana penggunaanya tidak dibataskan oleh peringkat umur. Takkanlah kita nak lempang budak sekolah sebab minum kopi, kan?

coffee mug 179

Kafein membuatkan penggunanya merasa lebih ‘jaga’, tidak mengantuk dan lebih bertenaga. Walaupun begitu, kesannya tidak sama antara individu. Ada yang minum sedikit pun dah tak boleh tidur malam, ada yang minum tiga cawan pun boleh tidur tergolek.

Pengunaan kafein secara sederhana dikatakan baik untuk kesihatan. Ada kajian yang menyatakan pengambilan kafein secara kerap boleh mengurangkan risiko kanser disebabkan oleh kandungan antioksidan di dalamnya. Namun begitu, minum kopi terlalu banyak boleh menyebabkan insomnia, rasa gelisah, peningkatan kadar degupan jantung dan muntah. Bukan itu saja, tabiat minum kopi dengan gula dan krimer secara berlebihan boleh membawa kepada penyakit kencing manis.

Sekiranya sudah terbiasa dengan pengambilan kafein tetapi tidak mendapat dos yang secukupnya, penagih kafein mungkin akan mengalami simptom seperti pening kepala, tekanan perasaan, sembelit, pening kepala, loya dan juga degupan jantung yang tidak seperti biasa. 

2. Nikotin

Nikotin adalah bahan aktif yang selalunya ditemui dalam produk berasaskan tembakau. Nikotin adalah bahan yang bukan sahaja merangsang penggunanya untuk merasa lebih ‘alert’, ia juga mendatangkan rasa relaks.

un quart des francais fumeurs et non fumeurs jugent que l interdiction totale du tabac serait la mesure la plus efficace pour faire baisser la consommation de cigarettes 5743595 11

Apabila nikotin memasuki sistem badan melalui asap rokok, nikotin akan bergerak bersama dengan darah dari paru-paru ke otak dalam masa hanya 7 saat dan terus menghasilkan kesan ‘menggembirakan’ yang disukai penghisap rokok. Selain dari itu, ia juga mendatangkan deruan adrenalin yang meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah penggunanya. Mungkin itulah sebabnya selepas dua atau tiga hembus, dirasakan tahap hensem dan macho diri meningkat sebanyak 200%.

Dikatakan satu dalam tiga orang yang mencuba ‘dadah’ ini akan berterusan menjadi penagihnya. Apabila sudah terikat dengan nikotin, amat sukar untuk meninggalkannya. Atas sebab itu, ramai penagih nikotin kekal setia dengan nikotin sehingga mereka meninggal.

Kesan Pengambilan Nikotin dan Kafein Serentak

original

Ada orang yang berpendapat untuk mendapatkan ‘kick’ yang lebih, kafein dan nikotin mesti diambil serentak, iaitu minum kopi sambil hisap rokok. Sedap memanglah sedap. Namun begitu, kajian menunjukkan bahawa pengambilan kedua-dua ‘dadah’ ini pada masa yang sama sebenarnya mempunyai kesan yang amat buruk. Ini kerana kesan rangsangan oleh nikotin diluputkan oleh kafein apabila kedua-duanya bertindakbalas dalam badan.

Adalah lebih baik untuk mengambil salah satu daripadanya sahaja pada satu-satu masa untuk mendapatkan kesan yang optimum.

Jadi, pilihlah salah satu daripada dua ‘dadah’ dia atas, mana satu yang anda suka dan jadilah 'penagih' yang bijak.




Hakcipta iluminasi.com (2017)