Kapal-kapal yang karam, kekayaan yang terkubur, gua-gua tersembunyi dan dokumen-dokumen persendirian merupakan antara khazanah yang paling berharga dan menakjubkan di dunia.

Sepanjang sejarah, pelbagai objek seperti barang kemas, duit syiling, wang kertas, permata, senjata, patung, perak dan dokmumen telah ditemui secara tidak sengaja dan kadang-kala dengan cara misteri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

harta karun purba yang sangat berharga

Terdapat pelbagai sebab mengapa khazanah-khazanah ini telah hilang dan dilupakan, dan selalunya ia disebabkan oleh pemiliknya mengalami nasib tragis sama ada disebabkan oleh perang, penjanahan dan bencana alam.

Selain itu, ia disembunyikan secara sengaja untuk mengelakkan kecurian dan kerosakan. iluminasi.com ingin kongsikan 8 penemuan khazanah purba yang paling bernilai di dunia.

8. Kapal Whydah Gally - Amerika Syarikat

whydah gally 8 penemuan barangan purba yang paling bernilai di dunia

Ditemui pada tahun 1983, Whydah Gally adalah satu-satunya kapal lanun yang pernah dijumpai dalam sejarah.

Kapal ini yang ditemui di pinggir pantai Cape Cod, Massachusetts, Amerika Syarikat, merupakan bekas kapal hamba yang dimiliki oleh ketua lanun yang kaya iaitu Kapten "Black Sam" Bellamy. 

whydah gally 8 penemuan barangan purba yang paling bernilai di dunia 2

Black Sam, yang dinamakan sebagai "Robin Hood di lautan" dikatakan sebagai lanun paling kaya sepanjang zaman.

Kapal ini karam pada tahun 1717 dan mempunyai lebih daripada 200,00 artifak termasuklah loceng kapal, perhiasan emas, syiling emas dan juga meriam.

Nilainya dianggarkan mencecah RM2 bilion.

7. Projek Black Swan - Portugal

projek black swan 8 penemuan barangan purba yang paling bernilai di dunia

Pada tahun 2007, syarikat Odyssey Marine Exploration telah menjumpai syiling emas dan perak bernilai lebih daripada RM2 bilion di luar pantai Portugal.

Duit syiling ini ditemui semula dari bangkai kapal frigat Sepanyol, yang karam pada tahun 1804 yang membawa lebih daripada 17 tan kargo emas dan perak.

Projek yang diberi nama "Black Swan" ini adalah penemuan harta karun kapal yang terbesar dan paling bernilai di dunia sehingga kini.

Selepas pertempuran undang-undang untuk tempoh yang lama di antara kerajaan Sepanyol dan Odyssey, akhirnya kerajaan Sepanyol mendapat kawalan ke atas artifak-artifak itu dan kini dipamerkan di pelbagai muzium awam di seluruh negara itu.

6. Lombong Merkers - Jerman

lombong merkers 8 penemuan barangan purba yang paling bernilai di dunia

Sebanyak RM2.8 bilion kekayaan Nazi telah "hilang" ketika Perang Dunia Kedua. Apabila Jerman tewas dalam perang ini, kerajaan Nazi telah memutuskan untuk menyimpan kekayaan mereka di tempat yang dikenali seabgai Lombong Merkers di Thuringia, Jerman.

Pada tahun yang sama, tentera Amerika Syarikat menemui wang kertas, emas dan karya seni yang dimiliki oleh Nazi.

lombong merkers 8 penemuan barangan purba yang paling bernilai di dunia 3

Rupa-rupanya, kerajaan Jerman cuba untuk mendapatkan semua kekayaan itu kembali setelah Amerika Syarikat menyita semula pada tahun 1945.

Dipercayai masih berbilion-bilion wang milik Nazi tersembunyi di seluruh Eropah.

5. Kubur Raja Tutankhamun - Mesir

kubur raja tutankhamun 8 penemuan barangan purba yang paling bernilai di dunia 761

Pada 26 November 1922, pintu masuk ke kubur Raja Tutankhamun ditemui di Lembah Raja-Raja. Penemuan kubur Raja Tut dan khazanah berkilauan di dalamnya telah menyerlahkan minat global terhadap Mesir purba.

