Setiap orang mahu dilihat berkeyakinan tinggi, ketika berada di tempat awam. Bagaimanapun ada ketikanya situasi sebaliknya akan berlaku.

Dalam sesetengah interaksi atau kedekatan kita dengan pihak lain, kadangkala akan mewujudkan suasana yang mungkin kita rasakan ganjil untuk kita tangani - sehinggakan ramai di antara kita tidak jelas apa solusi yang ada.

Berikut adalah 8 situasi sangat awkward yang kerap berlaku, kerana semua situasi di bawah adalah rutin biasa kita sebagai manusia.

1. Berdiri tunggu atendan pam minyak isi minyak

atendan pam minyak situasi awkward

Anda nak isi minyak kereta. Anda dah bayar guna mesin di pam atau di kaunter. Setibanya anda di pam, atendan pam sudahpun mengambilalih tugas anda mengepam. Apa akan anda lakukan?

Berdiri di situ sambil tersengih? Cuba borak-borak kosong dengan dia sementara mengisi masa pam berjalan? Masuk ke kereta dan biar saja dia uruskan semua? Penulis segan nak masuk kereta dalam situasi ini, rasa macam kurang hormat pula pada mereka.

2. Berdepan doktor gigi

situasi awkward dengan doktor gigi

Tak ada apa-apa yang memalukan bertemu doktor gigi. Apa yang mampu membuatkan kita berasa aneh adalah apabila kita sudah terbaring dengan mulut dingangakan - mata anda akan memandang ke arah mana?

Biasanya penulis akan fokus kepada lampu di atas kita. Kadangkala kalau doktor tu cantik, mata akan menjeling jugalah sekali-sekala. Kalau doktor lelaki, merenung silinglah jawabnya.

Senang tengok klinik gigi kanak-kanak. Ada TV dipasang di kerusi mereka untuk mengalihkan perhatian. Boleh tak orang dewasa tonton kartun juga semasa nganga?

3. Sedang buang air di tandas dan ada orang datang sebelah

situasi buang air berdiri awkward

Dalam sesetengah situasi tandas penuh dan orang lelaki dah tak tahan nak buang air, ruangan buang air berdiri terpaksa menjadi pilihan. Penggunaannya...adalah situasi yang sangat awkward bagi ramai lelaki.

Ye lah, kita dah lah kena buka zip seluar dan keluarkan...benda itu. Kemudian tengah kita buang air, datang pula orang lain di sebelah kita menambahkan was-was takut dia terlihat kita dan lebih malang, kita terlihat dia punya...benda itu.

Nak awkward tahap maksima punya, lepas lelaki di sebelah kita selesai dia terus beredar tak cuci tangan dia. Sebut pasal tandas ni...

4. Bunyi buang air kuat

menteri fasola berak

Satu lagi detik paling aneh yang akan menimpa ramai di antara kita, adalah apabila sakit perut yang amat sangat membuatkan kita ke tandas awam. Malangnya, proses pembuangan air kita pada hari itu agak kuat kedengarannya.

Sehinggakan dah selesai semua urusan, kita akan keluar dari tandas yang kita guna dengan rasa sangsi seolah seluruh dunia sedang memerhati dan menghakimi kita. Kalau nasib kita baik, pada waktu itu juga ada seorang orang lain juga sedang buang air - berhadapan masalah sama malahan lebih kuat bunyinya.

Legalah kita ada geng. Orang lain pun tak dapatlah nak kenalpasti siapa pemilik bunyi yang lantang tadi.

5. Ucap selamat jalan tapi tuju ke arah sama atau terjumpa kembali

terjumpa kawan cipta situasi awkward

Pernah tak anda terjumpa kenalan, berbual sekejap dan kemudian mengucapkan salam dan selamat tinggal. Tapi kebetulan pula destinasi dia dengan kita selepas itu menuju ke arah sama.

Awkward gila kan? Nak jalan bersama ke lepas tu? Biasanya penulis akan buat-buat masuk ke kawasan lain sambil mengangkat tangan.

Dah lah situasi tu sangat awkward dah. Selepas berjaya 'berpisah', tak lama selepas tu terjumpa balik dia. "Eh, sekarang ni nak kena tegur balik ke, buat-buat tak nampak atau sengih saja?" fikir penulis.

6. Tertidur sampai tersandar di bahu orang sebelah

tidur atas bahu orang

Sekiranya anda kerap menaiki pengangkutan awam, pasti ada situasi di mana ada terpaksa duduk agak rapat dengan orang sebelah anda dalam keadaan letih. Destinasi anda pula masih jauh lagi.

Anda cuba tahan dari tertidur tetapi akhirnya gagal. Sedap anda tidur, tak sedar pun kepala anda tersandar di bahu orang sebelah. Tiba-tiba ada bunyi kuat, anda terjaga dan mula diserang rasa malu tersandar pada orang tak dikenali.

Lebih malu kalau dia pun tersenyum balik kat anda, khususnya kalau sama jantina kita.

7. Tak sengaja duduk sebelah ibu menyusu

ibu menyusu di tempat awam terduduk sebelah

Ketika kelam-kabut mencari tempat duduk, di kawasan seperti jabatan kerajaan atau sistem pengangkutan awam - boleh berlaku satu situasi di mana anda yang kurang cakna terduduk sebelah ibu yang sedang menyusukan anaknya.

Mungkin bagi sesetengah orang, situasi sebegini tak apa berlaku tetapi ada juga yang melihat kurang sopan untuk seorang lelaki khususnya dengan tiba-tiba duduk di sebelah perempuan menyusu. Nak salahkan mereka kerana menyusu, tak adil. Mungkin situasi itu memerlukan.

Tapi apa yang baik untuk seseorang lakukan selepas itu? Mohon maaf dan beredar? Terus duduk dan berpaling? Apa langkah terbaiknya?

8. Tercuba masuk kereta orang

tersalah buka kereta orang situasi awkward

Trend warna kereta sekarang tak semeriah zaman dulu. Dulu variasi warnanya banyak jugalah. Sekarang majoriti kereta kalau tak warna putih, mesti kelabu, perak atau hitam. Penulis pernah jugalah beberapa kali tercuba masuk kereta orang lain.

Jika tak ada orang di dalam, tak adalah malu sangat. Malangnya ada jugalah sekali dua kita cuba buka pintu dengan ada pemandu sedang duduk bermain telefon.

iklan

Nasib baiklah penulis belum pernah lagi tersalah masuk kereta orang, duduk di kerusi pemandu dan mendapati ada orang lain dalam kereta. Nak tambah lagi malang, wanita di sebelah itu ibu sedang menyusu anak pula.

Beringatlah. Sebelum masuk kereta, periksa dulu betul-betul kereta yang anda nak masuki. Takut-takut orang lain tuduh anda cuba melakukan perkara jenayah pula.




Hakcipta iluminasi.com (2017)