Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah memperuntukan belanjawan bagi ketenteraan negara itu bagi tahun 2019 sebanyak RM2.85 trilion.

Jumlah ini jauh meninggalkan peruntukan mana-mana negara di dunia. Maka tak hairanlah jika mereka mempunyai pelbagai jenis senjata yang tersangat canggih dan mahal.

Dan ketika ini, pemilikan senjata oleh AS sememangnya mampu membuatkan mereka menakluk hampir semua negara di dunia. Sudah tentu ia dibantu oleh faktor belanjawan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 6 senjata ketenteraan paling mahal di dunia milik Amerika Syarikat.

6. Trident II

trident ii

Jenis: Peluru berpandu balistik

Jumlah unit dimiliki: 561

Harga bagi setiap unit: RM275 juta

Peluru berpandu balistik Trident II adalah 44 kaki panjang dan mampu bergerak pada kelajuan lebih daripada 20,920 kilometer sejam.

Ia dilengkapi dengan roket tiga peringkat dengan jangkauan peluru berpandu adalah kira-kira 7,400 kilometer.

Trident II merupakan peluru berpandu balistik Tentera Laut AS yang paling maju, dilengkapi dengan kepala peledak termonuklear. Peluru berpandu ini biasanya dibawa oleh kapal selam kelas-Ohio.

Jabatan Pertahanan ketika ini mempunyai 561 unit Trident II. Setiap satu daripada mereka bernilai lebih daripada RM275 juta, tidak termasuk kos penyelidikan dan pembangunan.

5. V-22 Osprey

v 22 osprey

Jenis: Pesawat pengangkutan tiltrotor

Jumlah unit dimiliki: 459

Harga bagi setiap unit: RM398 juta

V-22 Osprey adalah sebahagian daripada reka bentuk "pesawat tiltrotor". Pesawat ini pada asasnya adalah reka bentuk pesawat hibrid dan helikopter.

Ia boleh berlepas dan mendarat dengan pantas dan boleh berlegar setempat seperti helikopter. Apabila rotornya tampil ke hadapan, V-22 Osprey terbang lebih jauh  daripada helikopter.

Pesawat ini berfungsi sebagai pesawat pengangkutan dan mampu terbang sejauh 390 batu nautika tanpa mengisi minyak. Ia boleh melebihi kelajuan 418 kilometer sejam jika perlu. 

Ketika ini, Amerika Syarikat memiliki 459 unit V-22 Osprey dalam peruntukan mereka dengan kos RM398 juta seunit.

4. F-22 Raptor

f 22 raptor 416

Jenis: Jet pejuang senyap

Jumlah unit dimiliki: 188

Harga bagi setiap unit: RM885 juta

Boeing F-22 Raptor oleh Lockheed Martin ini dianggap oleh anggota dan pemerhati tentera sebagai jet pejuang terbaik di dunia.

F-22 Raptor adalah tersangat mudah alih, ia boleh mengalahkan semua jenis jet pejuang yang ada di langit pada hari ini.

Ia juga berfungsi dengan senyap dan boleh menghapuskan sasaran sebelum menyedari bahawa F-22 Raptor berada di langit. 

Jet ini dilengkapi dengan dua peluru berpandu AIM-9 Sidewinder, enam peluru berpandu udara ke udarah bersaiz sederhana, senapang Gatling 20 mm, dua bom 454 kilogram dan lapan bom 113 kilogram.

Dengan keupayaannya yang hebat, Raptor sudah tentu menelan kos belanja yang sangat tinggi. Setiap unit jet ini berharga RM882 juta, menjadikannya pejuang jet yang paling mahal di dunia.

Tentera A.S. pada masa ini mempunyai 188 unit F-22 Raptor dan tidak menghairankan bahawa banyak negara juga menginginkannya. Setakat ini, Kongres A.S. telah mengharamkan penjualan Raptor kepada mana-mana negara

3. Arleigh Burke-class 

arleigh burke class

Jenis: Kapal pemusnah

Jumlah unit dimiliki: 75

Harga bagi setiap unit: RM5.4 bilion

Juga dikenali sebagai DDG 5, ia telah menjadi sebahagian daripada armada Angkatan Laut A.S. sejak tahun 1995.

Kapal laut bersaiz 500 kaki ini dapat mengangkut 9,000 ton dan membawa 350 anggota.

Generasi terbaharu pemusnah kelas Arleigh Burke ini dilengkapi dengan dua sistem pelancaran peluru berpandu tomahawk secara menegak, senapang 5", torpedo dan sistem pengesan bom yang maju.

Tentera Laut AS ketika ini mempunyai 60 unit DDG 5 dalam perkhidmatan aktif dan DOD memasukkan 15 lagi kapal ini dalam peruntukan mereka.

2. Virginia Class

virgina class 890

Jenis: Kapal selam nuklear

Jumlah unit dimiliki: 30

Harga bagi setiap unit: RM10.7 bilion

Kapal selam nuklear ini dianggap sebagai salah satu senjata paling berguna dan strategik dalam gudang senjata Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Kapal selam kelas Virginia ini berkemampuan untuk membawa 38 jenis senjata berlainan termasuk peluru berpandu Tomahawk, periuk api dan torpedo.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat kini memiliki 8 unit kapal selam ini dan mensasarkan untuk memiliki 30 unit lagi. 

1. USS Gerald Ford

uss gerald ford

Jenis: Kapal pengangkut

Jumlah unit dimiliki: 1

Harga bagi setiap unit: RM54.4 bilion

Dilancarkan pada tahun 2017, kapal pengangkut USS Gerald Ford adalah senjata ketenteraan paling mahal di dunia.

Ia dibina untuk menggantikan USS Enterprise (CVN-65). Kapal ini bersaiz 337 meter panjang dengan ketinggian 76 meter yang menempatkan 25 buah dek serta 2,600 orang anak kapal.

uss gerald ford 2

Jarak dimiliki oleh kapal ini adalah tidak terhad dengan kelajuan maksimum 56 kilometer sejam. USS Gerald Ford dilengkapi dengan 2 pelancar peluru berpandu ke udara RIM-162 dan 2 RIM-116 RAM.

Ia juga mampu membawa lebih daripada 75 buah pesawat. Amerika Syarikat memiliki 1 unit kapal ini dan lagi 1 unit dalam proses pembuatan, dengan merancang untuk menghasilkan 10 kesemuanya. 

Rujukan:

1. Lockheed Martin

2. Navy Times

3. Naval Tech




Hakcipta iluminasi.com (2017)