Setiap tahun, mesti ramai antara anda yang berhasrat untuk bercuti ke luar negara kan? Bagi yang suka bercuti di pulau-pulau, semestinya resort terapung menjadi pilihan anda bukan?

Maldives sudah tentu menjadi pulau idaman untuk bercuti bersama pasangan mahupun keluarga. Untuk pengetahuan anda, anda juga boleh ke Indonesia kerana di sana terdapat 8 resort terapung yang ideal seakan-akan Maldives untuk anda luangkan masa cuti anda bersama dengan yang tersayang. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

#1 Misool Eco Resort, Raja Ampat

resort terapung seakan akan maldives di misool eco resort

Resort paling cantik ini terletak di pulau persendirian Misool (Pulau Misool), Raja Ampat. Oleh sebab itu, suasana di sini sangat tenang kerana kapasiti di sini terhad kepada 40 visitor sahaja. Resort ini juga terkenal dalam kalangan scuba divers kerana lokasinya yang strategik untuk aktiviti menyelam. Resort terapung ini memang sangat memukau!

#2 Pulo Cinta Eco Resort, Gorontalo

resort terapung seakan akan maldives di pulo cinta

Pulo Cinta sememangnya indah bagi yang ingin berbulan madu tetapi sesuai juga jika ingin bercuti bersama keluarga. Anda boleh melakukan aktiviti snorkeling dan scuba diving. Tempat penginapan di sini sangat unik kerana ia berbentuk cinta. Ia terletak di tengah laut di Kabupaten Boalemo, Gorontalo. Untuk menuju ke pulau ini, anda perlu menaiki bot dari Boalemo. 

#3 Maratua Paradise Resort, Kalimantan Timur

resort terapung seakan akan maldives di maratua paradise resort

Nampak macam Maldives kan? Resort ini terletak di Kepulauan Derawan, Berau, Kalimantan Timur. Maratua Paradise Resort terkenal sebagai syurga Indonesia. Anda boleh masukkan ia ke dalam bucket list untuk percutian anda yang seterusnya nanti. Air yang jernih dan kebiruan memang memukau mata dan hati untuk bercuti di sini.

#4 Pulau Ayer Resort & Cottages, Pulau Seribu

resort terapung seakan akan maldives di pulau ayer resort

Resort di atas air ini tidak jauh dari ibu kota. Terletak di Pulau Seribu, Pulau Ayer Resort ini memberikan suasana seperti menginap di atas laut. Resort di sini berbentuk mini dan diperbuat daripada kayu. 

#5 Wisma Apung, Karimunjawa

resort terapung seakan akan maldives di wisma apung

Kepulauan Karimun Jawa memang terkenal dengan tempat pelancongan. Di sini juga ada penginapan terapung yang cantik sangat. Ia adalah Wisma Apung iaitu sebuah penginapan berbentuk rumah terapung di tengah laut Karimunjawa. Anda juga boleh berenang bersama baby shark di sekitar wisma ini. Baby shark doo doo!

#6 Montigo Resort Nongsa, Batam

resort terapung seakan akan maldives di montigo resort

Batam terkenal sebagai kota pusat ekonomi. Tetapi, di balik kota tersebut terdapat pantai yang tidak kalah kelihatan seperti Bali. Di jajaran Pantai Batam ada Montigo Resort, iaitu tempat penginapan yang memberikan suasana tidur di atas air. Angin sepoi-sepoi dan panorama serba biru menjadikan percutian anda begitu indah.

#7 Papua Paradise Eco Resort, Raja Ampat

resort terapung seakan akan maldives di papua paradise resort

Pesona Raja Ampat memang tiada habisnya. Satu lagi resort terapung di sini, iaitu Papua Paradise Eco Resort dapat memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan tak dapat dilupakan. Penginapan di sini sangat sunyi dengan pemandangan pantai yang tenang. 

#8 Ora Beach Resort, Maluku

resort terapung seakan akan maldives di ora beach resort

Untuk pengetahuan anda, Maluku menyimpan keindahan pantai yang tak kalah dengan Raja Ampat dan Bali. Di Maluku, terdapat Pulau Ora yang terletak di Kecamatan Seram Utara. Pulau tersebut memiliki air yang sangat jernih dan tenang seakan-akan Maldives. Anda boleh menginap di Ora Beach Resort untuk merasai pengalaman yang hebat ini.

Sebenarnya, ada banyak lagi resort terapung yang terdapat di luar sana. Bahkan, bukan sahaja di luar negara tetapi juga di dalam Malaysia. Yang pasti, sediakan wang yang lebih jika ingin bercuti ke luar negara ya. 

Rujukan :

  1. Resort-resort terapung di Indonesia



Hakcipta iluminasi.com (2017)