Oleh pada 30 Sep 2017 kategori

Agensi perisikan adalah sebuah organisasi yang sangat penting dalam sesebuah negera. Ia sangat diperlukan untuk menjaga dan menjamin keselamatan negara, dengan sentiasa memantau di setiap penjuru negara, mengumpulkan maklumat dan menyiasat suspek.

Organisasi ini dapat membantu pasukan ketenteraan, penguatkuasa undang-undang dan objektif polisi asing serta keselamatan negara. Di Malaysia, kita mempunyai beberapa agensi perisikan termasuklah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Cawangan Khas (SB) dan Kor Risik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 9 agensi perisikan paling 'power' di dunia ketika ini.

9. Ministry of State Security (MSS) – China

logo ministry of state security

Keberadaan MSS dalam senarai ini memang tak dapat dipertikaikan lagi. MSS mempunyai segala kelengkapan sebagai institut perisikan yang lengkap. Ia ditubuhkan pada tahun 1983 hasil daripada gabungan Jabatan Siasatan Jenayah (CID). Agensi perisikan ini telah membuktikan kehebatan mereka dengan menentang keganasan di wilayah Greater China seperti Taiwan, Hong Kong dan Macau.

ministry of state security

Sejak ditubuhkan pada Jun 1983, ia diterajui oleh Ling Yun sehingga beliau meninggalkan agensi itu pada September 1985. Ketika ini MSS dipimpin oleh Chen Wenqing sejak November 2016.

8. Australian Secret Intelligence Service (ASIS) – Australia

asis australia

Ditubuhkan pada 13 Mei 1952, Australian Intelligence Service (ASIS) merupakan sebuah agensi perisikan asing nasional Australia. Ibu pejabat agensi ini terletak di ibu negara Australia iaitu Canberra. Sebagai antara satu daripada agensi perisikan terbaik dunia, ASIS bertanggungjawab dalam mengumpul maklumat perisikan luar negara termasuklah berhubung dengan entiti risikan asing dan menggagalkan pengintipan luar.

ASIS mempunyai bajet RM1.548 billion digunakan bagi menjalankan operasi, dan sering dibandingkan dengan agensi-agensi terkemuka lain seperti Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) dan Perkhidmatan Perisikan Rahsia British (M16)

7. Direction Generale De La Securite Exterieure (DGSE) – Perancis

direction generale de la securite exterieure

Agen perisikan luar Perancis dinamakan Direktorat Jeneral Keselamatan atau Direction Generale De La Scurite Extereure (DGSE). Ia ditubuhkan pada 2 April 1982 dan berpangkalan di Paris, Perancis. Seperti ASIS, DGSE juga dibandingkan dengan CIA dan M16 kerana kehebatan tersendiri.

Segala kerja operasi DGSE adalah di bawah arahan Kementerian Pertahanan Perancis. Ia juga beroperasi bersama rakan sejawat domestik iaitu Direktorat Jeneral Keselamatan Dalam Negeri (DGSI). Sebanyak RM3.09 billion dibelanjakan oleh kerajaan Perancis dalam menjalankan dan mengekalkan operasi DGSE.

6. Research and Analysis Wing (RAW) – India

research and analysis wing

Tak terlepas dalam senarai agensi perisikan terbaik dunia adalah Research and Analysis Wing (RAW) , agensi perisikan asing utama di India. RAW ditubuhkan pada 21 Septermber 1968, disebabkan oleh kegagalan perisikan India dalam menghadapi pertempuran Sino-India dan India-Pakistan. 

RAW berpangkalan di New Delhi dan berada di bawah Pejabat Perdana Menteri. Ketika ini ia diterajui oleh Anil Dhasmana. RAW bertanggungjawab memantau perkembangan politik, ketenteraan, ekonomi dan saintifik serta membentuk pendapat dan pengaruh orang asing. 

Selain itu, ia juga memainkan peranan yang penting dalam gerakan anti-pengganas serta beberapa aktiviti perlindungan yang lain.

