Kucing merupakan haiwan kecil, berbulu lembut dan jinak ini sering dibela sebagai haiwan peliharaan. Malah, di dalam sejarah Mesir purba juga kucing menjadi haiwan kesayangan dan dianggap sebagai haiwan suci. Bagi penggemar kucing, anda bolehlah melawat muzium-muzium kucing yang mempamerkan artifak, sejarah dan juga kucing hidup di seluruh dunia ini.

1. Kuching, Malaysia

tugu kuching sarawak malaysia

kredit gambar Rosahdan Aziz

Penduduk di Kuching, Sarawak ini sangat sukakan haiwan jinak ini. Ia sudah dapat dilihat daripada nama bandar tersebut sendiri. Anda juga akan menemui patung kucing terbesar di Malaysia di sana. Pada tahun 2017, telah berlangsung Anugerah dan Festival Filem ASEAN, di mana telah tercipta rekod paling ramai orang berpakaian seperti seekor kucing.

muzium kucing yang perlu dilawati oleh peminat kucing 3

Di bandar ini juga terletak sebuah Muzium Kucing yang mengagumkan yang mempunyai empat galeri yang dipenuhi ribuan hasil seni kucing. Selain itu ia mempamerkan sejarah dan peninggalan termasuklah kucing yang dimumiakan dari zaman Mesir purba.

2. Siauliai, Lithuania.

cat museum lithuania

Siauliai yang merupakan bandar ke-4 terbesar di Lithuania ini mempunyai muzium kucing sendiri. Pencinta kucing tempatan iaitu Vanda Kavaliauskiene telah mengasaskan muzium itu pada tahun 1990 setelah koleksi barangan kucingnya menjadi terlalu banyak untuk disimpan di dalam pangsapuri kediamannya.

muzium kucing yang perlu dilawati oleh peminat kucing 2

Pelawat kini boleh melihat ribuan tinggalan sejarah kucing termasuk gambar, hasil seni dan patung dari seluruh dunia. Juga terdapat zoo mini yang menempatkan pelbagai jenis baka kucing di situ.

3. Minsk, Belarus

cat museum 2

Selain melihat pelbagai hasil seni kucing, muzium kucing di Minsk, Belarus ini mempunyai pameran istimewa untuk peminat kucing.

muzium kucing yang perlu dilawati oleh peminat kucing

Anda boleh membaca buku kucing, bermain permainan berkaitan kucing, membuat hasil seni kucing dan juga anda boleh minum teh atau kopi di kafe yang dipenuhi kucing sambil membelai mereka. Kebanyakan kucing di sini adalah kucing pungut dan mereka diketuai oleh seekor kucing bernama Donut.

4.  Amsterdam, Holland

kattenkabinet

Ditempatkan di bangunan lama kurun ke-15 berhampiran terusan Herengracht, Amsterdam, Muzium Kattenkabinet yang bermaksud “kabinet kucing” ini memperlihatkan peranan kucing di dalam sejarah seni dan budaya. Pengasasnya, Bob Meijer membuka muzium ini pada tahun 1990 sempena kematian kucing kesayangan, John Pierpont Morgan yang dinamakan sempena seorang pakar perbankan Amerika.

muzium kucing yang perlu dilawati oleh peminat kucing kattenkabinet

Satu ruangan khas telah diperuntukkan untuk mengingati John Pierpont Morgan di Kattencabinet ini berserta hasil lukisan pelukis tersohor dari seluruh dunia. Beberapa ekor kucing gebu juga menjadi penjaga setia muzium ini.

5. Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat

cat 2 125

Para penggemar budaya dan kucing Asia boleh melawati Muzium Maneki Neko atau bermaksud "muzium Kucing Bertuah" ini. Bertempat di ruangan yang agak kecil, ia menampilkan lebih 1,000 hasil seni kucing Jepun yang dipercayai membawa tuah. Kita biasanya melihat patung kucing melambai ini di kebanyakan kedai di Asia.

muzium kucing yang perlu dilawati oleh peminat kucing maneki neko

Pengasasnya iaitu Micha Robertson mula mengumpul patung kucing melambai ini dalam pelbagai bentuk, saiz dan rekaan lebih dari sedekad yang lalu. Robertson bukanlah bersendirian dalam hal ini kerana muzium kucing melambai ini juga terdapat di Okayama dan Seto di Jepun.

6. Okayama, Jepun

cat japan

Yumeji Takehisa (1884-1934) ialah seorang pelukis dan penyair Jepun yang sangat terkenal pada era Taisho. Pengunjung boleh melihat hasil seninya di Muzium Kesenian Yumeji, Okayama.

Di sini, terdapat seekor kucing hitam bernama Kuronosuke, yang sama seperti kucing yang terdapat di dalam lukisan terkenal Yumeji. Bertugas sebagai maskot dan penyambut tetamu di muzium ini, Kuronosuke sentiasa dilihat memakai riben merah di lehernya. Kucing comel yang telah diselamatkan daripada sebuah kemalangan pada tahun 2016 ini sangat terkenal di kalangan pengunjung namun ia lebih berminat mengejar tikus daripada bermesra dengan tetamu.

7. Sylva, South Carolina, Amerika Syarikat

cat 3 529

Seorang pensyarah biologi yang sudah bersara, Harold Sim telah menjadi pengumpul barangan kucing sepenuh masa. Bersama isterinya Kay, mereka menghabiskan masa selama 30 tahun membina koleksi mereka ini dan mula membuka Muzium Kucing Rumah Amerika pada April 2017 untuk orang ramai.

muzium kucing yang perlu dilawati oleh peminat kucing catman2

Muzium ini mempunyai 2 ruangan yang dipenuhi dengan hampir 10,000 hasil seni dan tinggalan kucing. Sebahagian daripada koleksi mereka ialah mainan kucing lama, tangkal kucing Mesir purba dan juga mumia kucing kurun ke-16. Hasil jualan tiket muzium pula akan disumbangkan kepada pusat perlindungan kucing Catman2 yang dibuka oleh pasangan ini pada tahun 2002. Pusat perlindungan Catman2 yang menyelamatkan sebanyak 80 ekor kucing terbiar setahun ini juga banyak mempamerkan hasil seni kucing di dalam premis.

8. Saint Petersburg, Russia

muzium kucing yang perlu dilawati oleh peminat kucing rusia

State Hermitage Museum ini menempatkan lebih 3 juta hasil seni dan artifak dan ditempatkan di bangunan bersejarah yang sangat besar. Penjaga keselamatan bangunan ini terdiri daripada ejen-ejen hebat yang berbulu dan berekor.

Bangunan ini yang dulunya menjadi kediaman keluarga diraja Tsars Russia ini dinamakan “Winter Palace”. Dilaporkan ia telah menjadi kediaman kucing semenjak ratusan tahun yang lalu apabila Ratu Elisabeth mengumpul kucing-kucing baka terbaik sejak 1745 untuk menangani masalah tikus yang banyak di dalam bangunan yang besar itu. Setelah itu, semasa pemerintahan Catherine the Great, beliau menggelarnya sebagai istana kucing.

muzium kucing yang perlu dilawati oleh peminat kucing rusia hermitage

Hari ini, dengan kehadiran banyak kucing jalanan yang mendiami bahagian bawah tanah bangunan ini, lokasi yang menjadi rumah kepada koleksi sejarah ini hampir bebas daripada gangguan tikus. Kucing-kucing di muzium ini dijaga oleh sukarelawan sepenuh masa. Mereka juga bebas berkeliaran ke semua tempat kecuali galeri seni dan pejabat pengarah muzium. Selain itu, mereka juga boleh diambil untuk dibela.


tags : , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)