Oleh pada 26 Mar 2017 kategori

Ramai yang cuba untuk berniaga secara part time menjelang puasa. Mana taknya, nak ready persiapan raya untuk keluarga seperti baju raya, kuih raya, langsir raya, kereta raya dan bermacam macam aneka lagi. Kalau yang tinggal di selatan dan hendak pulang beraya di utara, anda kena siapkan perbelanjaan untuk minyak petrol,tol,pemeriksaan kereta dan perbelanjaan lain sepanjang perjalanan seperti makanan dan minuman.

Pada zaman yang mencabar ini dengan kos sara hidup yang tinggi di samping kena bayar GST dan terdapat kenaikkan harga barang, anda terpaksa mencari pendapatan tambahan untuk menampung kos kos tersebut. Di sini iluminasi akan kongsikan 10 idea perniagaan lari menjelang bulan puasa untuk anda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Pakaian Raya

Yang ni ramai yang akan beli, maklumla baju melayu setahun sekali baru nak beli. Untuk perniagaan baju raya anda boleh menjual baju kurung,baju melayu,jubah,kacing baju melayu,songkok,kopiah,lebai, baju budak, seluar jeans, baju t shirt dan pelbagai lagi fesyen pakaian. Tak masuk kasut, sandal, selipar dan beg tangan lagi tu. Bermacam macam jenis ada untuk kita jual pakaian raya. Anda boleh bermula dengan menjadi dropship dan menjual secara online ataupon boleh terus borong baju di jual di pejabat pejabat dan juga bazar. Menarikkan idea ini.

2. Kuih Raya

Hari Raya memang sinonim dengan kuih raya. Cuba kita dengar petikan lagu raya ini "minta mak, kuih sepotong, saya mahu makan kenyang perut kosong." Bertapa perlunya kuih raya di setiap rumah untuk menjamu para tetamu dan hadirin menikmati keenakkan kuih raya di hari raya. Anda juga boleh bermula menjadi ejen kepada tauke tauke kuih raya, ambil order dahulu dari rakan rakan pejabat dan jiran tetangga, lepas itu terus ambil kuih dari tauke. Nampak tak? satu balang kuih boleh untung RM 4 -12 mengikut seni kepakaran close sale anda.

3. Makanan dan Minuman di Bazar

Makanan dan minuman memang orang akan cari, mana taknya dah seharian berpuasa mesti teringat nak makan itu ini. Jadi jika anda ingin berniaga makanan di bazar atau tepi jalan besar memang sangat digalakkan. Contoh makanan yang ada boleh jual seperti ikan pekasam goreng ataupon sambal belacan dan ulam ulaman. Kalau minuman boleh cuba untuk menjual air cendol yang dicampur dengan pulut atau buah buahan.

cendol pulut

4. Produk Kecantikan dan Kesihatan

Boleh lihat statistik para peniaga produk kesihatan dan kecantikan ini, rata-rata mengatakan bahawa produk kurus dan produk mencerahkan kulit mempunyai permintaan yang sangat tinggi menjelang 2 -3 bulan sebelum tibanya Syawal. Ye la kan semua nak cantik dan hensem time raya nanti sebab nak jumpa sanak saudara dan sahabat handai. Boleh survey dah produk kesihatan dan kecantikan apa yang perlu dijual, harus diingatkan supaya anda mencari produk yang mempunyai kelulusan KKM yang diyakini selamat dan juga mempunyai sijil halal.

5. Sampul Raya dan Kad Raya

Sampul raya juga mempunyai banyak permintaan, sekarang ada sampul raya jenis custom made. Anda boleh pilih reka bentuk mana yang anda inginkan dan boleh mula menjual kepada orang ramai. Anda juga boleh design kad raya sendiri, sekarang orang dah rindu nak terima kad raya disebabkan sekarang asyik dapat whatsapp dan sms sahaja. Rindu saat masa lalu ketika dapat banyak kad raya. Anda boleh kembalikan nostalgia ini dengan menjual kad raya.

6. Mercun dan Bunga Api

Bunga Api ni boleh dikatakan selamat lagi berbanding mercun. Tak dak bunga api dan mercun macam tak meriah pula. Tapi biarlah bagi orang lain jual, anda tak payah jual sebab risau nanti budak budak main mercun terkena anggota badan cedera pula.

mercun gagal

7. Lemang dan Ketupat

Ingat semua orang rajin sangat nak cari buluh dan anyam ketupat. Idea ini amat sesuai untuk anda yang memang minat memasak, kalau tak minat paksa juga bagi minat demi sesuap nasi. Jual lemang dan ketupat bersama serunding dan juga rendang. Pasti laris. 

8. Gajet

Handphone raya pon dah ada sekarang, anda boleh menjual handphone atau aksesori kepada remaja remaja yang sering mengikut trend semasa. Tak kisah la kalau nak jual monopod atau tripod sebab ramai yang akan berselfie bersama ketika hari raya nantui.




Hakcipta iluminasi.com (2017)