Oleh pada 19 Jan 2023 kategori

Majoriti manusia mahu hidup dalam situasi aman damai, tanpa sebarang konflik atau pertelingkahan tercetus; yang akan mengakibatkan hati kita jadi kurang selesa. 

Apabila berlaku sebarang pertelingkahan di antara kita dengan orang lain, hati manusia yang normal akan mula memikirkan baik buruk apa yang telah berlaku - sehingga ada kalanya memakan diri sendiri serta merosakkan ketenangan minda kita. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun ada waktunya kita kena berdepan konfrontasi, mungkin juga sehingga terpaksa berkasar demi melindungi hak kita. Berikut adalah lima situasi yang biasa kita tempuh.

1. Bila orang asyik potong barisan

kaki buli suka potong barisan

Kita banyak berhadapan situasi kena beratur.

Nak naik lif, nak beli makanan dan sebagainya. Dalam kereta tengah memandu pun memanjang kita beratur.

Sesetengah lokasi jelas ada arahan bagaimana nak beratur namun di sesetengah tempat, tak jelas sebenarnya siapa yang patut masuk dulu. Contohnya seperti semasa beratur menggunakan lif.

Sehinggakan kalau kita di waktu puncak penggunaan, mesti ada seorang dua yang selamba badak menyelit ke depan sedangkan ramai lagi orang lain dah beratur lama. 

Dalam situasi macam ni, dipersilakan untuk tegur saja orang macam tu.

Cuba tegur elok-elok dulu. Kalau dia berkasar atau buat bodoh dengan teguran kita, tinggikanlah suara sikit. Orang sebegini dia berani kerana selama ni dia tengok orang lain tak ada yang berani sound dia.

Padahal dia yang salah. 

2. Bila rakan sepejabat mula tai-chi tanggungjawab dia

rakan sepejabat cekap elak kerja

Budaya tai-chi kerja atau mengalihkan beban kerja kepada orang lain, adalah satu perbuatan yang membuatkan sesiapa saja menyirap dengan pelakunya. 

Anda tahu kenapa golongan sebegini biasanya berkeliaran bebas dengan gembira di tempat kerja anda? Dia bebas kerana anda takut nak membuat laporan rasmi berkenaan kelakuan dia.

Mungkin juga kerana dia kenalan anda, jadi anda menganggap perkara sebegitu alah bisa tegal biasa. Orang sebegini sepatutnya disedarkan sejak awal, supaya dia ada masa memperbaiki kelakuannya.

Buat laporan rasmi secara bertulis atau lisan dengan ketua anda. Jika itu tak berjalan, minta bincangkan isu itu dalam mesyuarat; biar padan muka dia.

3. Berdepan dengan manusia rasis

sikap rasis masyarakat malaysia

Perangai rasis ni memang membarah dalam mana-mana masyarakat di seluruh dunia, bukan di antara kita saja.

Ada golongan rasis dengan bangsa lain, ada yang rasisnya ditujukan kepada kaum sendiri sehinggakan apa saja berkait isu dia kaitkan dengan bangsa dia.

Berbual dengan orang sebegini memang mati akal kita dibuatnya. Selalunya kita angguk-angguk sajalah mengiyakan setiap hujah dia. Reaksi kita itulah yang membuatkan mereka syok merasakan mereka betul. 

Cuba anda jelaskan kepada mereka kenapa sentimen yang mereka utarakan salah. Terangkan satu per satu kenapa memainkan elemen stereotaip kaum, sudah tidak lagi sesuai dalam zaman sekarang. 

Pertahankan pendapat anda dan jangan takut untuk tegas, kental dan keras mendepani individu sebegini.

Sekiranya anda lihat ada orang main isu rasis melibatkan mangsa berlainan kaum atau sama bangsa anda, bangkit menegur! Anda akan jadi hero.

4. Minta hutang yang lama bertangguh

pemiutang pening perangai penghutang

Satu pesanan yang penulis pegang dinyatakan oleh arwah ayah penulis berbunyi; jangan pinjam duit orang. Jangan bagi pinjam duit kat orang. 

Syukur setakat ni penulis berjaya juga mengekalkan rekod bersih kecuali dalam situasi di mana penulis terpaksa meminjam duit abang penulis (yang penulis anggap sebagai hadiah).

Bab pinjam duit memang boleh buat bergaduh khususnya kalau kita pihak yang bagi pinjam, amaunnya besar dan peminjamnya pula liat sungguh nak bayar; kita pula yang dah kena mengemis kat dia minta dia bayar.

Penulis bukanlah nak ajar anda bertindak kasar terhadap pemiutang jenis ni. Kena ingat, sabar ada hadnya.

Bila dia dah kerap kali muat naik status keluar melancong, beli kereta baru, makan wagyu dan muat naik gambar bersosial ke media sosial, kesemuanya dibuat tanpa ada usaha nak bayar hutang, orang sebegini memang layak dikasari sedikit.

Sedikit! Sikit je. Jentik dia ke. Cubit sikit ke. Asal dia sakit.

5. Bila samseng jalanan buat hal walaupun dia salah

pemandu potong barisan jari teng

Dengan kecanggihan teknologi, perakam video dalam kereta atau DVR telah menyajikanbermacam jenis rakaman gelagat pemandu atas jalan raya. 

Satu persamaan yang dapat kita saksikan dalam kebanyakan video, adalah bagaimana pemandu-pemandu yang bersikap agresif serta terang-terang telah melakukan kesalahan atau mengamalkan sikap kurang menghormati etika pemanduan, dia jugalah yang paling cepat nak mengamuk bila dikenakan dilawan.

Kami tidak tahu apa penjelasan saintifik yang boleh menerangkan fenomena ini dengan lebih baik. Fenomena syok sendiri barangkali tetapi itulah yang dapat kita lihat; orang yang salah biasanya adalah orang yang paling cepat nak berbalah.

Jika anda terliba dalam insiden buli jalanraya, dihalang daripada meneruskan perjalanan dan anda terpaksa keluar kereta bagi menghadap konfrontasi jalanan, hendak tak hendak kita kena garang dan tegas dalam menangani situasi sebegini. 

Seandainya perlu menengking, hadap sajalah. Terjerumus ke pertengkaran fizikal? Bersedialah. Samseng jalan raya ni memang rasa jalan raya di Malaysia ni, abah dia punya dan semua orang salah kecuali dia.

Nak sedarkan orang sebegini yang mungkin terlalu dimanjakan sejak kecil, hanyalah dengan sedikit kekasaran. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)