Ia juga mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai sumpahan Mesir purba. Selepas salah seorang daripada penemu, Howard Carter, meninggal dunia beberapa bulan seleas membuka kubur tersebut, dipercayai bahawa dia telah melepaskan "sumpah mumia".

kubur raja tutankhamun 8 penemuan barangan purba yang paling bernilai di dunia 2

Antara yang khazanah purba yang ditemui dalam kubur tersebut adalah topeng pengebumiaan Tut, patung Anubis, kipas emas Tut, kepala harimau emas dan kereta kuda kerajaan.

Nilai khazanah ini dianggarkan mencecah RM3.4 bilion.

4. Venus de Milo - Greece

patung venus de milo 8 penemuan barangan purba yang paling bernilai di dunia

Pada tahun 1820, seorang petani dari Pulau Milos telah menggali runtuhan purba di ladangnya untuk mendapatkan beberapa batu yang diperlukannya, yang mana akhirnya membawa kepada penemuan salah satu patung paling terkenal di dunia, Venus de Milo, atau Aphrodite Milos.

Kini dipamerkan di Muzium Louvre di Paris, Venus de Milo dikatakan berasal dari tahun 150 SM. Patung ini dikatakan sebagai contoh patung dari zaman Klasik. Kini, Venus de Milo menjadi salah satu daripada ukiran Yunani purba paling terkenal dan nilainya dianggarkan bernilai RM4 bilion.

3. Skrol Laut Mati - Jordan/Palestin

skrol laut mati 8 penemuan barangan purba yang paling bernilai di dunia

Penemuan Skrol Laut Mati telah terbukti menjadi yang tidak ternilai kerana nilai yang sangat luar biasa terhadap agama, linguistik dan kerahsiaan.

Skrol ini yang ditemui di antara tahun 1945 hingga 1956, mengandungi serpihan dari setiap kita Perjanjian Lama, melainkan Kitab Ester.

Antara salah satu manuskrip paling menarik dari koleksi ini ialah Skrol Tembaga, yang merupakan peta harta karun purba yang mengandungi maklumat mengenai berpuluh-puluh lokasi emas dan perak. 

Tiada tempat persembunyian bawah tanah yang telah dikenal pasti namun dianggarkan nilai harta khazanah tersebut mencecah RM4.8 bilion.

2. Kapal layar San José - Colombia

kapal layar san jose 8 penemuan barangan purba yang paling bernilai di dunia 271

San José adalah kapal Sepanyol yang mempunyai 62 meriam dan 3 tiang, membawa emas, perak dan zamrud dari lombong Potosi, Peru.

Kapal ini karam ketika berlayar dari Panama menuju ke Colombia pada tahun 1708 selepas tewas dalam Pertempuran Barú dengan kapal-kapal British.

Khazanah tersebut telah ditemui semula di pantai Cartegena, Colombia pada tahun 2015. Sejak penemuan itu, berlakunya pertempuran undang-undang yang lama dan membosankan, di antara syarikat-syarikat swasta dan pelbagai kerajaan.

Selain daripada wang, penemuan San Jose juga termasuk menampilkan artifak sejarah dan budaya yang menggambarkan suasana ekonomi, budaya, politik dan sosial di Eropah pada abad ke-18.

1. Harta Kuil Hindu Trivandrum - India

harta kuil india di trivandrum 8 penemuan barangan purba yang paling bernilai di dunia

Dalam peti besi bawah tanah abad ke-15, di Kuil Hindu di Trivandrum, India, terdapat khazanah bernilai lebih dari RM88 bilion yang ditemui pada tahun 2011.

Harta yang merangkumi lebih daripada 500 tahun itu terdiri daripada syiling emas, permata, patung-patung dewa yang diperbuat daripada emas dan juga berlian.

Selepas penemuan ini berlaku, kerajaan India telah menghantar pasukan keselamatan menjaga kuil ini setiap masa. Harta-harta tersebut masih belum diputuskan sama ada akan kekal sebagai harta kuil atau diambil oleh kerajaan.

Adalah menjadi perkara biasa untuk kuil-kuil di India mempunyai khazanah dan kekayaan purba.

Rujukan:

1. Realm of History

2. Richest

3. News




Hakcipta iluminasi.com (2017)