Testosteron adalah hormon seks lelaki yang memberi kesan lebih daripada sekadar pemacu seks. Hormon ini juga bertanggungjawab untuk kesihatan tulang dan otot, pengeluaran sperma dan pertumbuhan rambut.

Tahap testosteron dalam badan akan semakin menurun apabila usia bertambah dan juga daripada penyakit kronik.

Hipogonadisme, juga dikenali sebagai testosteron rendah sering dirawat untuk mencegah sebarang masalah kesihatan masa depan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

rob riches 764

Selain daripada mengikut cadangan doktor, anda juga boleh mempertimbangkan makanan yang mampu meningkatkan testosteron sebagai pelengkap rawatan masalah ini.

Dua nutrien yang sangat penting dalam hal ini adalah vitamin D dan zink. iluminasi.com kongsikan 8 makanan yang boleh meningkatkan tahap testosteron dalam badan.

1. Tuna

tuna tingkatkan testosteron

Tuna kaya dengan vitamin D, yang dikaitkan dengan jangka hayat yang lebih lama dan pengeluaran hormon testosteron. Ia juga makanan yang kaya dengan protein dan rendah kalori.

Sama ada anda memilih tuna dalam tin atau segar, makan ikan ini boleh menjadi cara semula jadi untuk meningkatkan testosteron. Satu hidangan tuna sudah cukup untuk memenuhi keperluan vitamin D harian anda.

Jika anda bukan peminat tuna, anda boleh mempertimbangkan sumber vitamin D yang lain, seperti salmon atau sardin.

Sasarkan untuk mengambil 2 hingga 3 hidangan ikan-ikan ini untuk meminimumkan pengambilan merkuri, yang biasanya ditemui dalam makanan laut.

2. Susu rendah lemak diperkaya vitamin D 

susu rendah lemak

Susu adalah sumber protein dan kalsium yang hebat. Kanak-kanak dan wanita digalakkan untuk minum susu untuk kesihatan tulang yang lebih baik, tetapi susu juga boleh menguatkan tulang lelaki dewasa juga.

Kandungan vitamin D juga boleh mengekalkan tahap testosteron dalam pada tahap yang baik. Pastikan anda memilih susu yang diperkaya dengan vitamin D. Pilih susu rendah lemak atau susu skim. 

3. Kuning telur 

kuning telur

Kuning telur adalah sumber makanan yang kaya vitamin D. Walaupun kolesterol mempunyai reputasi buruk, kuning telur mengandungi lebih banyak nutrien daripada putih telur.

Kolesterol kuning telur mungkin juga membantu masalah rendah testosteron. Selagi anda tidak mempunyai sebarang masalah kolesterol sebelum ini, anda boleh makan sebiji telur setiap hari dengan selamat.

4. Bijirin diperkaya

bijirin diperkaya

Telur bukanlah satu-satunya makanan sarapan pagi yang dapat membantu meningkatkan hormon testosterone. Ini adalah berita baik lebih-lebih lagi jika anda berhadapan dengan masalah kolestrol.

Sesetengah jenama bijirin diperkaya dengan vitamin D, dan juga nutrien-nutrien lain yang baik untuk jantung. Cuba untuk masukkan bijirin diperkaya ini ke dalam diet anda terutama ketika sarapan untuk meningkatkan tahap testosteron.

5. Tiram

tiram

Zink adalah nutrien penting semasa baligh dan kesannya boleh memastikan hormon lelaki sentiasa di tahap yang baik sepanjang usia dewasa.

Lelaki yang mempunyai hormon testosteron rendah mendapat manfaat dengan meningkatkan pengambilan zink, jika mereka juga mengalami masalah kekurangan zink.

Dan tiram adalah makanan yang merupakan sumber zink yang baik.

6. Makanan laut bercangkerang

makanan laut bercangkerang

Pengambilan ketam atau udang juga dikatakan boleh membuatkan tahap testosteron dalam anda baik. Ini adalah disebabkan oleh kandungan zink dalam kegemaran makanan laut ini.

Menurut Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat, King Crab Alaska mengandungi 43% daripada nilai harian zink anda dalam hanya hidangan 85 gram.

7. Daging lembu

daging lembu tingkatkan testosteron

Terdapat kebimbangan kesihatan mengenai pengambilan daging merah berlebihan.

Bukan sahaja beberapa potongan daging mengandungi lebih banyak lemak daripada daging lain seperti ayam, tetapi makan dengan berlebihan juga dikaitkan dengan kanser tertentu seperti kanser kolon.

Namun, sesetengah potongan daging lembu mengandungi nutrien yang boleh meningkatkan tahap testosteron. Hati lembu adalah sumber vitamin D yang luar biasa.

Untuk memastikan anda tak makan lemak berlebihan daripada daging lembu, pilih daging yang kurang lemak dan elakkan makan daging setiap hari.

8. Kekacang

kekacang 6

Apabila berkaitan dengan kesihatan hormon lelaki, kacang sebenarnya mempunyai lebih banyak manfaat daripada yang anda fikirkan.

Kacang putih, merah dan hitam semuanya dianggap sebagai sumber vitamin D dan zink. Kacang bakar juga menawarkan nutrien ini, tetapi anda memerlukan sumber tambahan dalam diet harian anda.

Rujukan:

1. Healthline

2. Men's Health

3. Marion Gluck Clinic




Hakcipta iluminasi.com (2017)