5. Bundesnachrichtendienst (BND) – Jerman

bundesnachrichtendienst

Bundesnachrichtendienst atau singkatannya BND adalah nama asal kepada Perkhidmatan Perisikan Persekutuan Jerman. Ia merupakan agensi perisikan asing Jerman. Ia berada di bawah Pejabat Canselor Jerman.

Ditubuhkan pada 1 April 1956, BND berpangkalan di Pullach, berdekatan dengan bandar besar Munich dan Berlin. BND membelanjakan sebanyak RM3.07 billion setahun dan bertanggungjawab mengumpulkan maklumat dalam pelbagai bidang seperti keganasan dan senjatas pemusnah rusuhan.

BND juga menilai maklumat mengenai kesalahan yand dirancang, penyeludupan dadah dan senjata api, penggubahan wang haram serta penghijrahan haram.

4. Federal Security Bureau of Russian Federation (FSB) – Rusia

federal security bureau of russian federation

Agensi perisikan Rusia iaitu Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Persekutuan Rusia berada di tangga ke-4 agensi terbaik dunia. Ia dikenali sebagai organisasi keselamatan utama Rusia dan kumpulan pengganti utama kepada Jawatankuasa Keselamatan Negara (KGB) Kesatuan Soviet.

FSB berpangkalan di Moscow, Rusia dan sangat terkenal dengan tindakan terhadap anti-keganasan dalam dan luar negara.

Antara tanggungjawab FSB adalah menentang keganasan, mengawal keselamatan dalam negara dan sempadan, menyiasat jenayah serius dan perlanggaran undang-undang persekutuan Rusia. 

3. Military Intelligence Section 6 (MI6) – United Kingdom

military intelligence section 6

Memang sudah dijangkakan berada dalam senarai ini, dan ke-3 terbaik di dunia adalah agensi perisikan British yang dikenali sebagai M16 yang merupakan singkatan kepada  Millitary Intelligence Section 6 (Perisikan Tentera Seksyen 6).

M16 terikat dengan Akta Perkhidmatan Perisikan 1994 dan identitinya tidak dimaklumkan kepada umum sehingga tahun 1994. Dengan kos RM14.71 billion setahun, MI6 yang berpangkalan di Vauxhall Cross di Tebing Selatan Sungai Thames sejak 1995 ini bertanggungjawab dan masih kekal dalam operasi anti-pengganas asing. Ia juga bekerjasama rapat dengan entiti rahsia dari Amerika Syarikat dalam menghapuskan keganasan.

2. Central Intelligence Agency (CIA) - Amerika Syarikat

cia 836

Central Intelligence Agency atau Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat dikatakan agensi perisikan ke-2 terbaik di dunia ketika ini. Ia berada di bawah kerajaan persekutuan Amerika Syarikat. 

Ia ditubuhkan pada 26 Julai 1947 selepas Akta Keselamatan Negara diluluskan oleh Harry Truman untuk menjadi undang-undang. CIA juga merupakan agensi tertua dalam senarai ini. Seperti agensi-agensi yang lain, ia bertanggungjawab menentang keganasan dalam dan luar negara. 

Pembangunan CIA telah menjadi fokus utama oleh kerajaan Amerika Syarikat selepas serangan pengganas dalam tragedi 9/11.

1. Inter-Service Intelligence (ISI) – Pakistan

inter service intelligence

Agen perisikan yang paling hebat ketika ini dan berjaya mengalahkan agensi perisikan Amerika Syarikat adalah Inter-Service Intelligence (ISI) Pakistan, menurut penerbitan oleh International Business Times United Kingdom.

Berpangkalan di Islamabad dan ditubuhkan pada tahun 1948 oleh tentera British yang berkhidmat sebagai tentera Pakistan, ISI bertanggungjawab dalam mengukur tahap keselamatan dan perisikan kepada Kerajaan Pakistan. Ia dikatakan menjadi agensi terbaik di dunia kerana keberanian dalam menentang keganasan di Pakistan dan seluruh dunia.

Rujukan :

1. General Headlines

2. Story Pick

3. Fox News Point




Hakcipta iluminasi.com (2017)