Kesihatan adalah lebih penting daripada kekayaan, oleh itu kita perlu sentiasa menjaganya agar dapat hidup dalam keadaan baik.

Namun, sesetengah masalah kesihatan boleh menjadi sangat licik di mana ia mungkin kelihatan seperti sesuatu yang sangat ringkas dan tidak membuatkan anda risau tentangnya pada peringkat awal.

Kemudiannya, ia berubah kepada sesuatu yang sangat serius dan anda menyedari bahawa segalanya sudah terlambat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 8 perubahan kecil pada tubuh yang mendedahkan tentang masalah kesihatan dalaman.

1. Garis hitam pada kuku

garis hitam pada kuku tanda melanoma

Kuku sering kali boleh memberitahu banyak tentang kesihatan dalaman kita.

Sesetengah orang secara semulajadi mempunyai kuku yang sangat tebal atau nipis tetapi jika anda menyedari apa-apa perubahan dalam struktur atau warna kuku, anda perlu berjumpa doktor.

Garis gelap menegak adalah salah satu daripada perubahannya dan ia boleh menjadi tanda melanoma. Jika anda tak pasti apa yang menyebabkan garis ini terhasil, adalah penting untuk anda memberi perhatian kepada masalah ini.

2. Kulit menebal dan menjadi gelap

kulit menjadi gelap dan tebal tanda masalah rintangan insulin

Sekiranya anda menyedari tompok coklat atau kuning, yang mana agak bengkak sedikit dan muncul di kawasan di mana kulit anda berlipat seperti di bawah ketiak atau leher, jangan abaikan perkara ini.

Ia mungkin menjadi tanda kepada rintangan insulin dan hal ini sangat penting untuk mendapatkan perhatian doktor.

Ini boleh menjadi sebahagian daripada keadaan di mana tubuh tidak bertindak balas terhadap insulin dengan cara yang sepatutnya dan mungkin membawa kepada diabetes jenis 2.

3. Jerawat pada rahang dan dagu

jerawat pada garis rahang tanda ketidakseimbangan hormon testosteron

Di bawah kulit, kita mempunyai banyak kelenjar kecil yang menghasilkan minyak semula jadi untuk memastikan kulit kita dalam keadaan baik dan minyak ini bergerak melalui liang-liang.

Apabila atas sebab tertentu, kelenjar ini menghasilkan lebih banyak minyak yang mampu dikendalikan oleh kulit kita dan membuatkan liang-liang tersumbat.

Bagi wanita, jerawat yang tumbuh di sepanjang garis rahang boleh menjadi tanda ketidakseimbangan hormon di mana hormon lelaki iaitu testosteron terlalu banyak dihasilkan dan merangsang kelenjar minyak ini. 

4. Kening menipis

kening menipis tanda masalah tiroid

Semakin berusia, kita akan mengalami kehilangan rambut secara semula jadi, tetapi penipisan kening boleh menjadi tanda kepada hipotiroidisme, sejenis masalah tiroid.

Jika kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan betul, ia mungkin menghasilkan hormon tertentu secara terlalu banyak atau tidak cukup, dan kedua-dua keadaan ini menyebabkan rambut menipis di badan.

Kita kehilangan rambut sepanjang masa kerana ia adalah proses semulajadi, tetapi ia sepatutnya digantikan dengan penumbuhan rambut baru.

Apabila pengeluaran hormon tidak seimbang, ia akan menjejaskan rambut baru yang tumbuh di akarnya dan rambut yang gugur tidak dapat diganti.

5. Jerawat yang tidak sembuh

jerawat tak sembuh mungkin tanda kanser kulit

Semua daripada kita akan mengalami pertumbuhan jerawat sekali-sekala yang mana biasanya terhasil akibat liang-liang yang tersumbat dan biasanya akan sembuh dalam masa beberapa hari.

Walau bagaimanapun, jika anda mendapat jerawat yang kecil "mutiara" yang tidak sembuh selama berminggu-minggu dan mudah mengalami pendarahan, anda perlu memberi perhatian kepadanya kerana ia mungkin tanda kepada sejenis kanser kulit iaitu karsinoma sel basal.

Walaupun ia kedengaran sangat menakutkan, namun kanser kulit jenis ini paling tidak berisiko di mana ia tidak boleh tersebar dan dapat dirawat dengan cepat jika didiagnos lebih awal. 

6. Pertumbuhan rambut tidak normal bagi wanita

pertumbuhan bulu tak normal bagi wanita

Jika bulu tiba-tiba tumbuh di kawasan yang biasanya tumbuh pada lelaki, seperti di atas bibir, di sekitar dagu atau di bawah pusat, ia mungkin gejala Sindroma ovari polikistik (PCOS) apabila ovari diperbesar akibat ketidakseimbangan hormon.

Perlu diingat bahawa genetik juga boleh menjadi penyebab kepada perkara ini, jadi apa yang perlu dilakukan adalah semak dengan ahli keluarga anda terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan doktor. 

7. Sakit pada jari

sakit pada jari mungkin tanda kanser paru paru

Jari yang menjadi semakin tebal dan sensitif boleh menjadi tanda kepada kanser paru-paru.

Apabila tumor paru-paru berkembang, ia akan mengeluarkan beberapa bahan kimia ke dalam aliran darah yang merangsang pertumbuhan tisu di bawah kuku dan di hujung jari yang mana boleh menyebabkan kesakitan.

Jika anda mengalami penebalan dan pembengkakan pada jari, anda dinasihatkan supaya memeriksa masalah ini sebelum terlambat. 

8. Mata atau kulit menjadi kekuningan 

mata dan kulit berubah kuning mungkin tanda hati rosak

Warna kuning pada kulit atau mata adalah gejala kulit biasa bagi masalah pada organ hati. Mata biasanya berubah menjadi kekuningan kerana bahan kimia yang dipanggil bilirubin terakumulasi dalam darah.

Untuk mencegah komplikasi kesihatan yang serius, diagnosis awal sangat penting jika anda menyedari mata atau kuning anda berubah menjadi kekuningan.

Anda pasti perlu melawat doktor sebaik sahaja anda melihat warna kuning, kerana diagnosis awal dapat mencegah komplikasi kesihatan yang serius.

Rujukan: 




Hakcipta iluminasi.com (2017)