Jepun memang terkenal dengan penciptaan produk-produk yang sangat cool dan hebat, termasuklah Super Mario, Nissan Skyline, Playstation dan banyak lagi. Harus diakui bahawa pemikiran otak orang Jepun agak unik dan ke hadapan lebih daripada populasi dunia yang lain.
Namun, dalam banyak-banyak produk ciptaan Jepun, ciptaan yang manakah menurut anda memberikan pengaruh yang sangat besar kepada dunia dan hidup kita? Kali ini, iluminasi.com ingin berkongsi 7 ciptaan Jepun yang memberikan pengaruh yang tersangat besar kepada dunia.
BESARKAN TEKS A- A+
7. DVD
Mungkin ada di antara generasi zaman sekarang yang tak sempat menggunakan cakera ini, namun DVD merupakan sesuatu yang sangat penting pada satu ketika dahulu. Jika anda ingin menonton filem bersama keluarga di rumah, DVD adalah pilihan utama.
DVD, iaitu "high density CD" berkembang daripada CD yang dikeluarkaan pada tahun 1993. Ia bukanlah ciptaan mana-mana individu tetapi oleh banyak syarikat. DVD dihasilkan dalam 2 format yang bersaing sesama sendiri iaitu MMCD dan SD.
Format MMCD diperkenalkan oleh Sony dan Phillip, manakala SD format pulaa oleh Toshiba, Warner dan Matsushita.
6. Mesin karaoke
Perkataan karaoke itu sendiri berasal dari Jepun, jadi sudah terang sekali dicipta di Jepun. Kara berasal dari perkataan "karappo" bermakna kosong dan "oke" pula datang dari perkataan "okesutura" atau orkestra.
Mesin karaoke pertama di dunia dicipta oleh seorang pemuzik Jepun iaitu Daisuke Inoue di Kobe, Jepun pada tahun 1971. Walaubagaimanapun, Daisuke tidak mempatenkan mesin ini dan tidak mendapat keuntungan daripadanya.
Namun beliau terus bekerja dalam bidang yang dijana oleh karaoke ini termasuklah menghasilkan dan mempatenkan racun perosak untuk mesin karaoke. Pada tahun 1999, Daisuke dinamakan sebagai "Orang Asia Paling Berpengaruh Abad Ini" oleh Majalah Time.
Pada tahun 2004, Daisuke dijemput ke Universiti Harvard dan dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan Ig kerana mencipta mesin karaoke. Mesin karaoke komersial pertama dikeluarkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Clarion, disebabkan ia tidak dipatenkan.
5. Walkman
Sama seperti DVD, ramai di antara mereka yang lahir bermula tahun 2000 kemungkinan besar tidak mengenali peranti yang diberi nama Walkman ini. Walkman adalah peranti yang digunakan untuk memainkan lagu daripada kaset.
Idea Walkman pertama dihasilkan oleh pengasas bersama Sony iaitu Masaru Ibuka. Peranti ini kemudiannya cipta buat kali pertama oleh jurutera audio Nobutosi Kiraha dan Kozo Osohne pada tahun 1979.
Masaru Ibuka sangat menggemari muzik opera dan kerap mendengarnya ketika kerap berada dalam pesawat. Beliau berasakan pemain mudah alih Sony, TC-D5, yang ketika itu bersaiz seperti komputer riba dan seberat 2.45 kilogram agak tidak praktikal untuk diguna dalam seharian, serta terlalu mahal untuk dijual dengan jayanya.
Bermula dari itu, mereka mula menghasilkan pemain mudah alih yang lebih ringan dan mampu milik.
4. Kalkulator elektronik
Dalam proses mengira, kalkulator adalah peranti yang sangat penting, dan ramai di antara pelajar menggunakan kalkulator elektronik dalam subjek matematik. Syarikat Jepun iaitu Casio yang ditubuhkan pada 1946 dan berpangkalan di Shibuya, Jepun telah menghasilkan kalkulator elektronik pertama dunia.
Diberi nama Casio 14-A dan dilancarkan pada tahun 1957, kalkulator ini telah merevolusikan bidang pengiraan dan menggunakan 342 relay elektrik yang mampu menyelesaikan penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian sehingga 14 digit.
8 tahun kemudian pada September 1965, Casio mengeluarkan kalkulator elektrik pertama yang mempunyai fungsi memori iaitu Casio 001. Casio mula mengeskport produk ini ke Amerika Syarikat dan Eropah setahun kemudian.
3. Mi segera
Mi segera, atau pun ramen tersangat popular di negara kita. Malah, makanan ini seolah-olah menjadi seperti makanan ruji bagi sesetengah orang dan mereka yang tinggal di asrama.
Jika mi segera juga adalah makanan kegemaran anda, jadi anda perlu tahu mi segera pertama dihasilkan di Jepun, oleh Momofuku Ando. Momofuku adalah pengasas syarikat makanan Nissin yang ditubuhkan pada 1948 yang berpangkalan di Osaka, Jepun.
Syarikat ini telah mengeluarkan mi segera pertama di dunia iaitu Chikin Ramen (Mi segera ayam) pada tahun 1958. Dan pada tahun 1971 pula, Nissin memperkenalkan Cup Noodles, produk mi segera dalam cawan pertama dunia.
2. Telefon berkamera
Tak kiralah sama ada anda memiliki telefon yang menggunakan platform Android atau IOS, yang pastinya telefon anda mempunyai kamera dalaman. Agak pelik jika anda memiliki telefon tanpa kamera pada zaman ini.
Namun, jika anda memiliki telefon berkamera pada tahun 1999, anda pula kelihatan pelik. Kerana pada tahun 1999, telefon berkamera pertama dikeluarkan oleh Kyocera Corporation, sebuah syarikat Jepun yang berpangkalan di Kyoto.
Telefon Kyocera VP-210 seberat 155 gram ini dikeluarkan pada Mei 1999 dan mampu mengambil 20 gambar. Sebagai telefon berkamera pertama, Kyocera VP-210 dijual dengan harga RM1,260 pada ketika itu.
1. Periuk nasi elektronik
Hampir di setiap rumah di Malaysia menggunakan periuk nasi elektrik bagi memasak nasi. Ia sangat memudahkan kerja kita dan menjimatkan masa. Malah, periuk nasi bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak nasi tetapi juga makanan lain.
Pada hujung tahun 1940an, Mitsubishi Electric Corporation mencipta periuk nasi pertama di dunia menggunakan periuk yang mempunyai gegelung pemanas di dalamnya. Namun ciptaan ini tidak mesra pengguna kerana memerlukan pengawasan ketika memasak.
Matsushita Electric juga mengeluarkan produk yang serupa dan Sony pula mengeluarkan tiub nasi elektronik namun kedua-duanya juga gagal.
Kemudian, Yoshitada Minami yang mempunyai kaitan dengan Toshiba Electric Corporation telah memperlengkapkan ciptaan ini bagi menghasilkan periuk nasi elektrik praktikal yang pertama.
Ia berhasil memasak nasi tanpa perlu diawasi dengan menggunakan periuk nasi tiga-ruang yang menyediakan penebat haba oleh lapisan udara. Dan pada Disember 1956, Toshiba Corporation mengeluarkan periuk nasi automatik komersial pertama di pasaran.
Rujukan:
4. Japan Times
5. Who
6. Soranews 24
7. Teams KIPR