tempat di dunia yang tidak pernah diterokai manusia

Dengan kemajuan teknologi, adalah mudah untuk mengembara ke mana sahaja di bumi ini. Pada awal peradaban manusia, tempoh masa yang sangat panjang diperlukan untuk sampai ke sesuatu lokasi, namun kini jarak yang jauh hanya mengambil masa beberapa jam sahaja.

Walaupun begitu, masih terdapat banyak lokasi di dunia ini yang masih tidak diterokai manusia, atau masih belum dijejaki oleh orang luar atau pelancong. Ia terutamanya disebabkan oleh kesukaran mengakses lokasi tersebut dan juga keadaan cuaca yang ekstrem.

iluminasi.com ingin berkongsi dengan para pembaca 8 lokasi yang masih suci dan tidak pernah diterokai oleh manusia atau pelancong.

8. Taman Negara Daintree, Australia

taman negara daintree tempat di dunia yang tidak pernah diterokai manusia

Taman Negara Daintree terletak di Far North Queensland di Australia, dan kekal tidak disentuh oleh manusia sepenuhnya, serta mempunyai hutan hujan yang sangat purba. Ekosistem ini dikatakan adalah antara yang tertua di bumi dengan konsentrasi tumbuhan dan spesis haiwan yang besar yang tidak boleh dijumpai di mana-mana tempat di bumi.

Selain itu, haiwan-haiwan ini telah wujud lebih daripada 2,500 tahun dahulu.

7. La Rinconada, Peru

la rinconada tempat di dunia yang tidak pernah diterokai manusia

La Rinconada adalah sebuah bandar perlombongan kecil yang terletak di Andes Peru dan dikenali sebagai salah satu tempat yang paling tidak boleh diakses di Amerika Selatan. Ia dikenali sebagai bandar tertinggi dunia yang terletak di 17,000 kaki di atas paras laut.

Bandaraya yang luar biasa ini adalah glasier beku dan satu-satunya cara untuk sampai ke sini adalah dengan menggunakan trak melalui jalan-jalan gunung berliku-liku yang sangat berbahaya.

Perjalanan untuk sampai ke bandar ini boleh memakan beberapa hari dan boleh menyebabkan penyakit kerana ketinggian yang melampau dengan keadaan bandar yang buruk, menjadikannya lebih sukar untuk didiami.

6. Papua New Guinea

papua new guinea tempat di dunia yang tidak pernah diterokai manusia

Papua New Guinea juga merupakan salah satu tempat di mana manusia tidak pernah menjejakkan kaki dan terdapat banyak spesis tumbuhan dan yang haiwan yang tidak diterokai tinggal di kawasan hutan pedalaman ini.

Ia mempunyai ciri-ciri semula jadi dan bentuk muka bumi yang lasak, kurang pembangunan infrastruktur yang menjadikannya sukar untuk diakses oleh manusia.

5. Stesen McMurdo, Antartika

stesen mcmurdo tempat di dunia yang tidak pernah diterokai manusia

Antartika adalah salah satu lokasi terpencil di dunia yang berada di dasar dunia, di mana tidak ada penduduk asli yang mendiami rantau ini. Terdapat banyak pusat penyelidikan yang beroperasi di sini dan stesen McMurdo adalah salah satu yang terbesar.

Stesen McMudro adalah pusat penyelidikan antarabangsa yang terletak di Pulau Ross dan berhampiran dengan hujung utara benua ini. Walaupun ia beku sepenuhnya, ia masih menjadi rumah kepada lebih daripada 1,200 saintis ketika musim panas.

Dahulunya, ia mengambil masa beberapa bulan untuk sampai ke sini namun dengan teknologi yang semakin canggih, 3 landasan pesawat yang dibina memudahkan akses ke lokasi ini.

4. Kepulauan Kerguelen

kepulauan kerguelen tempat di dunia yang tidak pernah diterokai manusia

Kepulauan Kerguelen dikenali sebagai pulau-pulau terpencil kerana jaraknya yang sangat jauh dari tamadun manusia dan terletak di lautan India Selatan.

Tiada jalan udara untuk sampai ke pulau ini dan satu-satunya cara untuk sampai ke tempat ini adalah dengan mengambil bot yang memerlukan masa 6 hari dari Reunion (pulau kecil terletak di pantai Madagascar). Sama seperti Antartika, pulau ini tiada penduduk asli tetapi terdapat saintis dan jurutera Perancis dan dikenali sebagai pusat penyelidikan saintifik.

3. Alert Village, Kanada

alert village tempat di dunia yang tidak pernah diterokai manusia

Alert adalah sebuah kampung kecil yang terletak di Kanada, di hujung wilayah Nuvanut di Lautan Artik dan hanya 805 kilometer sahaja di bawah Kutub Utara. Ia adalah salah satu lokasi yang paling kurang diterokai di dunia dan tidak didiami oleh mana-mana manusia.

Suhu di kampung ini mampu mencapai -40 darjah Celcius dan dengan lokasinya di puncak bumi, keadaan cuaca yang sangat ekstrem boleh mengakibatkan siang hampir 24 jam pada musim panas atau kegelapan 24 jam pada musim sejuk.

Alert juga mempunyai kemudahan penerima radio dan berfungsi sebagai makmal cuaca bagi Kanada dan bandar terdekat adalah perkampungan nelayan terletak kira-kira 2,092 kilometer dari lokasi ini.

2. Motuo County, China

motuo county tempat di dunia yang tidak pernah diterokai manusia

Wilayah Motuo dianggap sebagai daerah terakhir di China yang mana tidak ada jalan untuk menuju atau masuk ke tempat ini. Ini adalah salah satu tempat yang tidak dicemari dan belum pernah dijelajahi di dunia.

Terdapat laluan darat yang agak berbahaya melintasi bahagian-bahagian Himalaya yang mempunyai cuaca beku. Untuk menyeberangi ke Wilayah Motuo, anda haru melalui jambatan gantung dengan panjang 200 meter.

Kawasan ini terdiri daripada pelbagai jenis tumbuhan yang pelbagai yang menjadikannya sangat menarik, namun kekal sebagai tanah misteri kerana beberapa percubaan menghasilkan jalan yang boleh digunakan untuk masuk, gagal disebabkan disebabkan sifat unik landskap ini, terdedah kepada longsoran dan tanah runtuh.

1. Tristan Da Cunha

tristan da cunha tempat di dunia yang tidak pernah diterokai manusia

Tristan Da Cunha adalah kepulauan pulau-pulau kecil yang terletak di seluruh Lautan Atlantik Selatan dan kekal tidak dihuni manusia. Tanah yang paling dekat dengan lokasi ini adalah Afrika Selatan yang berada pada jarak kira-kira 2,736 kilometer, dan Pantai Amerika Selatan adalah kira-kira 3,219 kilometer.

Tempat ini kaya dengan sejarah dan pertama kali ditemui oleh penjelajah Portugis dan kemudiannya menjadi milik British. Pulau ini adalah tempat yang paling terpencil di dunia dan ciri-ciri geografinya yang sangat unik menjadikannya mustahil untuk sampai menggunakan jalan udara, dan hanya boleh melalui jalan air.

Rujukan:

1. Explore

2. New Scientist

3. Tapoos


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)