Buah pinggang memainkan peranan yang sangat penting dalam tubuh badan kita yang mana bertanggungjawab untuk mengeluarkan sisa melalui air kencing, menghasilkan hormon, dan menapis toksin serta cecair tambahan dalam darah anda.

Itulah sebabnya anda perlu mengambil berat tentang buah pinggang anda dan cuba menjaga kesihatannya dengan sebaik-baiknya.

Malangnya, sesetengah makanan yang kita makan setiap hari boleh membahayakan dan menjejaskan fungsi normal organ ini jika dimakan lebih banyak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 10 makanan yang boleh merosakkan buah pinggang anda.

1. Alpukat / Avokado

buah alpukat boleh membahayakan buah pinggang

Walaupun buah alpukat atau avokado sememangnya terkenal dan dipuji kerana pelbagai sifat berkhasiat seperti mengandungi lemak baik, namun makan buah ini dengan jumalh terlalu banyak mungkin berbahaya untuk buah pinggang anda.

Malah, ia lebih teruk jika seseorang itu mengalami penyakit buah pinggang. 

Ini disebabkan oleh buah alpukat mempunyai kadar kalium yang sangat tinggi.

Badan kita sebenarnya memerlukan mineral ini namun kehadiran kalium yang berlebihan dalam darah boleh menyebabkan masalah serius seperti kekejangan dan degupan jantung yang tidak menentu.

2. Daging

daging boleh membahayakan buah pinggang

Tak dapat dinafikan bahawa daging adalah antara makanan yang paling sempurna dari segi nutrisi. Akan tetapi, makan dengan jumlah yang terlalu banyak sebenarnya boleh menyebabkan masalah kepada buah pinggang.

Ini kerana protein daripada haiwan ini agak sukar untuk diproses, sekaligus membuatkan penghapusan bahan buangan membebankan buah pinggang.

Diet yang kaya dengan protein haiwan juga boleh menyebabkan berlakunya batu karang.

Daging mempunyai jumlah purin yang tinggi yang merangsang penghasilan asid urik, salah satu punca penyebab batu ginjal.

Anda boleh makan lebih banyak sayur-sayuran dan kekacang untuk mendapatkan protein yang diperlukan oleh tubuh anda

3. Garam

garam boleh membahayakan buah pinggang

Diet yang sihat perlu mengandungi jumlah maksimum garam sebanyak 2300 miligram sehari atau kira-kira satu sudu teh.

Jika anda makan terlalu banyak garam, buah pinggang anda perlu bekerja lebih keras untuk menghilangkan lebihan natrium, jadi ia mula mengekalkan air yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.

Untuk memastikan buah pinggang anda sihat, anda boleh menambahkan rempah dan herba ke dalam makanan anda dan bukannya menambahkan garam yang lebih.

Anda juga perlu mengurangkan pengambilan makanan yang diproses dan dibungkus seperti sup atau sayur-sayuran tin dan sayuran beku kerana biasanya terdapat banyak garam.

4. Pisang

pisang boleh membahayakan buah pinggang

Jika anda mengesyaki anda mengalami masalah buah pinggang, pemakanan yang betul adalah penting untuk kekal sihat.

Dan ini bermakna anda harus mengehadkan pengambilan beberapa makanan seperti pisang.

Ini kerana buah ini mempunyai kadar kalium yang sangat tinggi, yang boleh membahayakan pesakit buah pinggang.

Orang dewasa yang sihat harus mempunyai mengambil kira-kira 3,500 hingga 4,700 miligram kalium setiap hari dari makanan dan pisang bersaiz sederhana (150 g) sudah mengandungi 537 miligram.

Tetapi jika anda menderita penyakit buah pinggang, pengambilan kalium perlu lebih rendah kerana tubuh anda tidak dapat menguruskan penapis yang berlebihan, yang boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius.

5. Produk tenusu

tenusu boleh membahayakan buah pinggang

Walaupun produk tenusu kaya dengan vitamin dan nutrien, mengambil terlalu banyak susu, yogurt dan keju mungkin membawa lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan.

Dan ini boleh berlaku kerana jumlah fosforus yang terkandung dalam makanan ini yang mungkin menyebabkan tekanan kepada buah pinggang anda.

Malah, jika buah pinggang anda tidak berfungsi sepenuhnya, organ ini tidak dapat menyahkan fosforus tambahan dari darah anda dan ini boleh menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah dari masa ke masa serta peningkatan risiko patah tulang.

6. Roti gandum

roti gandum boleh membahayakan buah pinggang

Bagi orang yang ingin menurunkan berat badan dengan cara menjaga pemakanan, roti gandum menjadi satu pilihan yang sangat popular kerana sangat sihat dan berkhasiat.

Namun, memakan roti ini dalam kuantiti yang banyak dan terutama oleh individu yang mengalami masalah buah pinggang boleh merosakkan buah pinggang.

Puncanya disebabkan oleh jumlah fosforus dan kalium yang tinggi yang terkandung dalam roti ini.

Sekeping roti gandum mengandungi 70 miligram kalium dan 57 miligram fosforus, berbanding dengan satu keping roti putih yang hanya mengandungi 25 miligram setiap satu.

7. Buah dan jus oren

buah dan jus oren boleh membahayakan buah pinggang

Walaupun buah dan jus oren mengandungi kalori yang rendah dan kaya dengan vitamin C, kedua-dua ini juga mengandungi kadar kalium yang tinggi.

Sebiji oren bersaiz sederhana mengandungi 240 miligram kalium dan secawan jus oren boleh mengandungi kira-kira 470 miligram.

Jumlah kalium yang agak tinggi membuatkan pengambilan buah dan jus oren harus dihadkan, terutamanya jika buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.

Jika organ ini tidak dapat menyahkan kalium yang berlebihan dalam darah, tubuh anda boleh berada dalam keadaan bahaya.

Rujukan:

1. Medical News Today

2. Web MD

3. Kidney 




Hakcipta iluminasi.com (2017)